UMNO/BN dikatakan sedang sakit. Ada yang kata sedang tenat. Ada yang kata sedang nazak. Apa pun istilahnya…ia adalah persepsi untuk menggambarkan permasalahan dalaman UMNO & BN supaya keyakinan rakyat terhakis.

Ungkapan UMNO sedang sakit sudah lama diperkatakan. Bahkan sewaktu TG Nik Aziz masih hidup dahulu pun beliau mengatakan UMNO sedang sakit, tunggu masa untuk dikebumikan. Namun soal hidup & mati, mulia & hina, berkuasa atau tidak, adalah urusan takdir Allah swt.

Pandangan akal yang rasional pasti dapat membezakan antara istilah sakit dengan berpenyakit.
Saya akui adakalanya UMNO sedang sakit. Sama seperti kita, bukan sepanjang masa sihat, adakalanya didatangi oleh sakit. Fitrah sebagai makhluk, sakit adalah pasti. Sakit pada UMNO tak ubah seperti sakit biasa sahaja seperti demam, sakit kepala, sakit kaki mahupun kadangkala sakit perut…mengikut keadaan. Jika banyak berjalan & berlari boleh jadi sakit kaki. Jika banyak makan boleh jadi sakit perut. Jika banyak bekerja boleh jadi demam & sakit kepala kerana tidak cukup rehat. Begitulah keadaannya nasib UMNO/BN yang dikatakan sedang sakit.
Ianya jauh berbeza dengan Pakatan Harapan yang sedang berpenyakit. Istilah berpenyakit adalah lebih bahaya. Ini kerana penyakit boleh berjangkit.
Itulah realiti yang sedang berlaku dalam Pakatan. Setiap parti dilihat nampak sihat & kuat tetapi mempunyai bawaan penyakit yang tersendiri.
Penyakit pulak adakalanya pada zahir & adakalanya pada batin iaitu hati.

Sebagai contoh PPBM berpenyakit pada hati. Hasad, dengki, sombong, riak & takabbur adalah penyakit yang ada pada PPBM. Walaupun Pengerusinya seorang Doktor perubatan, namun hakikat penyakit2 itu tidak ada hospital yang dapat merawatnya. Belum ada ubat yang dapat menyembuhkannya.
PAN pula umpama pembawa penyakit kusta. Dikeluarkan dari PAS bagi mengelakkan penyakit itu menjangkiti dalam PAS kerana ianya akan memburukkan pandangan. Begitulah nasib PAN dalam Pakatan tak lebih daripada penyakit kusta yang memburukkan imej Pakatan. PKR pula ibarat penyakit kelamin. Penyakit kelamin adalah kerana nafsu yang tidak pernah puas. Keinginan nafsunya tidak hanya pada berlainan jantina, tetapi sesama jenis pun dia berselera & bernafsu. Dia penyakit kelamin yang popular adalah aid & siplis. Yang didekati oleh PKR berkemungkinan besar akan dihinggapi penyakit aid & siplis. Dilaknat oleh Allah swt.

Namun pembawa penyakit paling berbahaya dalam Pakatan adalah dari DAP. Penyakit ‘hubbun dunia’ kasihkan dunia dan takut mati adalah penyakit yang pasti pada DAP. Mereka juga pembawa penyakit ‘anjing gila’ yang datang dari anjing dan penyakit virus H1N1. Adakalanya mereka menjadi pembawa penyakit dari ‘babi’.Mana-mana parti yang dapat dengan DAP akan dijangkiti oleh virus bawaan anjing & babi yang menyebabkan hilang kewarasan akal, pedoman agama & kasih sayang sesama insan.

Begitulah sedikit ulasan saya tentang gambaran UMNO/BN yang sedang sakit tetapi telah dirawat oleh pakar perubatan yang terbaik, InsyaAllah telah menunjukkan pemulihan yang amat ketara.
Berbeza dengan Pakatan Harapan yang berpenyakit, zahir nampak sihat tetapi dalaman telah rosak. Mereka menjadi pembawa penyakit yang jika bersama mereka pasti akan dijangkiti. Awas… penyakit berjangkit bawaan Pakatan adalah penyakit yang tidak dapat dirawat. Menjauhi Pakatan adalah langkah terbaik untuk mengelakkan diri dari dijangkiti.

Ikhlas daripada,
Dato’ Hj Zein Isma Bin Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Khamis 25 Januari 2018