1. PERSATUAN PEGAWAI SYARIAH MALAYSIA (PPSM) TUNTUT PERMOHONAN MAAF RAFIZI RAMLI* berikutan klip video yang tular pada 12 April 2017 berkenaan suatu ucapannya pada minit ke 29, iaitu “kalau dilihat kepada rekod hakim yang ditangkap dan ditahan kerana *RASUAH,* kita boleh tengok sendiri sebenarnya *HAKIM MAHKAMAH SYARIAH* lebih tinggi berbanding dengan hakim mahkamah sivil.”

2. PPSM menegaskan, kenyataan Rafizi tersebut adalah fitnah dan pembohongan yang jauh menyimpang daripada kebenaran. Berdasarkan rekod semenjak jawatan “Hakim Syarie” diwujudkan pada tahun 90-an, hanya terdapat satu kes sahaja yang melibatkan Hakim Syarie yang didakwa dan disabitkan dengan kesalahan rasuah. Selain daripada kes tersebut, tiada lagi mana-mana Hakim Syarie di Malaysia yang didakwa dan disabitkan di mahkamah dengan kesalahan rasuah.

3. Menurut PPSM, walau apapun alasan yang diberikan oleh YB Rafizi, seseorang yang ditangkap dan ditahan tidak menggambarkan perlakuan kesalahan rasuah tersebut sehinggalah mahkamah mensabitkan kesalahan itu, berpadanan dengan prinsip “a person is innocent until proven guilty”, iaitu seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

4. PPSM menyatakan kekesalan kerana Rafizi memfitnah Hakim Syarie dan menggambarkan mereka adalah pengamal rasuah yang jumlahnya jauh lebih ramai daripada jumlah pengamal rasuah di kalangan Hakim Mahkamah Sivil.

5. Kenyataan Rafizi ini dilihat sebagai satu lagi bentuk serangan PAKATAN PEMBANGKANG ke atas Institusi Agama Islam dan bertujuan untuk mencemarkan imej dan kewibawaan Hakim Syarie khususnya dan Institusi Kehakiman Syariah.

Sumber Jasa