Kenyataan Lim Kit Siang bahawa DAP mahukan Johor menjadi Pulau Pinang kedua di bawah pentadbiran DAP mempunyai motif yang tersendiri.

Walaupun dinafikan, bahkan anaknya yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang cuba melakukan penipuan dan pemerdayaan, namun berdasarkan fakta dan angka, ternyata Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran DAP selama 9 tahun, telah bertukar daripada sebuah negeri yang kaya menjadi sebuah negeri yang bakal muflis dan besar kemungkinan terpaksa membuatkan Kerajaan Persekutuan bail-out negeri itu daripada genggaman pihak asing.
Semuanya kerana kegilaan Lim Guan Eng menjual segala tanah di Pulau Pinang selain kegagalan menarik pelaburan ke Pulau Pinang. Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng juga menyaksikan kemerosotan pelaburan dalam negeri, manakala pelabur-pelabur asing sedia ada pula, telah memindahkan operasi mereka ke negeri-negeri serta negara-negara jiran.

Johor kini merupakan negeri yang terkaya di Malaysia. Johor menjadi destinasi pelaburan nombor satu selain pembangunan pesat yang berlaku di Johor. Dan sudah tentulah DAP amat memerlukan negeri yang kaya seperti Johor untuk dikerjakan dan diaqiqahkan sepertimana yang mereka lakukan di Pulau Pinang dan Selangor.

Pulau Pinang dan Selangor pernah berada pada kedudukan yang dinikmati Johor sekarang sebelum diambilalih oleh Pakatan yang diketuai oleh DAP.
Diktator berusia 51 tahun itu pernah berkata, untuk menawan Malaysia, Johor perlu ditawan terlebih dahulu.
Tetapi perhatikan dahulu apa yang telah berlaku kepada Pulau Pinang sebaik-baik sahaja DAP mengambilalih pentadbirannya.
Tanah habis dijual dan digadai. Pelabur lari. Kilang-kilang ditutup. Bajet Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng mencatatkan defisit semenjak 2010. Perkampungan-perkampungan Melayu diratakan dan dilupuskan. Bahkan perkampungan kaum India juga diratakan walaupun Lim Guan Eng menggunakan P. Ramasamy dan Kashturi Patto bagi mengurangkan hakisan sokongan masyarakat India terhadap DAP.
Maka, berdasarkan rekod di Pulau Pinang, bahkan di Selangor, tidak mustahillah Johor juga akan menjadi sebuah negeri gagal dan bankrap. Disebabkan kekayaannya maka, DAP begitu mengidamkan Johor. Dan kerana keserakahan itulah, DAP tidak berminat dengan negeri-negeri ‘miskin’ seperti Perlis, Kedah dan sebagainya kerana mereka tahu, DAP tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negeri melainkan untuk menjahanamkan.
Johor terkenal sebagai ‘Negeri Melayu’ yang sangat kental. Manakala di Pulau Pinang, sudah ada rancangan untuk menjadikan negeri itu sebagai sebuah negeri Kristian seandainya DAP terus diberikan kuasa lebih lama lagi sebagaimana yang diluahkan oleh Senator Dr. S.M Ariffin Omar, senator lantikan DAP.
Dr. S.M Ariffin Omar dalam hansard Dewan Negara pada 19 April 2017, bertanya, apa salahnya jikalau Pulau Pinang menjadi sebuah negeri Kristian, bahkan dia juga berkata, Perlembagaan Negeri Pulau Pinang perlu diubah bagi tujuan tersebut.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. S.M. Ariffin Omar itu adalah rentetan pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Abu Shah yang mendedahkan tentang Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat menyebarkan dakyah mereka selain mempunyai hubungan akrab dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.
Siapakah yang menjadi kuda tunggangan DAP di Johor setelah Lim Kit Siang berjaya menempatkan dirinya di Gelang Patah pada PRU-13 lalu?
Pastinya, yang akan menjadi kuda tunggangan atau lebih tepat lagi keledai, adalah Presiden Parti Cap Bunga, Muhyiddin Yassin.
DAP memulakan gerakan ‘Impian Johor’ yang dilancarkan oleh parti itu semenjak tahun 2016. Sikap kurang ajar dan biadap yang ditunjukkan oleh ADUN-ADUN DAP Johor sewaktu persidangan DUN termasuklah pernah dimurkai oleh KDYMM Sultan Johor, menyerlahkan niat sebenar mereka.
Liew Chin Tong yang merampas kuasa daripada Dr. Boh Cheng Hau dan merupakan sekutu Keluarga Lim di Johor, adalah Pengerusi DAP Johor. Dia mengakui gerakan tersebut.
Bagi DAP, Muhyiddin mampu menarik minat pengundi Melayu untuk menambahkan lagi jumlah kerusi DUN Johor yang dimiliki oleh DAP. Untuk rekod, kedudukan terkini DUN Johor sekarang ialah BN 37, DAP 13, PKR 1, PAN 1 dan Cap Bunga 1.
Modus Operandi yang memperkudakan atau mengkeledaikan Muhyiddin telah pun digunakan oleh DAP di Pulau Pinang apabila Mat Sabu yang sekarang ini merupakan Presiden PAN awal-awal lagi telah ditanam saham, sehinggalah kalah dalam pemilihan PAS dan kemudian di bawah bimbingan serta sokongan Lim Guan Eng, menubuhkan PAN yang menghimpunkan para pemimpin serta ahli-ahli PAS yang sangat pro-DAP.
Sebelum itu, DAP memperkudakan dan mengkeledaikan Nizar Jamaluddin di Perak pada tahun 2008 sehingga Februari 2009. DAP jugalah yang menjadi dalang menghasut ahli-ahli PAS agar berdemonstrasi dan berbaring di tengah-tengah jalan dalam cubaan menghalang perjalanan KDYMM Sultan Perak bagi melantik Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak setelah Pakatan kehilangan tiga kerusi di Perak.
Di Johor, DAP tidak mempunyai pemimpin Melayu yang boleh diharap dan menarik minat pengundi-pengundi Melayu. Sekaligus, sekalipun menang, tiada seorang wakil DAP yang boleh dilantik sebagai Menteri Besar memandangkan Undang-Undang Tubuh Johor hanya membenarkan lelaki Melayu dan beragama Islam untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Melayu Johor kalau mahu menerima nasib atau mencuba nasib seperti Melayu di Pulau Pinang, dipersilakanlah untuk memilih DAP dan menyokong Muhyiddin Yassin!

Pastinya selepas itu, kita akan mendengar bagaimana tanah-tanah di Johor akan dijual dan digadai habis, sama ada tanah daratan mahupun tanah tambak bagi membiayai kantung kerajaan negeri sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, sehinggakan penduduk tempatan terpaksa mengemis di negeri lain.
Undang-undang yang membabitkan tanah, berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Dengan menggunakan Kanun Tanah Negara, Kerajaan Negeri berhak mengambil tanah sesiapa pun pada bila-bila masa sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang.