Sebagaimana yang kita ketahui, TS Khalid Ibrahim disabotaj oleh rakan politiknya sendiri dalam #LangkahKajang.

Hari ini, TS Khalid dikhabarkan akan membantu Barisan Nasional untuk merampas semula Selangor dari tangan pembangkang. Pastinya perkara ini membuatkan Pakatan resah gelisah.

TS Khalid yang dapat kita lihat lebih telus dalam tindakannya sewaktu menjadi MB Selangor kurang menyenangkan Pakatan terutamanya DAP kerana enggan bekerjasama dengan rakan-rakannya melibatkan urusan-urusan yang menjurus kepada kepentingan peribadi. Dalam erti kata lain, urusan MEROMPAK NEGERI SELANGOR demi kepentingan peribadi berbanding masalah rakyat.

Maka, jangan hairan jika tanah, harta dan aset negeri Selangor hari ini banyak dipindah-milik kepada golongan proksi juga rakan-rakan politik demi kepentingan peribadi puak Pakatan.

Semoga rakyat Selangor tidak lagi buta juga diperbodohkan oleh Pakatan dalam #PRU14 akan datang. Rakyat Malaysia juga sudah mulai sedar akan ‘Kelentong Dol Hancing’ pembangkang yang sekian lama hanya tahu menabur fitnah, tohmahan juga propaganda untuk melemahkan kerajaan pusat berbanding membantu rakyat.

Buktinya hari ini dapat kita lihat bahawa Barisan Nasional semakin mengukuhkan posisinya hari demi hari apabila kebenaran timbul satu per satu mematahkan segala fitnah, tohmahan dan propaganda pembangkang (Pakatan Harapan).

#RespectMyPM
#KekalBN
#MelayuBersatu