BERITA SEMASA Obama gesa pemimpin tidak pecah belahkan masyarakat dengan kecenderungan atas talian

Obama gesa pemimpin tidak pecah belahkan masyarakat dengan kecenderungan atas talian

9

LONDON 28 Dis. – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, cara orang berkomunikasi melalui media sosial berisiko memecah belah masyarakat dan pemimpin perlu memastikan Internet tidak mempengaruhi pengguna dalam kecenderungan mereka sendiri.

Semasa bercakap dalam wawancara yang dikendalikan oleh Putera Harry, semalam Obama menggesa semua pemimpin mencari cara yang membolehkan mereka mencipta ruang bersama dengan Internet.

“Satu daripada bahaya Internet adalah orang ramai boleh mempunyai realiti yang sama sekali berbeza dan pengguna boleh hanya bergantung kepada maklumat yang diperkuatkan dengan sikap berat belah semasa mereka,” katanya. – REUTERS

 

artikel asal ; http://abcnews.go.com/Entertainment/obama-social-media-corroding-social-discourse-interview-prince/story?id=52008174