Dalam pembentangan #Bajet2017, PM mengumumkan akan memberi insentif RM1,000 seorang bagi remaja2 yang berumur 20 hingga 30 tahun.
Tujuan ini bagi menggalakkan golongan remaja menyimpan untuk masa depan.
Syarat untuk mendapat RM1,000 ni ialah remaja mesti meyimpan RM1,000 ke dalam Private Retirement Scheme (PRS). Simpan duit sendiri RM1,000 kerajaan akan topup bagi RM1,000 lagi. Total jadi RM2,000 Dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sehingga umur 55thn. Sekiranya anda mampu menyimpan sebyk RM200 sblm selama 30thn, tabungan anda akan mencecah RM1.4juta.
PRS ni macam KWSP, simpanan persaraan. Ibarat acc ke2 EPF. Duit RM2,000 tu akan beranak pinak sebab dapat dividen dan masa pencen baru boleh keluarkan.
Pendaftaran PRS – https://www.ppa.my/
Inilah masanya remaja nak dptkan reward duit bajet kerajaan, tapi untuk rakyat yang belum berumur 31 sahaja ya.
Contoh, umur 30 tahun 8bulan masih layak untuk dapat RM1,000 free tu. Sebab belum masuk 31. Umur ikut tarikh lahir,  bukan ikut tahun.
Cara nak apply ialah kena melalui consultant yang ada lesen PRS.