Penyokong Pakatan sudah bising kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bayar peguam Shafee Abdullah untuk masukkan Anwar Ibrahim ke dalam penjara. Kononnya Anwar didapati bersalah sebab Najib bayar Shafee.

Apa yang mereka sorok ialah isu pembayaran itu tiada kena mengena dengan sabitan kesalahan liwat kerana Shafee mewakili Pendakwa Raya di Mahkamah Rayuan pada 2014 dan Mahkamah Persekutuan pada 2015. Dalam tempoh itu 8 hakim paling kanan dalam institusi kehakiman sebulat suara memutuskan Anwar telah melakukan kesalahan liwat.

Mungkin penyokong Pakatan boleh jelaskan bagaimana siasatan polis dapat mengesan sperma Anwar pada badan mangsa dan bukti ini tidak pernah disangkal oleh peguam pembela. Atau mengapa Anwar memilih untuk tidak memberi keterangan bersumpah?

Shafee juga tidak boleh mendedahkan bayaran yang diterima kerana terbatas oleh etika kerahsiaan antara peguam dan anak guam. Cuba tanya peguan PKR Latheefa Koya berapa banyak Kerajaan Selangor bayar firma guamannya Daim & Gamani untuk kerja-kerja yang telah dilakukan.