Presiden Pas melebelkan PAN sebagai Parti nyamuk. Apa maksudnya? Bagi saya nyamuk adalah serangga kecil, suka hisap darah, pembawa virus & suka buat bising di telinga sehingga ganggu orang nak tidur.
Mungkin begitulah juga maksud tersirat dari ungkapan TGHHA tentang PAN sebagai nyamuk, makhluk kecil yang berbuat bising. PAN adalah Parti kecil berbanding Pas, tetapi pemimpin2 PAN suka ‘bising’ yakni bercakap lebih dalam Pakatan. Nyamuk juga boleh merujuk pada serangga yang mudah dibunuh atau cepat mati kerana jangka hayatnya pendek. Boleh jadi kewujudan PAN tidak akan bertahan lama. Selepas PRU nanti terkuburlah riwayat PAN.
Bagi saya PAN lebih sinonim jika digelar ‘nyamuk adeis ’ kerana selain menghisap darah ia juga membawa virus demam yang memudharatkan. Kerana itu rakyat perlu berhati-hati agar tidak mudah dijangkiti virus bawaan ‘nyamuk adeis’ iaitu pimpinan PAN yang sudah menyimpang dari landasan perjuangan islam yang sebenar.

Namun begitu selain dari Parti Nyamuk, ada sebuah lagi Parti yang harus dikenali dengan Parti Nyanyok. Istilah nyanyok merujuk kepada tabiat pelupa pada diri seseorang yang lazimnya berlaku akibat faktor umur yang dah tua.

Dalam hal ini suka saya mengelar PPBM sebagai Parti Nyanyok kerana gelagat yang dipamerkan oleh Pengerusi PPBM iaitu Tun M yang banyak lupa apa yang diucapkannya & apa yang telah dilakukannya sewaktu menjadi PM. Beliau mengkritik kepimpinan YAB DS Najib pada hari ini dengan pelbagai kegagalan, sedangkan beliau lupa bahawa beliau telah melakukan begitu banyak kegagalan dalam pentadbiran beliau selaku PM dulu. Beliau ingin selamatkan negara, sedangkan kerosakan besar yang di tanggung oleh pimpinan hari ini adalah disebabkan oleh beliau.

Dahulunya beliau memusuhi DAP dengan pelbagai cercaan, namun kini DAP menjadi teman kesayangan.
Dahulunya beliau memusuhi PKR & DS Anwar sebagai talibarut Yahudi & US. Kini PKR adalah rakan gandingan sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan.
Banyak lagi pembuktian yang boleh di lontar kan bagi membuktikan ke’nyanyok’kan Tun M dan rakannya dalam PPBM. Kerana itu wajah lah Parti mereka digelar Parti Nyanyok.

Parti Nyamuk dan Parti Nyanyok kini bersaing dalam Pakatan Harapan untuk menerajui kepimpinan negara. Namun disebabkan kelemahan kelemahan pada kedua dua Parti itu, akhirnya yang akan mendominasi mereka adalah DAP. PAN tidak layak untuk dapat banyak kerusi kerana mereka adalah Parti yang kecil lagi lemah (nyamuk)
PPBM juga tidak layak untuk menerajui kepimpinan Pakatan kerana Tun M telah nyanyok.

Sendaloka daripada,
Dato’ Hj Zein Isma Bin Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Jumaat, 26 Januari 2018