Semakin parah nampaknya pembawa fahaman liberal yang mahukan setiap kali untuk disiarkan laungan azan menunjukkan masuknya waktu solat bagi yang beragama Islam, maka AJK Masjid atau Surau perlu meminta izin penduduk, mungkin juga boleh terjadi siaran azan di kaca tv dan siaran radio akan dimansuhkan.

Sebelum ini kita hanya mendengar rungutan penduduk yang bukan Islam yang membantah siaran azan ini, terutama nya di negeri yang di tadbir oleh pembangkang seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

Terkini adalah komen seorang penguna akaun media sosial dengan nama Azira Aziz yang difahamkan beliau adalah salah seorang yang terlibat dengan perhimpunan Anti RUU 355 di Petaling Jaya Februari lepas, turut juga mempersoalkan jarak masjid dan surau dari kawasan tempat tinggal penduduk.

Beliau telah memberi pandangan bahawa masjid atau surau yang berada di dalam kedudukan 50 mtr. dari kawasan perumahan, disyaratkan untuk meminta kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan 5 kali dalam sehari.

Beliau juga berpandangan bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang dibawa masuk dari negara Arab kedalam masyarakat Melayu, satu masalah fundamentalisme yang melanda negara pada ketika ini.

Perkembangan ini dikatakan berpunca dari ramainya graduan Islam negara ini yang menuntut di negara Timur Tengah, dan beliau menuntut agat penghantaran pelajar ke negara seperti Arab Saudi dihadkan.

Beliau beranggapan bahawa sekiranya kerajaan menghadkan penghataran pelajar dan kemasukkan tenaga pengajar Islam dari rantau Arab mungkin rakyat negara ini akan hidup dengan lebih aman lagi.

Mungkin kerana beliau pernah berkhidmat dengan seorang ahli politik pembangkang dari DAP maka cara berfikirnya juga sudah dipengaruhi oleh pemikiran DAP, terlalu liberal, mungkin juga Azira Aziz ini tidak sedar bahawa pemikiran liberal juga adalah di import dari barat yang kita tahu Barat juga tidak aman seperti yang kita ketahui hari ini.

Boleh juga dikatakan kekalutan yang sedang berlaku di Timur Tengah juga mungkin berpunca dari Barat.

Baiklah, pertamanya kita perlu bertanya adakah beliau bersetuju jika negara ini tiada lagi pemerintahan beRaja atau Sultan malah tidak perlu lagi negara Malaysia ini mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong, kerana merujuk kepada Perlembagaan Persekutan, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah ketua agama Islam negara ini.

Seperti yang dijelaskan didalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah Agama Persekutuan bagi Malaysia, walaupun agama selainnya boleh di amalkan dengan aman, Perkara 3 juga menjelaskan bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam.

Mungkin minah Azira Aziz ini tidak perasan bahawa sejak berluasanya kuasa DAP didalam negara dan dalam Dewan Rakyat maka semakin bercelaru pemikiran rakyat Malaysia hari ini, mungkin kerana tersebar luasnya fahaman lebiral atau “creeping liberalisation” maka penghormatan kepada hak asasi selainnya tidak lagi di pandang berat.

Tidak lama lagi, tidak hairan jika kita melihat pasangan bercumbuan dikhalayak ramai tanpa berselindung lagi kerana hak kebebasan hidup di negara Malaysia yang ratanya orang Melayu tetapi pemikiran mereka sudah menjadi pemikiran liberal.

Baik, kepada minah Azira Aziz ini saya sarankan pertamanya jadikan negara ini sebuah republik ia ini tanpa beraja kemudiannya baru di buat peraturan untuk tidak membenarkan azan atau perlu memohon kebenaran untuk melaungkan azan penanda waktu solat.

Jika tidak mampu untuk melakukan diatas, cadangan kepada minah Azira Aziz adalah berpindah untuk tinggal di mana-mana negara yang tidak mengamalkan adat resam dan budaya Islam, mungkin Singapore atau Thailand atau paling nyata ke negara barat yang lebih leberal.

Atau boleh sahaja minah Azira Aziz tinggal di perkampongan penempatan kaum Cina atau India yang tiada masjid atau surau dikawasannya.

Rasanya kita boleh bayangkan jika DAP berjaya merampas negara ini, mungkin di radio dan TV juga di tiadakan Azan.

sumber – http://www.bicara.news