*UMNO vs PAS*

*UMNO* adalah parti siasah Melayu Islam dan Bumiputra yang terbesar di Malaysia. Keahlian UMNO mencecah 3.54 juta orang dan mempunyai 191 Bahagian dan lebih 22,000 Cawangan di seluruh negara kecuali Sarawak. Sementara PAS, yang juga Parti siasah Melayu Islam dengan keahlian 978,000 orang (peratusan bukan Melayu dan bukan Islam yang amat kecil). *BERMAKNA* UMNO merupakan Parti yang menjadikan landasan perjuangan mamasyur dan memartabatkan Islam yang terbesar dengan perjuangan yang konsisten bersandarkan *prinsip wassatiyah dan praktis sahsiah sariyyah*.

Kemakmuran dan pemartaban Islam dalam setiap sudut mampu dilonjakkan *sekiranya* kedua2 Parti UMNO dan PAS *BERSATU* dalam hal2 yg menyentuh dengan memaju dan memakmurkan ummah Islam (semestinya bangsa Melayu) yang sekaligus memasyur dan memartabatkan Islam dalam setiap sudut kehidupan, dasar negara dan pemerintahan Kerajaan.

MAKA, setiap pemimpin dan ahli kedua2 Parti atas nama persaudaraan dan masa depan *agama, bangsa dan negara* serta demi generasi dan kemakmuran serta kesejahteraan rakyat bumi bertuah Malaysia, *bergabung usaha dan kepemimpinan* mengharungi cabaran kehidupan, ekonomi dan peradaban manusia yang lebih mencabar dalam dunia tanpa sempadan dan masyarakat digital.

Rekod mencapaian UMNO (dan BN) amat terpuji dan cukup cemerlang. Telah 59 tahun berkuasa dan akan berusia 71 tahun pada 11 Mei tahun ini, kematangan UMNO telah teruji baik dari segi pembentukan dasar kewangan, fiskal dan ekonomi bahkan dalam dasar pendidikan dan latihan termasuk pembangunan modal insan dan keusahawanan.

Walau pun ditohmah dan difitnah UMNO tetap berdiri gagah memimpin rakyat Malaysia ke mercu kecermerlangan, kejayaan dan kegemilangan; sebagai negara Islam contoh yang memulakan sistem perbankan patuh syariah dan takaful serta memperkenalkan diri sebagai hub halal terbesar di dunia. Bayangkanlah jika PAS dalam banyak perkara *berkesefahaman dan bersatu* dengan UMNO, maka daulah islamiah sudah pasti menempuhi zaman kegemilangan dan keterbilangan memimpin ummah sedunia. In shaa Allah. Marilah sama2 kita orang2 Melayu dan Bumiputera Islam fikirkan…

*#BersatuMelayu!*

Salam perjuangan,
Dato’ Haji Zein Isma Bin Haji Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Sabtu 14 Januari 2017