1- MB Cap Ayam salahkan TSNO kerana tak call MBSA untuk hentikan kerja roboh rumah. Katanya itu tanah hak milik kjaan persekutuan dan TSNO ada kuasa.

JAWAPAN- Kerja meroboh dilakukan oleh penguatkuasa MBSA yang jelas dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Apa yang perlu kita fokus bukannya siapa yg patut call siapa tapi bagaimana MB Cap Ayam selesaikan masalah bantu rakyat. TSNO tegaskan kalau kerajaan Selangor betul-betul peduli rakyat bantu dulu mereka yang rumah akan dirobohkan. Bukannya robohkan dulu kemudian bantu beri rumah. Adakah perlu penghuni duduk dalam khemah sementara menunggu rumah yang akan diterima daripada KPKT. Akhirnya BN jugak yang membantu dan akhirnya betullah cakap TSNO yang Azmin MB Cap Ayam.

2- Exco Perumahan kata TSNO jemput Pegawai COB daripada Majlis Perbandaran Klang untuk bagi talk semasa konvensyen JMB/MC sbb KPKT nak belajar urus tadbir strata daripada kerajaan Selangor.

JAWAPAN- Standard Exco Perumahan dengan Azmin tak jauh bezanya. Sama-sama Cap Ayam. Pegawai COB yang dipanggil adalah kakitangan KPKT yang dibayar gaji oleh KPKT. Pegawai dipinjamkan kepada kerajaan negeri Selangor untuk pastikan urusan strata mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kementerian. Kalau nak kata tanpa urus tadbir kerajaan negeri yang baik tak mungkin pegawai akan cemerlang lebih baik Exco Perumahan rujuk kepada kegagalan kerajaan Selangor beri pembelaan kepada penduduk perumahan kos rendah sehingga Menteri KPKT turun padang dan membantu selesaikan masalah penduduk. Mana satu urus tadbir yang baik?

3- Exco Kesihatan kata antara sebab denggi banyak di Selangor adalah disebabkan KPKT gagal selenggara Sistem Penuian Air Hujan atau SPAH. Seorang lagi Exco Cap Ayam dalam pentadbiran MB Cap Ayam.

JAWAPAN- Fakta drpd Kementerian Kesihatan adalah 140 kes secara puratanya berlaku di Selangor setiap hari. Baca betul2..bukan 14 kes tapi 140 kes. Itu KKM kata bukan TSNO kata. Kerajaan Caca Merba Selangor dah lupa mereka kerajaan memerintah dan bukannya pembangkang di Selangor. Jangan nak salahkan pihak lain atas kegagalan sendiri. Sistem Penuaian Air Hujan bukan di bawah bidang kuasa KPKT tapi dibawah KETTHA. Ini fakta bukan auta.

Tak hairanlah bila orang Selangor hidup tunggang terbalik bila anggota pentadbir kerajaan negeri pun tak tahu fungsi agensi kerajaan. Betul kata TSNO. Kalau MB pun Cap Ayam. Exco nak letak cap apa?

Kesimpulannya, mereka terkesan dengan gerak kerja TS Noh Omar di Selangor hingga cuba mencari isu supaya imej dan krealibiliti TSNO tercalar. Tapi akhirnya meludah ke langit jatuh ke batang hidung sendiri.