Pelik dasar pemikiran kapitalistik Mahathirisme ini..? Dah terbalik, serta berundur ke belakang. Bahawa SST lebih menekan dan menindas rakyat, hanya menguntungkan kaum kapitalis, peniaga lintah darat. Sebelum GST 6% diperkenalkan oleh Najib pada tahun lepas, kerajaan Tun Dr Mahathir telah mengenakan SST (10% service tax + 5% sales tax). Bahawa pada ketika itu didapati 30% para peniaga lintah darat melarikan cukai atau tidak membayar cukai melalui kaedah penipuan dan under-declaration. GST adalah cukai kepenggunaan yang tersusun, setiap entititi perniagaan yang berdaftar perlu diistihar. Lebih banyak lagi pengguna membeli maka lebih banyak pengguna perlu membayar cukai, adil bukan? So GST tidak membebankan golongan susah seperti kebanyakan kita. Justeru ia jauh lebih adil dan baik berbanding dengan SST. Bahawa GST telah diguna pakai di 170 buah negara di dunia termasuk di negara-negara Islam dan ia dilaporkan amat berkesan. Tahun lepas sahaja kerajaan telah barjaya mengutip RM41 Billion dari GST. Justeru GST adalah instrumen pencukaian yang terpenting buat negara kita. Bahkan dalam keadaan tertentu GST dianggap sebagai penyelamat ekonomi negara. Sila rujuk www.gst.customs.gov.my untuk maklumat dihujung jari.

GST vs SST : Kelemahan SST
Sistem percukaian lama, SST ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ia mewujudkan kesan cukai berganda. Cukai SST ini selalunya dimasukkan didalam kos barangan atau harga barangan tersebut telah di’mark up’ bersama dengan cukai SST tersebut. Kos ini bertambah dan meningkat mengikut peringkat pembuatan sebelum sampai ke pengguna dan kita telah membayar cukai keseluruhan 10% + 6% untuk harga barangan tersebut. Lebih banyak peringkat pemprosesan, lebih banyaklah cukai yang akan dimasukkan kedalam harga barangan.

GST vs SST : Kelebihan GST
GST dikatakan efisien kerana setiap peringkat akan di pantau oleh pihak Kastam. Ini kerana mereka perlu untuk mendaftarkan perniagaan mereka bagi tujuan ‘claim back’ cukai GST yang dikenakan. Cukai GST tidak dikenakan keatas kos, tetapi nilai tambah kepada barangan tersebut. Cukai GST tidak akan dimasukkan kedalam harga atau kos keseluruhan berbanding cukai SST. Bahan-bahan asas makanan, ubatan, pendidikan dan lain-lain lagi tidak akan dikenakan cukai GST bagi meringankan beban golongan ekonomi rendah dan sederhana.

GST vs SST : Analogi Ringkas
Disini saya akan bandingkan perbezaan antara percukaian SST sedia ada dan GST yang akan dilaksanakan kelak. Perbandingan ini menggunakan parameter harga kos barang mentah RM 85 dengan margin nilai tambah sebanyak 20% untuk setiap peringkat pengeluaran.

gst vs sst

Jadual 1 diatas menunjukkan perbandingan antara produk yang tidak dicukai, cukai SST dan cukai GST. Untuk jadual 1, harga jualan ditetapkan untuk setiap peringkat dan cukai SST adalah RM 16.90 manakala cukai GST pula ialah RM 8.40. Jadual 2 pula, harga untuk bekalan ditetapkan RM 85 dan margin nilai tambah atau untung ditetapkan pada 20% untuk setiap peringkat. Perbezaan cukai dikutip SST ialah RM 18.05 dan GST ialah RM 8.81. Ini membuktikan cukai GST lebih rendah daripada cukai SST kerana prinsip atau formula SST ialah cukai diatas cukai yang boleh menyebabkan kenaikkan harga barang atau ‘cascaded effect’ kepada harga barangan.

Tujuan entri ini adalah untuk menerangkan sahaja. Saya berpendapat cukai GST ini secara logiknya memberi manfaat untuk kemajuan negara. Atas faktor saiz penggunaan subsidi yang semakin besar, negara perlu memperkemaskan sistem pendapatannya supaya lebih berdaya saing untuk menjadi negara maju atau menghadapi apa jua krisis ekonomi yang bakal berlaku kelak. Jika diberi pilihan, cukai GST ini boleh tidak dilaksanakan atau cukai GST lebih rendah dari 6% dengan syarat subsidi pada masa ini dikurangkan. Ini kerana dana subsidi ini boleh digunakan untuk pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bagi mereka yang betul-betul memerlukannya.

Ikhlas dari:
Dato’ Haji Zein Isma Bin Haji Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Jumaat 15 Sept 20017; 21:37hr