BN Akan Turunkan Cukai Berkaitan Hartanah Jika Kuasai Semula Selangor

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Barisan Nasional (BN) akan menurunkan cukai berkaitan hartanah di Selangor bagi mengurangkan harga rumah, kos menjalankan perniagaan serta harga barang dan perkhidmatan di negeri ini, apabila ia mengambil alih Selangor pada pilihan raya umum akan datang.Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Isham Jalil berkata kos sara hidup di Selangor merupakan antara yang tertinggi di negara ini, dan ini disebabkan oleh dasar kerajaan negeri yang menaikkan cukai hartanah, yang seterusnya meningkatkan kos perniagaan dan kos sara hidup.

Beliau berkata sejak kerajaan Pakatan menguasai negeri ini pada 2008, kerajaan negeri menaikkan bayaran ke atas 90 jenis lesen perniagaan di Selangor, dengan lesen di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dinaikkan 72 peratus dan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebanyak 120 peratus.

“Satu contoh khusus, bayaran baharu lesen pengedar kereta terpakai di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, Pakatan menaikkannya sebanyak 282 peratus kepada RM1,490 daripada RM390 semasa pemerintahan Barisan Nasional,” kata Isham dalam tulisannya di New Straits Times, yang diterbitkan hari ini.

Beliau berkata kerajaan tempatan Pakatan juga mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis perniagaan, yang sebelum ini dikecualikan di bawah pemerintahan BN, serta meningkatkan kadar penilaian ke ats rumah orang tua, rumah untuk orang kurang upaya dan taska…..