Apa akan berlaku sekiranya Ahli Lembaga Tabung Haji dari kalangan wakil DAP & PKR?

Isu pesta arak sepatutnya membuka mata umat islam seluruh negara untuk sama -sama memikirkan tentang masa depan yang akan tergadai sekiranya memberikan mandat yang lebih besar kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir.

Ini kerana dalam kes pesta arak ini, Ahli Majlis dari DAP & PKR menyokong penganjurannya sedangkan Ahli Majlis dari PAS menentang. Namun kuasa majoriti pasti menang.
Apa natijahnya sekiranya PH diberi mandat untuk mentadbir negara. Kita tidak mampu membayangkan sekiranya Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MARA dari kalangan wakil DAP
Ahli Lembaga Pengarah Felda dari PKR.

Paling malang untuk umat islam sekiranya Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dari kalangan wakil DAP & PKR. Sedangkan peranan Ahli Lembaga Pengarah ini adalah amat besar dalam menentukan halatuju organisasi. Apakah umat islam akan kekal menikmati subsidi 50% untuk menunaikan fardhu haji seperti yang dimikmati hari ini?
Ternyata Ahli Majlis lantikan dari PKR walaupun islam tetap menyokong penganjuran pesta arak kerana terikut dengan telunjuk DAP.

Bayangkan pula betapa besarnya mudharat yang akan ditanggung oleh umat islam jika seluruh negara ditadbir oleh Pakatan Harapan nanti. Yang akan bermaharaja lela adalah DAP kerana mereka adalah tulang belakang Pakatan. Pastinya DAP akan melantik orang-orangnya untuk menerajui organisasi staregik negara.

Sekiranya itu berlaku maka suatu mimpi ngeri akan melanda umat kita.
Kerana itu kita mesti bersama berjuang untuk memastikan nasib bangsa terus terbela, hak & maruah terus dijaga. Tolak Pakatan Harapan Demi Kesejahteraan Negara dimasa akan datang.

Fikir2kanlah….
Ikhlas
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor