Berlangsungnya forum anjuran pihak pembangkang di De wan Perhimpunan Cina KL Selangor (KLSCAH) jam 8.30 malam yang antara ahli panelnya ialah Sdr Mohd Sabu Presiden Parti Amanah, Sdr Hisyamuddin Rais, YB Dr Jeyakumar (MP Sg Siput) & Sdr Harris Ibrahim.

Forum yang bertemakan “Mahadzir agen perubahan atau agen pemusnah” jelas mendatangkan natijah di luar jangkaan pihak penganjur. Sdr Mohd Sabu & Hisyamuddin Rais ternyata gagal menarik perhatian penonton terutamanya anak muda yang secara lantang mengkritik mereka kerana ‘menjilat ludah’ apa yang mereka perkatakan tentang Mahathir dulu.

Bagaimana perubahan kearah agenda Selamatkan Malaysia dapat dicapai jika pemimpin yang akan diangkat adalah pemimpin ‘kitar semula’ recycled merujuk kepada 3M iaitu (Mahadzir,Muhyiddin & Mukhriz). Sekian lama kita berjuang untuk menjatuhkan UMNO/BN, tiba-tiba hari ini musuh utama kita dulu (Tun M) kini diangkat sebagai kepala utama dalam Pakatan….ini hipokrit tahap dewa… kata peserta forum yang hadir.

Rumusan dari forum tersebut jelas menatijahkan pandangan Tun Mahathir adalah agen pemusnah kepada Pakatan.
Hal ini sebenarnya mendukacitakan Sdr Mohd Sabu kerana kegagalan Pakatan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan bermakna terkuburnya hasrat dan impian beliau untuk bergelar YB Menteri. Kerana itu beliau meminta agar seluruh kepimpinan Amanah berusaha untuk menyakinkan anak muda bahawa kehadiran Tun M bersama dalam Pakatan Harapan ibarat ‘berlian’ yang akan digunakan untuk memotong berlian juga.

Maka Timbalan Presiden Amanah pun Sdr Salahuddin Ayub mengeluarkan artikel bagi menyokong pendirian Presidennya kononnya Tun M bakal menjamin kemenangan Pakatan Harapan.

Hakikatnya suara anak muda lebih penting. Pandangan mereka berbeza dari pandangan pemimpin otai dalam Pakatan. Maka mungkin reformasi dapat dilakukan oleh pemimpin yang merosakkan negara ini. Anak muda jelas melihat kepimpinan YAB DS Najib jauh lebih berjaya berbanding 22 tahun era kepimpinan Tun M. Bermakna UMNO secara dalamannya telah berubah dengan ketiadaan 3M yang merupakan virus berjangkit yang telah menjangkiti pemikiran pemimpin Pakatan Harapan pada hari ini. Syabas kepada anak muda-anak muda yang secara lantang berani menyuarakan pandangan mereka serta pendirian mereka terhadap kehadiran Tun M dalam Pakatan.

Sebagai pemimpin UMNO saya juga bersetuju dengan pandangan bahawa Pakatan Harapan kini dijangkiti penyakit kencing manis yang teruk. Apabila adanya luka, ianya mesti di potong bagi mengelakkan berjangkit ke bahagian yang lain. 3M (Mahathir, Muhyiddin & Mukriz) ibarat jari kaki yang perlu di potong bagi menyelamatkan pesakit kencing manis iaitu Pakatan Harapan. Kuman itu akan merebak dan akhirnya Pakatan Harapan berakhir sebagaimana nasib Pakatan Rakyat sebelumnya….

Coretan ikhlas,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor