Malaysia dibawah kepimpinan UMNO mengamalkan dasar “wassatiyah” atau keserdahanaan dalam pentadbiran negara.Ia dikukuhkan dengan slogan 1 Malaysia. Dimana Islam diperkuat dan dimulia disamping menaungi agama dan bangsa lain.

Kesederhanaan ini dibuktikan melalui keterbukaan kerajaan membenarkan surat kabar Bahasa Cina di terbitkan walaupun bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu.

Malah sekolah aliran jenis Cina juga dibenar untuk beroperasi dan kerajaan turut membantu dengan menyedia peruntukkan kewangan untuk kegunaan sekolah Cina.

Amalan ini tidak akan dijumpai di negara Singapura, sebuah negara maju. Keadaan ini menunjukkan UMNO bukanlah sebuah parti yang rasis dan menindas bangsa lain sepertimana tomahan segelintir pihak.Keterbukaan ini juga tidak sesekali menunjukkan Malaysia dijajah oleh bangsa cina.

Amalan keterbukaan ini turut dapat dilihat dalam Perasmian Pembangunan ECRL di KotaSas, Kuantan. Keterbukaan pihak penganjur yang membenarkan banting berkenaan perasmian pembangunan ECRL dalam Bahasa cina dipasang, tidak menjadikan Malaysia dijajah oleh negara cina. Ini kerana acara utama majlis Perasmian Pembangunan ECRL dipenuhi dengan adat melayu.

Keterbukaan pihak Penganjuran dalam menghormati tetamu yang menjadi kontraktor utama telah dipandang serong oleh Pertubuhan Perkasa melalui Setiausaha Agng Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.

Beliau melihat keterbukaan ini sebagai satu isu yang besar seolah – olah Malaysia telah ditakluk oleh negara China? Tindakan beliau yang gemar yang melakukan provokasi isu picisan menunjukkan secara jelas mereka mengakui pembangunan ECRL begitu memberi manfaat kepada rakyat.

Disebabkan ketidakmampuan mereka untuk menyerang Pembangunan ERCL mereka telah memilih isu picisan ini untuk diperbesarkan. Disebalik cemuhan Perkasa dalam isu ECRL, Perkasa tidak mampu menolak kebenaran bahawa 30% kontraktor yang terlibat dalam pembinaan ECRL adalah dari Malaysia. Berbanding tidak sampai 2% kontraktor Malaysia terlibat dalam perbinaan KLCC.

Perkasa berusaha membangkitkan kebencian rakyat terhadap ERCL dengan mengadu domba, hakikatnya seramai 3600 pelajar akan diberi peluang mendapatkan kemahiran melalui pembinaan ECRL berbanding tiada langsung peluang pembabitan pelajar semasa pembinaan KLCC.

Penyokong parti Bersatu begitu berbangga dengan KLCC dan membandingkan pembinaan KLCC berbanding ECRL. Biarpun begitu hakikatnya mereka terpaksa menelan pahit dan mengakui ECRL memberi manfaat kepada rakyat dalam sektor ekonomi di 23 kawasan dalam 3 buah negeri termasuk negeri pembangkang yang dipinggirkan arus permodenan oleh Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun terutama negeri Kelantan yang dianak tirikan secara zalim semasa Tun Dr Mahathir menjadi PM Malaysia.

Ini merupakan sedikit manfaat yang dapat dikongsi dalam coretan kali ini kerana jika saya mahu sebut satu persatu kebaikan ECRL secara terperinci, sudah tentu ia akan mengambil masa yang lebih panjang.

Apa yang kita perlu ketahui individu yang mendapat manfaat besar dari pembinaan KLCC ialah seorang kroni kepada pemimpin tertinggi kerajaan ketika KLCC dibina. Kenyataan ini dibuat melalui pengakuan seorang mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong bahawa seorang kroni mendapat keuntungan besar dari pembinaan KLCC. Siapakah kroni tersebut. Kita boleh merujuk kepada blog http://idealismalaysia.blogspot.my/2015/05/mahathir-lagi-teruk-bagi-ananda-beli.htmluntuk maklumat lanjut mengenai amalan kronisme yang berleluasa suatu ketika dahulu.

Kesimpulan dari peristiwa ini menunjukkan perbezaan 2 pemimpin apabila mereka melaksanakan pembangunan berskala besar.

Seorang pemimpin melaksanakan pembangunan untuk rakyat terbanyak supaya rakyat mendapat manfaat ekonomi dan siapakah mantan pemimpin yang mengutamakan kroni ketika melaksanakan pembangunan berskala besar?

Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Khamis 10 Ogos 2017