Oleh kerana sidang Dewan Undangan Negeri dipendekkan daripada 5 hari menjadi 2 hari. Maka banyak soalan yang tak dapat diajukan untuk mendapatkan penjelasan. Jadi saya mengambil kesempatan untuk menulis surat terbuka ini agar pihak kerajaan negeri dapat memberi maklumbalas sebagaimana biasa mereka jawab melalui media mereka.
Berikut adalah isu-isu yang rakyat Selangor berhak untuk tahu.

1. Isu DIEG syarikat milik Perpadanan Menteri Besar Selangor yang diurus tidak mengikut tatacara pengurusan syarikat korporat tapi umpama syarikat enterprise?

2. Benarkah wujudnya bayaran komisen sebanyak 600 juta bagi pengambilalihan Splash?

3. Isu pengambilan tanah Paya Indah Wetland, apakah wujud elemen salah guna kuasa kerajaan negeri dalam mengubah status tanah itu & diberikan kepada sebuah syarikat korporat sebagai pertukaran kepada pakej penyelesaian hutang pihak2 tertentu?

4. Berapakah sebenarnya jumlah kerugian yang dialami oleh Yayasan Selangor & berapakah nilai assetnya yang telah dijual untuk menampong kos pengurusan?

5. Berapakah kerugian yang dialami oleh Unisel & apakah perancangan kerajaan negeri untuk memulihkan semula prestasi Unisel yang semakin teruk?

6. Isu duit Peruntukan Marris oleh Kerajaan Pusat untuk memperbaiki jalanraya tetapi digunakan untuk pembinaan dewan. Kenapa?

7. DS Azmin Ali mendakwa kerajaan negeri memiliki simpanan yang banyak sehingga 3 billion, tapi masih mengaharapkan peruntukan dari kerajaan Pusat untuk baik pulih stadium S Alam.

8. Apa status projek HORRAS di K Langat untuk menangani isu gangguan bekalan air? Dengar kata peruntukan sehingga 200 kita telah dibelanjakan tetapi projek itu gagal?

9. Apa status projek Langat 2 yang telah dipersetujui oleh YB TS Khalid Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Besar dahulu bagi meneruskan projek Langat 2 iaitu penyambungan paip dari Pahang ke Selangor sebagai sumber air bersih untuk menyelesaikan isu kekurangan air di Selangor?

10. Selain dari menaikkan kadar parking kenderaan oleh PBT, kadar cukai pintu, cukai ternakan ikan dalam sangkar. Apakah lagi cadangan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan pendapatan kerajaan negeri? Selain dari mengenakan caj plastik 20 sen, apakah kerajaan juga berhasrat mengenakan caj parking kenderaan bagi penduduk yang menghadapi masalah kekurangan tempat parking khususnya di perumahan apartment?

Banyak lagi isu yang tidak dapat diajukan untuk mendapatkan jawapan dari Kerajaan Negeri kerana tindakan YAB Dato’ Menteri Besar & Speaker dewan yang menutup ruang untuk diajukan persoalan kepada mereka.
Itulah wajah sebenar Kerajaan pimpinan Azmin & Pakatan yang menutup ruang demokrasi atas nama demokrasi!

Kenyataan Akbar
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor