Memahami Inspirasi Kerajaan Dan Menolak Persepsi Buruk Parti Pembangkang Terhadap GST

■ Parti2 Pembangkang memainkan isu persepsi berkenaan GST dengan menuduh GST adalah sistem REGRESIF (mundur), bebankan rakyat miskin dan wang kutipan GST adalah untuk bayar hutang 1MDB!!!. Tetapi dakwaan tersebut hanya bersifat politik gelap semata2 kerana rekod membuktikan yang GST telah memacu pesat kemajuan negara. Disamping itu, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai!!.

■ SST (Sales & Service Tax) adalah sistem percukaian yang diimplemen sebelum GST. Terdapat 2 jenis penggunaan akta cukai di dalam SST bagi menentukan harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan iaitu:-

1. Akta Cukai Jualan 1972
□ Diperkenalkan sejak tahun 1972
□ Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah 10%.

2. Akta Cukai Perkhidmatan 1975
□ Diperkenalkan sejak tahun 1975 pada kadar 5%.
□ Pada tahun 2011 Kadar ini dinaikkan kepada 6%.

■ Hanya 6% sahaja cukai GST yang dikenakan berbanding SST sebanyak 10% dan tambahan Cukai Perkhidmatan 6% yang secara total pengguna terpaksa membayar sebanyak 16%!!!.

■ GST dicadangkan pada Mac 2010 oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB). Antara sebab2 utama adalah kerajaan perlu menambah baikan prinsip pegurusan kewangan dengan penukaran struktur SUBSIDI dari skop menyeluruh kepada skop tertumpu.

■ Perbelanjaan kerajaan bagi SUBSIDI yang menyeluruh adalah besar sedangkan golongan kaya yang lebih mendapat manfaat. Sumber pendapatan negara pula kecil dan tertumpu iaitu hanya 1.5 juta membayar cukai daripada 12 juta tenaga kerja. Juga, hanya 15% daripada perniagaan yang membayar cukai. Situasi struktur fiskal dilihat tidak sihat bagi negara untuk jangka panjang.

■ Di bawah kemampanan fiskal negara, MBE mencadangkan sistem yang ada diubah daripada `sistem percukaian yang bertumpu dan subsidi menyeluruh’ KEPADA ‘sistem percukaian menyeluruh dan subsidi yang bertumpu.’

■ ‘SUBSIDI YANG BERTUMPU’ bermaksud tumpuan dan fokus kerajaan adalah peruntukan SUBSIDI akan disalurkan terus kepada golongan miskin dan yang memerlukan.

■ Dana kerajaan boleh disalurkan kepada SUBSIDI YANG LEBIH BERTUMPU seperti kemas-siapan sistem sekuriti sosial (memperkemaskan BRIM), pengangkutan awam lebih baik, bantuan pendidikan, hak penjagaan kesihatan lebih baik dan bantuan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah. Malah, strategi ini akan membawa negara kepada satu tahap kemajuan yang lebih tinggi lagi.

■ Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menggariskan 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).
8 inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada:-

1. Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi.

2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.

4. Memperkukuhkan sektor awam.

5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran.

6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan.

7. Meningkatkan sumber pertumbuhan.

8. Memastikan pertumbuhan yang mapan.

■ 8 inisiatif itu saling melengkapi dan memberi kesan positif merentasi semua sektor ekonomi. Terdapat 3 matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman yang memerlukan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi pada masa depan.

■ Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia merekodkan pada tahun 2016, sebanyak 431,000 syarikat telah mendaftar untuk GST di seluruh negara. Hasil kutipan GST pada tahun 2016 adalah RM41.2 bilion, manakala RM27.01- bilion kutipan direkodkan untuk tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Oktober 2015.

■ Pelaksanaan GST sejak April 2015, berjaya menampung kekurangan hasil negara berikutan ketidak-tentuan harga minyak di pasaran, di mana ianya memberi impak negatif kepada pendapatan negara.

■ Perbandingan sumbangan tahunan daripada PETRONAS untuk tahun 2014 dan 2015 didapati ianya berkurangan dari RM29 bilion kepada RM26 bilion. Dan hanya RM16 bilion ringgit untuk tahun 2016.

■ Pertambahan hasil GST sebanyak RM14.19 bilion telah disalur bagi kegunaan2 berikut:-

1. RM500 juta
Menampung peningkatan pemberian BR1M.

2. RM600 juta
Bayaran pampasan tol.

3. RM157 juta
Bantuan pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah.

4. RM1.6 bilion
Perumahan mampu milik di bawah PR1MA.

5. RM730 juta
Rancangan Tebatan Banjir.

6. RM23 bilion
Menampung keperluan kesihatan.

7. RM800 juta
Perbelanjaan Pendidikan.

■ Daripada RM23 bilion untuk perbelanjaan kesihatan, RM4.6 bilion dibelanjakan untuk subsidi perubatan. Berikut ini adalah pecahan wang kutipan GST yang dibelanjakan di sektor Penjagaan Kesihatan tahun 2016:-

1. RM3 bilion
Peruntukkan untuk Pembinaan 5 hospital baru di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan di Cyberjaya.

2. RM848 juta
Peruntukan memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur pada Oktober 2016.

3. RM500 juta
Peruntukan untuk Projek Pembangunan Semula Hospital Kajang.

4. RM260 juta
Peruntukan membina dan menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian, berserta kuarters di seluruh negara.

5. RM52 juta
Peruntukan operasi 328 klinik 1Malaysia sedia ada, dan pembukaan 33 klinik 1Malaysia baharu.

6. RM72 juta
Peruntukan bantuan perubatan, termasuk hemodialisis yang memanfaatkan hampir 10 ribu pesakit kurang berkemampuan.

7. RM4.6 bilion
Peruntukan bagi bekalan ubat, consumables, vaksin dan reagents kepada semua hospital dan klinik Kerajaan.

■ Pada 10hb Oktober 2015, Perdana Menteri DS Najib dalam perbentangan Bajet 2015 juga mengumumkan senarai barangan dan perkhidmatan yang diKECUALIkan GST supaya diwartakan. Senarai itu turut mengandungi lebih daripada 900 barang yang berada dalam ‘basket of goods’ (kumpulan barang). Ia dibahagikan kepada 2 sektor pembekalan pengecualian iaitu sektor barangan dan perkhidmatan. Untuk keterangan lanjut, sila klik link di bawah:
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-bajet2015/gst-barangan-dan-perkhidmatan-yang-dikecualikan-46027%3famp=1

■ Secara ringkas, barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GST adalah:-

1. Bahan pertanian, padi dan sayur2an, makanan seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, hasil ternakan dan ikan;

2. Bekalan satu daripada 200 unit pertama elektrik setiap bulan untuk pengguna domestik;

3. Bekalan pertama 35 meter padu air setiap bulan untuk pengguna domestik;

4. Eksport barangan;

5. Perkhidmatan antarabangsa termasuk pengangkutan awam domestik (LRT, KTM, ERL, monorel, bas dan teksi);

6. Tol Lebuh raya;

7. Jualan/pajakan/sewa tanah kediaman/harta;

8. Tanah untuk tujuan pertanian dan tanah untuk kegunaan umum;

9. Penjagaan kesihatan swasta dan pendidikan;

10. Perkhidmatan kewangan tertentu;

11. Perniagaan kecil dan mikro juga tidak dikenakan GST sehingga perniagaan mencapai nilai RM500,000.

SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP PELAKSANAAN GST

▪GST bukanlah menyusahkan rakyat miskin kerana rakyat miskin yang terpaksa membayar GST dikembalikan semula wang mereka melalui BRIM.

▪GST sebenarnya menyusahkan golongan kaya terutama taukey dan peniaga kerana mereka tidak boleh lagi menipu pungutan jumlah jualan berbanding SST sebelum ini. Benar mereka boleh tuntut balik GST yang dikenakan ke atas mereka pada peringkat awal. Namun kesan dari itu mereka tidak boleh lagi menipu pendapatan sekaligus mereka terpaksa membayar cukai yang betul ekoran pendapatan mereka diketahui LHDN.

▪Kesan lebih besar apabila mereka juga tidak boleh lagi memohon berbagai kemudahan termasuk pinjaman yang disediakan oleh kerajaan kepada kumpulan sasar kerana terlebih syarat (pendapatan).

Itu yang menyebabkan taukey taukey besar marah dengan pelaksanaan GST di Malaysia.