photofcb53a9e6a2c1745221d5c11061196521

Y.B. Datuk Hajah Halimaton Saadiah binti Bohan

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Subang
Ahli ADUN Kota Damansara

 

 

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi diberi peluang meneruskan tugas sebagai hamba Allah untuk melaksanakan amalan kebajikan di muka bumi ini. Semoga segala apa yang dilaksanakan akan mendapat keberkatan dan keredhaanNya.

Membuat laman web bukanlah perkara yang mudah. Laman ini merupakan laman yang berbentuk informasi yang pertama di bagi UMNO Bahagian Subang. Dengan munculnya satu laman yang berinformasi ini. dapat membuka dimensi baru dalam dunia IT di Parlimen Subang. Walaupun Bahagian kita ini masih di peringkat awal dalam penggunaan IT, namun saya turut bangga dan sangat mengalu-alukan usaha gigih pihak UMNO Bahagian Subang untuk merealisasikan penggunaan IT dalam penyebaran maklumat. Usaha ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan budaya IT sebagai persediaan awal untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Dengan wujudnya Laman Web ini, bermakna kita telah maju setapak lagi dalam bidang IT. Melalui Laman Web, banyak maklumat yang akan dapat disebarkan kepada orang ramai dengan lebih cepat dan tepat. Dengan itu orang ramai sebagai pelanggan akan memahami dengan lebih jelas fungsi UMNO Bahagian Subang kepada mereka. Di samping itu dengan adanya kemudahan internet, orang ramai juga boleh menyalurkan pertanyaan atau aduan melalui borang yang disediakan. Saya percaya dengan adanya Laman Web ini, sedikit sebanyak ianya akan memudahkan lagi ahli UMNO khususnya Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Subang menerima maklumat dengan lebih tepat dan cepat.

Penggunaan IT dan kemudahan internet juga turut memberi peluang kepada kita untuk mendapatkan berbagai ilmu dan maklumat dalam berbagai bidang dari seluruh pelusuk dunia. Maklumat yang diperolehi harus dimanfaatkan sebaik mungkin ke arah mempertingkatkan mutu penyampaian yang berkesan. Di samping itu saya ingin memberi ingatan agar ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Subang agar dapatlah semaksima yang mungkin menggunakan kemudahan ini untuk kebaikan bersama.

Sesungguhnya kerjasama. komitmen yang tinggi dan semangat berpasukan merupakan nadi kecemerlangan dalam perjuangan ini bersesuaian dengan slogan Tranformasi Subang Kearah Kecemerlangan”

Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat bagi menyediakan Laman Web UMNO Bahagian Subang ini agar ianya menjadi satu kenyataan.

Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam hormat daripada saya.

BERITA WANITA

Facebook Tular

Instagram

BERITA SEMASA