Jika merujuk kepada portal rasmi Dewan Undangan Negeri Selangor, sidang DUN akan berlangsung dari 24/7 – 28/7/2017 iaitu selama 5 hari.
Dengan andaian tersebut para wakil rakyat dari BN yang merupakan pembangkang di Selangor telah telah menyiapkan beberapa soalan tambahan untuk diajukan kepada Kerajaan Negeri.

Antara isu yang hangat ialah berkaitan Splash, penyalahgunaan duit Marris serta isu kebajikan rakyat yang tidak dijaga.
Namun tindakan YAB DS Azmin Ali menamatkan sidang lebih awal iaitu pada 25/7/2017 adalah tindakan bacul kerana mengelak dari menjawab soalan-soalan tambahan dari pihak pembangkang.
Kepimpinan kerajaan Negeri Selangor juga menjadikan sidang DUN sebagai medan membangkitkan isu-isu persekutuan seperti isu 1MDB, sedangkan sidang DUN sepatutnya membincangkan isu berkaitan hal ehwal negeri.

Sikap hipokrasi Azmin jelas merugikan rakyat Selangor dan ternyata beliau lebih berminat bermain dengan isu-isu persekutuan dari membincangkan soal tadbir urus negeri secara berhemat.

Kepada Sdr Azmin saya ingatkan agar bersabar dahulu sehingga PRU akan datang. Sebaiknya beliau hanya bertanding untuk kerusi Parlimen sahaja, lupakan kerusi DUN kerana minat sedara lebih kepada isu-isu berkaitan dasar-dasar kerajaan persekutuan. Tunjukkan contoh tadbir urus negeri yang tulus ikhlas dahulu sebelum mempertikaikan sidang Parlimen. Ibarat si jantan gah berkokok, tapi ekor bergelumang taik. Itulah kerajaan Pakatan!

Kenyataan Akhbar;
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor