Bertapa bencinya mereka dengan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia ini jelas kelihatan dengan pengelihatan mata akal, perkara yang di sembunyikan dari mata kasar tetap gerak badan mereka memaparkan aksi sebenar pemimpin DAP dan kita dapat melihatnya sendiri.

Sejak di tubuhkan pada tahun 1966 dan dengan sasaran perjuangan mereka untuk menjadikan Malaysian Malaysia tidak pernah luput, apa tah lagi setelah parti itu di kelilingi oleh penumpang seperti PKR dan PAN, yang mana sebelm ini parti PAS juga pernah bernaung dibawah payung DAP.

Hari demi hari gelagat mereka telah menimbulkan sendiri hasrad hati mereka tanpa mereka sedar, lihat sahaja ketika pembentangan RUU 355 di parlimen baru-baru ini dimana Lim Kit Siang telah beberapa kali cuba menggangu perjalanan dewan.

Sikap pemimpin DAP jelas kelihatan bersungguh-sungguh cuba menggagalkan pembentangan ini, bertepatan dengan tema parti DAP yang komited kepada perjuangan untuk sebuah negara Malaysia untuk rakyat Malaysia yang bebas dan demokratik sosial yang jelas mahu mengenepikan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Ini juga memberi gambaran bahawa DAP tidak menghormati dan tidak mengiktiraf agama Islam di Malaysia sebagai agama rasmi negara yang termaktub didalam perlembagaan Persekutuan, mereka mahu menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang liberal dan bebas tanpa batasan.

Apa yang diperjuangkan oleh Lim Kit Siang dan DAP adalah kesinambungan perjuangan PAP yang tidak pernah mati dalam menuntut agar Malaysian Malaysia menjadi kenyataan, menentang peraturan-peraturan yang berkaitan dengan agama Islam dan segala kebaikkan untuk orang Melayu adalah menjadi matlamat mereka.

Menyamaratakan hak orang Melayu, Bumiputra dengan kaum pendatang yang memberi gambaran bahawa tiada kaum yang mempunyai kelebihan berbanding kaum lain adalah perjuangan Lim Kit Siang sejak sekian lama, dan kini setelah di dampingi oleh segelintir orang Melayu, Lim Kit Siang dilihat sebagai seorang yang sangat berkuasa untuk menentukan itu dan ini didalam pakatan pembangkang.

Malah jika dilihat kepada sejarah lampau sikap Lim Kit Siang hari ini hampir menyerupai mentor beliau Lee Kuan Yew yang tidak begitu berminat dengan pemerintahan orang Melayu dan tidak mahu tunduk dengan kehendak pemerintahan raja-raja Melayu.

Dan perjuangan Lee Kuan Yew yang mahu menjadikan negara ini sebagai Malaysian Malaysia tidak pernah mati setelah menzuriatkan Lim Kit Siang untuk menjadi peneraju kearah menjadikan Malaysian Malaysia.

Contoh paling terbaharu adalah berhubung RUU 355, siapa yang paling menentang keras agar imej Islam di negara ini tidak dinaikkan, jika tidak Lim Kit Siang dan DAP sedangkan mereka tahu bahawa RUU 355 bukan untuk kaum mereka atau yang bukan Islam.

RUU 355 adalah khusus untuk orang Melayu dan Islam, tetapi sifat benci yang amat sangat dengan orang Melayu dan Islam maka soal hukum-hakam orang Islam pun mereka cuba menggangunya kerana menaikkan imej orang Islam dinegara ini sama seperti menaikkan imej orang Melayu.

Segala proses ke arah memulihkan imej orang Melayu dan Islam akan meranapkan cita-cita mereka mahu menjadi Malaysian Malaysia, maka segala yang berkaitan dengan pemulihan orang Melayu dan Islam perlu di halang.

Jadi sedarlah kita bahawa impian Malaysian Malaysia tidak pernah padam dari dalam kitab perjuangan parti DAP ini, maka oleh itu sedarlah bahawa memberi sokongan kepada Lim Kit Siang dan DAP membawa erti rakyat telah memberi keizinan untuk kebebasan beragama dan kebebasan segalanya menjadi mutlak.

Termasuk perlakuan liwat, zina, pergaulan bebas, minum arak dan segalanya yang dilarang oleh hukum syarak dan besar kemungkinan Islam bukan lagi menjadi agama Persekutuan.