Apakah kita lupa cerita Bani Israil yang menghalalkan perkara yang haram?. Lupa atau ingat, terpulang? Akan tetapi apa yang harus kita ingat bahawa bala Allah tetap akan turun dalam keadaan yang kita tidak sangka apabila kita menghalalkan apa yang di haramkan.

Dalam peristiwa hari Sabtu, kaum Yaudi telah di haramkan Allah dari menangkap ikan. Larangan ini sebagai satu ujian dari Allah kepada bani Israil yang tinggal dalam sebuah negeri di tepi pantai. Walaupun ada perintah jelas tentang larangan tersebut, kaum Yahudi tidak dapat menahan keinginan mereka apabila melihat peluang keuntungan yang berlipat kali ganda yang akan di peroleh mereka jika mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.

Akibat dari perbuatan mereka yang menghalalkan perkara yang haram telah di perjelas secara panjang lebar pada ayat 163, 165 dan 166 surah al-Aaraf. Pada ayat 166, surah al-Aaraf. Allah telah berfirman yang bermaksud golongan Bani Israil yang ingkar di tukar menjadi kera (1)

Ibnu Jarir telah menafsir ayat ini dengan maksud “Maka Allah merubah keadaan mereka menjadi kera yang saling berkerumunan, yang rendah lagi hina. Sampai ada kera dari bangsa mereka yang menghampiri kerabatnya dengan meratap dan menangis”(2).

Konteks Selangor

Takziah rakyat Selangor, kerana hari ini penduduk Selangor telah diperintah oleh kerajaan yang di kuasai oleh DAP dan PKR. Disebalik status Selangor sebagai negeri maju, kerajaan negeri Selangor telah menghadiahkan lambakan rumah urut dan pusat najis judi “online” yang jelas bertentangan dengan larangan Allah.

Pada 2007, ketika itu negeri Selangor di tadbir oleh kerajaan BN-UMNO yang di ketuai oleh Dr Mohamad Khir Toyo telah mengeluarkan satu surat pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT KT Bil 3/2007 bertarikh 17 July 2007 untuk membeku serta mengawal disamping satu ianya merupakan tindakan awal bagi mengekang masalah moral dari berkembang biak akibat dari ketagihan judi “online”.

Malangnya setelah rakyat Selangor memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang yang di kuasai oleh DAP pada 2008, kerajaan negeri Selangor melalui exco Ronnie Liu telah mengeluarkan satu lagi surat pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, PBT: SPBT Bil 2/2012 – Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber  dan Kafe Siber negeri Selangor untuk membatalkan arahan pembekuan yang di buat oleh kerajaan Selangor BN-UMNO pada 2007.

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang di kuasai oleh DAP di lihat sebagai satu tindakan sinis mengajak rakyat Selangor menjadi seperti bani Israil yang meng”halal”kan apa yang telah Allah larang dan cuba menghapuskan usaha kerajaan BN UMNO yang berusaha menerapkan amalan Maqasid Shariah untuk kebaikkan  rakyat.

Moga Allah Lindungi Negeri Selangor

Dalam isu ini rakyat Selangor yang beragama Islam tidak bersalah. Kita semua rakyat Selangor wajar mengambil pendirian untuk merubah kezaliman, kejahatan dan penderhakaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor yang di ketuai DAP pada hari ini dengan menggunakan kuasa yang ada ketika PRU14 nanti. Kerana ia sesuai dengan perintah Allah pada dalil hadis yang bermaksud:

“Tiada satu kaum yang terjadi maksiat di kalangan mereka, sedang mereka mampu untuk mencegahnya namun merea tidak mencegahnya, melainkan hampir pasti mereka semua ditimpa azab yang menyeluruh” (Imam Abu Daud) (3).

Apakah rakyat Selangor masih hendak menyokong sebuah kerajaan yang secara terang melakukan perderhakaan serta menunjukkan mereka tidak gentar dengan azab Allah pada dalil num (3) dengan meng”halal”kan apa yang Allah telah haramkan?

Walaupun Allah tidak menurunkan azab kepada kita seperti yang dialami oleh bani Israil, Allah telah menunjukkan kuasaNya dengan menjadikan isu air dan denggi sebagai ingatan awal. Hakikatnya Selangor merupakan negeri termaju. Akan tetapi masalah air dan denggi paling tinggi berlaku dalam Malaysia ialah di Selangor. Apa yang terjadi hanya berlaku dengan izin Allah dan sebagai peringatan buat kita.

Saya tidak risau jika ada penyokong kerajaan negeri Selangor akan memperlekeh ingatan kecil dari Allah. Bagi mereka biarlah kerajaan negeri Selangor bertindak meng”halal”kan judi, walaupun Allah telah melarang. Asalkan kerajaan negeri Selangor yang dikuasi DAP terus berkuasa.

Biarkan mereka jika mereka sudah taksub, yang penting kita semua rakyat Selangor wajar melakukan perubahan untuk tidak bersama dengan kerajaan negeri Selangor apabila PRU14 nanti agar kita tidak termasuk dalam golongan yang mempunyai kuasa akan tetapi tidak menggunakannya untuk merubah kejahatan seperti dalam dalil num (3).

Tiada siapa boleh jamin apakah azab Allah yang akan turun jika pemerintah kerajaan negeri Selangor (yang menghalalkan judi setelah Allah larang)  sekarang ini berkuasa selepas PRU 14. Saya tidak mampu memberi jaminan.

Bolehkah kamu beri jaminan Allah tidak turunkan azab jika kerajaan Selangor yang di kuasai DAP berterusan bertindak meng”halal”kan judi?

Sedarilah wahai rakyat Selangor beragama Islam sekalian. Wallahualam.

Salam hormat,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Isnin 6 Februari 2017; 13:05hr;
Bukit Antarabangsa