Pada 1965, pemimpin PAP Lee Kuan Yew pernah memasuki Kampung Tani,  Singapura semata-mata untuk berkempen mengambil hati orang-orang Melayu.
2. Rakyat Selangor pastinya tidak pernah melupakan bagaimana Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DAP) memboikot pemakaian songkok sebagai pakatan rasmi protokol sempena istiadat perasmian DUN oleh almarhum Ke Bawah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sallehudin Abdul Aziz Shah.
3. Dua kes di atas menggambarkan dua sikap berbeza dari parti sedarah sedaging,  PAP dan DAP, namun mempunyai motif yang sama.
4. Apa motifnya?  Kedua-duanya jelas menolak Ketuanan Melayu dan Islam dalam cara yang berbeza.
5. Kes pertama menggambarkan kelicikan pemimpin DAP menolak Ketuanan Melayu dan Islam di Singapura dengan cara yang paling sistematik dan  licik memperbodohkan para pengundi,  menang dalam pilihanraya dan akhirnya mengamalkan sikap “ethnic cleansing” dalam dasar-dasar dan pentadbirannya atas nama meritokrasi sehinggakan umat Islam dan orang-orang Melayu terpinggir di tanah air mereka sendiri.
6. Kes kedua memperlihatkan ADUN-ADUN DAP Selangor menolak Ketuanan Melayu dan Islam dengan bersikap kurang ajar serta biadap dalam majlis rasmi istana negeri sempena pembukaan sidang DUN. Inilah sikap sebenar parti ultra chauvinis DAP dan sekutu-sekutunya.
7. Taktik Lee Kuan Yew diikuti dengan baik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah diprojekkan imejnya oleh Wanita PKR Pulau Pinang sebagai akan menganut agama Islam sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihanraya umum pada 2008.
8. Propaganda dengan memperalatkan Islam sebegini diteruskan dengan memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan slogan pentadbiran Umar Abdul Aziz sehinggalah PAS terpedaya dan akhirnya ditikam oleh DAP secara terang-terangan.
9. Hakikatnya,  mereka sememangnya anti Ketuanan Melayu, Institusi Islam serta Institusi Raja-raja Melayu jika kita menelusuri tindak-tanduk para pemimpin serta dasar-dasar parti dan kerajaan mereka.
10. Saya dengan penuh rasa rendah diri dengan ini memohon kepada rakyat Selangor khasnya agar jangan mudah terpedaya dengan taktik sebegini.
11. Tambahan pula taktik DAP ini dinilai sebagai berkesan menipu orang-orang Melayu dan sedang ditiru serta diikuti dengan baik oleh YB Elizabeth Wong dari PKR.
12. Beliau  yang memakai tudung labuh ketika memasuki Masjid As-Syakirin,  Bandar Utama baru-baru ini hanyalah mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh Lee Kuan Yew  50 tahun lampau.
Berhati-hatilah dan berwaspadalah saudara-saudara seagamaku.
Salam hormat,
*Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail*
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua Bahagian UMNO Subang
Selasa 17 Januari 2017; 18:05hr