Taufik yang mendakwa dipecat tanpa melalui Lembaga Disiplin parti membuat semakan terhadap dokumen-dokumen pertubuhan pati tersebut dan beliau membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung penipuan sayap pemuda PPBM itu.

Seorang lagi bekas Exco yang dipecat, Muhammad Hafiz Azhar berkata bahawa penggunaan perkataan ARMADA tidak sah kerana ia tidak didaftarkan secara rasmi dengan ROS.

Susulan dari itu, ROS mengesahkan siang tadi bahawa sayap pemuda PPBM yang menggunakan nama  Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) itu tidak ada dalam perlembagaan parti itu.

Mengulas mengenainya, Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berpendapat bahawa penggunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan parti nerupakan sesuatu yang berat dan boleh memberi implikasi pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Menurut Suryati, “Tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.

“Kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan. Siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini,” tambah beliau.

Beliau berkata, sebelum ini ROS menerima aduan daripada beberapa ahli PPBM mengenai beberapa ahli ARMADA yang dipecat.

“Terdapat juga aduan lain daripada ahli yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana Mesyuarat Agung sehingga kini belum dilaksanakan.

“ROS sudah memulakan siasatan sebaik sahaja aduan terbabit diterima.

“Aduan yang diterima adalah mengenai isu urus tadbir parti yang tidak berlandaskan perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Isnin lepas, beberapa orang bekas penggerak penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan ahli dari lima bahagian di Negeri Sembilan membuat laporan kepada ROS mendakwa pemimpin mereka gagal mematuhi perlembagaan parti.

Bekas Setiausaha Pendaftar PPBM Negeri Sembilan, Abdul Rasid Mohamed, berkata ahli dan penggerak awal PPBM menggesa kepemimpinan tertinggi parti segera mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta akur dengan perlembagaan parti.

Pada penghujung Oktober 2017 lalu, lapan bahagian PPBM Johor juga mengambil tindakan yang sama berhubung masalah kepimpinan tertinggi parti itu.

Ianya berhubung kait dengan kegagalan PPBM mematuhi perlembagaan berhubung AGM, audit penyata kewangan dan pengiktirafan status pimpinan.

Kemelut dan konflik dalaman PPBM dilihat semakin melebar di mana para pemimpin, bekas pemimpin serta penggerak di kalangan mereka menzahirkan protes besar-besaran terhadap pelbagai isu kepempimpinan parti itu di seluruh negara sejak awal penubuhannya hingga kini.

Kongsikan
Artikel sebelum iniBahana mulut celupar
Artikel seterusnyaHALAL MEMBAWA BERKAT