YBHG. DATO’ HJ. ZEIN ISMA B. HJ. ISMAIL

Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian subang

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi diberi peluang meneruskan tugas sebagai hamba Allah untuk melaksanakan amalan kebajikan di muka bumi ini. Semoga segala apa yang dilaksanakan akan mendapat keberkatan dan keredhaanNya.

Bila membicarakan soal visi atau halatuju UMNO Bahagian Subang memerlukan penghayatan dan penelitian yg mendalam tentang peranan, fungsi dan tanggungjawab sebagai organisasi politik yang mewakili Parti memerintah, untuk MERAIH SOKONGAN PENGUNDI dalam Parlimen Subang supaya mengundi Parti Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya, dan dlm konteks ini keutamaannya adalah memenangi PRU ke-14 dan membantu gerakan merampas semua kerusi DUN dan Parlimen di Selangor. Sementara Misi pula adalah tatacara bagi membolehkan setiap yang digariskan sebagai visi itu berjaya dicapai atau setidak tidaknya hampir dicapai.

CABARAN SERTA INTIPATI PERJUANGAN.

Dalam hal ini saya telah mengambil initiatif menggariskan CABARAN serta INTIPATI perjuangan sebagai asas kepada tindakan perlaksanan yang saya laksanankan bersama seluruh barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian Subang empat peringkat dan di DOKONG SEPENUHNYA oleh Cawangan. Sebagai Ketua adalah menjadi tanggungjawab saya menyediakan HALATUJU yang cukup jelas untuk dihayati dan diambil tindakan oleh kepimpinan Bahagian dan cawangan, secara bersungguh-sungguh yang sederap dan sekata. Selaku Ketua saya juga bertanggung jawab menyediakan garis panduan pelaksanaan yang padat, sistematik dan boleh dicapai untuk di tumpukan kepada 24 BIRO diperingkat Bahagian yang FOKUS dan BERSEPADU kearah memenangi PRU14.

INTIPATI HALATUJU PERJUANGAN saya selaku Ketua UMNO Bahagian Subang adalah bertemakan “TRANSFORMASI SUBANG KEARAH KECERMELANGAN” yang berlandaskan kepada falsafah “KEMESRAAN DAN KECERIAAN DALAM PERJUANGAN”, saya rangkumkan kepada lapan bahagian:

  1. Memperkasa Cawangan (meningkatkan semangat juang ahli, memperuntukkan kawasan tadbir pilihanraya, meningkatkan penguasaan Cawangan kepada masyarakat setempat, memberikan pendidikan politik dan wadah perjuangan UMNO khususnya kepada ahli baru, menggerakkan semangat gotong royong yang berpaksikan kepada kemesraan dan kecerian, menggalak pengambilan pelapis kepimpinan Cawangan dengan memperhebat kemasukkan ahli siswazah Melayu dan kelas menengah Melayu ke Cawangan, dan menyediakan peruntukan tahunan kepada Cawangan),
  1. Memantap Pentadbiran Bahagian dan Pengurusan Cawangan (Menceria dan memperindah Pejabat UMNO Bahagian Subang sediada, menyusun dengan efektif sistem pemfailan dan rekod, memperkemas daftar keahlian dan pengundi, membantu mengurus pentadbiran Cawangan bersabit soal ahli dan permohonan yg pelbagai, menjaga kebajikan Cawangan dan pemimpin akar umbi, dan menggerakkan Pusat Khidmat Masyarakat UMNO untuk Parlimen Subang).
  1. Menjurus Gerak Kerja Bersepadu ke Arah PRU14 (menubuhkan Bilik Gerakan PRU14, Sistem Maklumat Pintar PRU14, mendaftar pemilih baru, mendaftar perpindahan pemilih, semakan daftar pemilih, demografi serta pemetaan kawasan tadbir pilihanraya, kajiselidik latar belakang pengundi, menubuhkan Cawangan baru, Kempen Keahlian, menyelaras bantuan kebajikan Kerajaan Barisan Nasional Persekutuan, melaksana kerja-kerja amal, menubuhkan Pusat Khidmat BN disetiap DUN, membena jaringan berkesan dengan Masjid/Surau/Kem Tentera/Persatuan Bekas Perajurit/Persatuan Pesara Kerajaan/Rela/Persatuan Penduduk /PIBG /Sekolah/NGO Melayu, mempelopori kempen kearah kesedaran “PERPADUAN MELAYU” dan memperhebat program kemasyarakatan dan agama.
  1. MENAMBAH PENDAPATAN Ketua Cawangan dan Ketua Wanita/Pemuda/Puteri dan aktivis UMNO Bahagian Subang melalui penubuhan KOPERASI SATU HATI SUBANG (KASIH) dan menyediakan panel penasihat keusahawanan dan sitem inkubator kpd pemimpin dan aktivus UMNO.
  1. Menubuhkan YAYASAN SUBANG bagi menghimpun dana untuk menggerakkan program kebajikan dan kemasyarakatan untuk dilaksanakan oleh Biro-Biro dan Cawangan.
  1. Mempelopori AGENDA PERPADUAN MELAYU melalui majlis-majlis ILMU melalui perundingan, dialog, kolokuium, seminar, forum, debat dan ceramah umum.
  1. Menjuarai ISU-ISU RAKYAT untuk diketengahkan dan dibela yang ditujukan kepada Kerajaan Negeri Selangor atau untuk dibela oleh Kerajaan Barisan Nasional Persekutuan, dan.
  1. Memasyurkan dan memperkokoh adat istiadat, budaya dan jatidiri Melayu melaui penubuhan pelbagai Majlis Perundingan, Rumah Adat dan Gelanggang Persilatan secara tersusun dan bersepadu.

Bagi melaksanakan Intipati dan Halatuju yang saya maksudkan, saya akan mentadbir dengan telus ( transparent), setiap peruntukkan kewangan melalui saluran Parti atau Kerajaan Pusat dan akan dipantau oleh Jawatankuasa Kewangan dan dibentangkan secara berkala dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian, pengagihan peruntukkan projek-projek kecil Persekutuan secara adil kepada kepimpinan Cawangan, tiada mana-mana Cawangan atau DUN yang terpinggir, dan menyatukan hati dan wadah kepada semua kepimpinan akar umbi yang menyokong atau yang tidak menyokong saya.

Empat JAWATANKUASA, satu Majlis dan sembilan belas BIRO telah saya ilhamkan bagi menggerak dan melaksana Intipati Halatuju Perjuangan yang telah saya gariskan. Garis panduan, organisasi dan KPI (key performance indicator atau indeks daya capai) akan diperincikan dalam manifesto yang bakal saya bekalkan kepada setiap perwakilan kelak. Iaitu;

  1. Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan.
  2. Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan.
  3. Jawatankuasa Penerangan
  4. Jawatankuasa Sistem Maklumat Pintar PRU14.
  5. Biro Politik.
  6. Biro Penerbitan dan Media Maya.
  7. Biro Perisikan dan Psywar
  8. Biro Bilik Gerakan PRU14 dan Demografi Politik
  9. Biro Pemetaan Kawasan dan Penubuhan Cawangan.
  10. Biro Latihan dan Perkaderan.
  11. Biro Semakan Daftar Pemilih dan Perpindahan Pemilih
  12. Biro Pendaftaran Pemilih Baru.
  13. Biro Pusat Khidmat UMNO dan BN.
  14. Biro Kebajikan dan Perkhidmatan Rakyat.
  15. Biro Amal (Skuad Jenazah dan Skuad Bencana).
  16. Biro Hal Ehwal Agama.
  17. Biro Mahasiswa dan Siswazah.
  18. Biro Kemasyarakatan dan Riadah.
  19. Biro Perhubungan Masjid dan Surau.
  20. Biro Perhubungan Kem Tentera, Bekas Perajurit dan Pesara Kerajaan.
  21. Biro Perhubungan Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, NGO dan RELA.
  22. Biro Perhubungan Sekolah dan PIBG.
  23. Biro Adat Istiadat Melayu dan Persilatan.
  24. Majlis Perundingan UMNO Bahagian Subang. .

Setiap daripada kita yang tersuntik menyertai wadah perjuangan ini adalah mereka yang terpilih dengan niat membina Kerajaan dan berpeluang menabur bakti amal jariah sebagai bekalan amalan kita didunia. Pahala yang kita cari jangan lah dosa yang di perolehi yang dinodai nafsu dengan tipu muslihat, kepentingan diri, tohmah, fitnah, adu domba dsbnya.Saya akhiri dengan penuh rendah diri dan menyerahkan segalanya kepada ALLAH SWT

DARI KETUA BAHAGIAN

TERESA KOK TIDAK SEMBUNYI-SEMBUNYI LAGI

TERESA KOK TIDAK SEMBUNYI-SEMBUNYI LAGI MENENTANG PEMBINAAN RUMAH UNTUK ORANG MISKIN BANDAR DAN MAMPU MILIK DI KUALA LUMPUR!!! Kemarahan dan kebencian Teresa Kok terhadap orang...

Kesediaan Khalid, kepincangan Azmin

SEBAGAI sebuah parti yang menjadi wadah orang Melayu dan pada masa sama sentiasa membela nasib kaum lain, UMNO mengamalkan politik ketertiban dan matang. UMNO...

Azmin Ralik Di Alam Fantasi

Sudah beberapa kali Menteri Besar Selangor, Azmin mendabik dada memberitahu kepada rakyat bahawa beliau telah membuat pembangunan itu dan ini di negeri Selangor. Malah lebih...

Galeri Ucapan

UCAPAN-ALUAN-KETUA-BAHAGIAN-2017
UCAPAN ALUAN MPUBS 2017

Ucapan Dasar -Pau2017

UCAPAN DASAR MPUBS2017