Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat sekalian.
(Boleh untuk wanita dengan syarat ada mahram yang punya iqamah saudi; Belajar di Saudi.)
Khabar gembira buat mereka yang mahu melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah/ Degree di Saudi Arabia…
Telah dibuka permohonan mulai hari ini 28 Februari 2017- 6 april 2017, pendaftaran program diploma Bahasa Arab untuk tahun akademik 2018/2019 di King Abdulaziz University – Jeddah.
Ini satu-satunya cara untuk menyambung ke peringkat ijazah di King Abdulaziz university untuk mahasiswa international.
Program diploma bahasa arab selama 1 – 2 tahun.
Setelah diploma, mahasiswa dipersilakan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di KAU dalam jurusan yang diOffer (Islam atau umum, Sains atau non-sains) menggunakan bahasa pengantar Bahasa Arab atau English.
Berikut merupakan beberapa keuntungan biasiswanya.
1. Tiket berangkat akan diberi
2. Dapat wang kedatangan 1700 riyal
3. Dapat wang saku bulanan 840 riyal
4. Dapat tiket pulang pergi cuti musim panas ke negara asal
5. Percuma buku pelajaran
6. Percuma ibadah Haji (Ada yang tak mahu??)
7. Percuma tempat tinggal
8. Dan manfaat lainnya
Ayuh kepada yang berminat.
Cara mendaftar:
1. Buka link dibawah ini (disarankan  memakai browser Internet Explorer)
2. Baca syarat-syaratnya disini: http://dcafl.kau.edu.sa/OUT_INDEX.ASP
3. Buat account,
4. Upload semua dokumen yang diminta.
– Passport
– Ijazah Terakhir ( SPM )
– Transkip nilai ( Tazkiyah )
– Curriculum Vitae (CV)
– Personal Photo
– Surat Pengesahan Kesihatan
– Surat Rekomendasi 1 (tambahan)
(Dalam bentuk PDF ukuran maksimal 200 kb)
1. Pengumuman dalam Bahasa Inggeris :
2. Pengumuman dalam Bahasa Arab: