Dengan adanya Presiden PKR sebagai ADUN Kajang. Timbalan Presiden sebagai Menteri Besar. PKR sepatutnya dilihat sebagai Parti politik hebat dalam menguruskan pentadbiran Negeri Selangor.
Dengan mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang merupakan dewan perundangan tertinggi negeri dalam membincangkan hal ehwal rakyat serta dasar kerajaan Negeri, ternyata mandat yang diberikan kepada mereka dianggap ‘enteng’.

Mereka tidak serius dalam membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Ini terbukti pada sidang Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya bersidang selama 10 hari tetapi ditamatkan awal hanya 2 hari. Kata seorang petugas, terdapat 297 soalan yang dinantikan untuk dijawab oleh pihak kerajaan negeri, namun hanya 36 sahaja soalan yang sempat dijawab. Apakah ini menggambarkan kesungguhan mereka dalam menjalankan amanah yang diberikan? Apakah kerana DS Wan Azizah juga menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, dan DS Azmin Ali juga merupakan ahli Parlimen, maka mereka lebih berminat bertanyakan soalan di Parlimen dari menjawab soalan di DUN?

Ternyata mereka bernafsu besar untuk menjatuhkan kerajaan Pusat pimpinan YAB DS Mohd Najib sehingga mengabaikan apa yang menjadi tanggungjawab di peringkat negeri. Apakah manusia yang sewenang-wenangnya mengkhianati amanah rakyat layak untuk diletakkan harapan bagi menyelamatkan Malaysia sebagai mana yang mereka war-war kan?

Bak kata pepatah melayu ‘meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri’
Gah berkokok tapi ekor bergelumang taik. Itulah gambaran tatacara tadbir urus negeri pimpinan Pakatan Harapan yang tidak boleh di harapkan.

Ikhlas daripada saya,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor