Masyarakat Islam umumnya dan bukan Islam khususnya perlu terus diberi penerangan dan kesedaran tentang pindaan Rang Undang Undang (RUU) 355 supaya rakyat bersama sama dan bersatu dalam menyokong pemerkasaan RUU 355 yang akan dibentang dalam sidang dewan parlimen pada Mac nanti.

Ini kerana terdapat Ahli Parlimen pembangkang yang beragama Islam yang berada dalam parti PKR dan parti2 baru di tubuhkan PAN dan PBPM, yang pada hakikatnya amat bergantungan dan bernaung di bawah parti DAP (yang memperjuangkan ideologi Bintang Tiga Moden), sedang berusaha memprovokasi perasaan dan emosi rakyat agar membenci usaha pemerkasaan RUU 335 melalui penyebaran maklumat yang salah. Akhirnya wujud perpecahan di kalangan rakyat yang sudah pasti akan merugikan Islam itu sendiri.

Ketua UMNO Bahagian Subang yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Dato’ Hj Zein Isma Bin Hj Ismail berkata; “Ketika ini Islam di Malaysia bukan sekadar diserang, di provokasi serta diperlekeh oleh sebuah parti yang berpegang kepada ideologi Bintang Tiga Moden, keadaan lebih teruk apabila Islam turut di salah tafsir oleh sebilangan ahli parlimen pembangkang yang beragama Islam itu sendiri. Keadaan ini menyebabkan ramai rakyat terpengaruh lalu bertindak menolak pemerkasaan RUU 355”.

Kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Hj Zein selepas majlis yang dikenali “Himpunan Solidariti Ummah 2017” bertajuk “Memertabatkan Undang Undang Shariah” bertempat di Masjid al-Huda, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Majlis tersebut membariskan dua ahli panel Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal RUU 355, YB Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan  Ahli Parlimen Temerloh merangkap Setiausaha Kongress Rakyat dan Ketua Penerangan Pas Pusat, YB Ustaz Nasruddin Bin Hassan Tantawi.

Dato Zein berkata lagi, “Pindaan RUU 355 kali terakhir berlaku pada tahun 1984 (1989 meliputi negeri Sabah dan Sarawak) , maka sewajarnya RUU 355 di pinda sekali lagi agar hukuman yang dijatuhkan bersesuaian dengan situasi semasa. Ini kerana, RUU 355 merupakan satu hukuman “Ta’azir” yang berlandaskan elemen keadilan dan diharap mampu mendidik umat Islam di Malaysia daripada terjebak dalam masalah sosial disebalik ancaman ledakan kemajuan yang dinikmati dalam negara”.

“Malangnya terdapat segelintir Ahli Parlimen pembangkang beragama Islam telah melakukan provokasi terhadap usaha memperkasakan RUU 355, kita semua sedia maklum Ahli Pparlimen pembangkang ini dari parti mana. Tindakan mereka dilihat sebagai penyambung lidah kepada bangkangan sebuah parti yang beridealogi Bintang Tiga Moden dan dikenali dengan kekerasan menolak apa apa sahaja usaha untuk mengembangkan hal ehwal Islam”.

“Oleh itu sebagai umat Islam, saya mengambil inisiatif bersama NGO memulakan gerakan aktiviti penerangan di Selangor  dan Subang sebagai permulaan agar penyatuan rakyat terutama umat Islam di Malaysia dapat dibentuk untuk menyokong pemerkasaan RUU 355”. Ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai majlis tersebut, Dato’ Hj Zein berkata, “Kesudian YB Temerloh menerima jemputan untuk bersama sama dengan Menteri di Jabatan PM (JPM) dalam memberikan penerangan berkenaan isu RUU 355 merupakan sesuatu yang amat menggembirakan dan begitu menginsafkan saya”.

“Ini kerana, peristiwa yang berlaku semalam telah menunjukkan betapa besarNya kuasa Allah yang membenarkan lagi firmanNya yang bermaksud:
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika dahulu kamu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan kamu” (al-Imran, 103)”.

Akhirnya Dato’ Hj Zein menutup temubual dengan berkata “Alangkah indahnya sikap bantu membantu antara pihak kerajaan yang di wakili UMNO dan pembangkang dari PAS dalam perkara kebaikkan (Memperjuangkan RUU 355 yang memenuhi ciri ciri Maqasid Shariah), berbanding sikap ahli parlimen pembangkang yang beragama Islam yang bersama dengan parti yang memperjuangkan ideologi Bintang Tiga Moden yang berusaha menggagalkan usaha memperkasakan RUU 355 melalui tindakan provokasi mereka dalam mempengaruhi rakyat agar bersama sama mereka”.

“Sikap bantu membantu antara rakyat Malaysia dari parti UMNO dan PAS adalah selari dengan firman Allah yang bermaksud “Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikkan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran (al-Maidah, 2)”.

“Saya menyeru rakyat Malaysia agar berhati hati dengan ahli parlimen pembangkang terutama beragama Islam, ini kerana RUU 355 tidak membabitkan orang bukan Islam, akan tetapi kenapa mereka sanggup menjadi tali barut kepada parti pembangkang yang bersekongkol dengan  ideologi DAP untuk menggagalkan usaha pemerkasaan RUU 355?”