Akhirnya seperti yang disebut-sebut, Mahathir Mohamad telah dipilih secara rasmi sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan manakala Wan Azizah Wan Ismail pula diumumkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri .

Tidak mengejutkan kerana ia bukan rahsia lagi malah Mahathir sendiri pernah menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon berkenaan sekiranya tiada calon lain daripada PH.

Nampaknya hasrat beliau menjadi kenyataan untuk dicalonkan meskipun sudah berusia 93 tahun.

Isu faktor usia tidak menjadi masalah bagi PH kerana Lim Kit Siang pun masih bertanding dan menjadi penasihat DAP sudah berusia 76 tahun tapi masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti dari politik.

Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga mencatat rekod dunia sebagai individu paling tua yang dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri.