Tun Mahathir sangat percaya beliau seorang yang amat sempurna dan bijak. Dia merasakan kebijaksanaannya mengatasi semua orang bijak dalam akademik, undang undang, ekonomi, agama dan pelbagai lagi. Tun Mahathir sesekali takkan insaf diatas apa apa kesilapan yang di lakukannya.
Pada bulan Disember 2016,di Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah di SACC, Shah Alam, Selangor. Dalam memastikan beliau mendapat sokongan parti pembangkang terutama parti kafir DAP. Tun Mahathir sanggup menuduh Tuhan tidak mahu semua hambaNya menjadi Islam dan masuk syurga. Kenyataan Tun Mahathir kemudiannya di sokong oleh pemimpin parti kafir, DAP, Lim Kit Siang.
Allah Cipta Manusia Atau Kekafiran?
Sikap Tun Mahathir yang sanggup menuduh Tuhan dalam usaha beliau mendapat sokongan parti kafir DAP adalah amat bertentangan dengan Qalam Tuhan. Ini kerana Tuhan tidak pernah mencipta orang kafir ke dunia. Akan tetapi Tuhan mencipta manusia dengan kelahiran semua bayi dalam keadaan tidak kafir atau beriman, yakin bayi tersebut dalam keadaan pemahaman yang suci dan fitrah.
Ini menunjukkan bahawa Tuhan bukannya tidak mahu semua hambaNya masuk syurga sepertimana tuduhan Tun Mahathir. Apa yang perlu kita ketahui ialah kita di lahirkan ke dunia berserta kehendak yang perlbagai dan kemudiannya kita diseru untuk beriman kepada Allah yang Esa.
Bersumberkan surah al-Aaraf, ayat 172 yang bermaksud:
“ Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak anak Adam dari Sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (Seraya berfirman): “Bukankah Aku ini TuhanMu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami melakukan yang sedemikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang orang yang lengah terhadap ini (Keesaan Tuhan)”.
Ayat ini menerangkan bahawa kita dilahirkan kedunia sebagai pemikul amanat tauhid yang sebelumnya bersaksi bahawa Allah adalah Rabb yang mencipta kita dan wajib ditaati.
Hakikatnya tiada satu pun manusia diberi kemampuan untuk mengingati peristiwa ketika kita (termasuk pemimpin parti kafir DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) melafazkan penyaksian pada ayat 127, surah al- Aaraf.
Keadaan ini berlaku di sebabkan Allah hendak menguji keimanan kita tentang perkara ghaib. Kelak di akhirat nanti, ingatan kita akan di pulihkan atau di bukakan untuk mengingati penyaksian yang kita telah lakukan.
Dalil kedua yang menolak tuduhan jahat Tun Mahathir terhadap Tuhan ialah melalui hadis yang bermaksud:
“Tidaklah seorang bayi di lahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka orang tuanya akan menjadikan dia Yahudi atau Nasrani atau Majusi,… (HR Muslim, 4805).
Inilah diri Tun Mahathir, dalam memastikan apa yang dihajati olehnya tercapai. Beliau sanggup melakukan apa sahaja, sebelumnya di majlis parti kafir DAP. Tun Mahathir telah menolak “Ketuanan Tuhan Dalam Melantik Pemimpin” dan “Menjadikan Nabi Muhammad sebagai bahan lawak oleh orang kafir dalam parti kafir DAP”. Kali ini, Tun Mahathir menuduh Tuhan pula.
Ianya di lakukan semata mata untuk memastikan parti pembangkang lain menyokong beliau dalam usaha beliau untuk menjatuhkan DS Najib sebagai pemimpin.
Kita takkan terkejut jika ada penyokong Tun Mahathir melompat dan membalas kenyataan ini dengan hinaan. Mereka tidak mampu memberi hujah, apa yang mereka mampu menghina orang yang mengatakan kebenaran agar pihak ketiga tidak terpengaruh dengan pemahaman sonsang Tun Mahathir.
Sudah menjadi lumrah, penyokong Tun Mahathir akan menyokong apa sahaja kenyataan Tun Mahathir walaupun kenyataan tersebut menghina, menuduh dan menolak kuasa Tuhan dan kemuliaan baginda nabi Muhammad.
Apa yang penting, kita sedarkan saudara mara kita agar jangan terpengaruh dengan pembangkang kerana tindakan mereka sudah terlalu menyimpang dari perintah Tuhan.
Jangan *Gadaikan Aqidah dan Akhirat* kita kerana sokongan kita kepada Parti2 blok Pembangkang Terutamanya negarawan songsang bernama Tun Mahathir!.
Salam peringatan,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Selasa 24 Januari 2017; 17:28hr; Kota Damansara