Nukilan dari Tanah suci…
*”UMNO DAN PAS perlu bersatu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.”*

Kesempatan berada di Bumi Madinah ini sangat menenangkan kerana buat seketika hati, jiwa & pemikiran tertumpa kepada urusan ibadah & ziarah.
Benar bak kata Ustaz Rosdi Long, kehadiran kita di tanah suci adalah untuk 3 perkara utama iaitu ibadah, ziarah dan sejarah.

Bumi Madinah ini sangat bersejarah. Sejarah Baginda yang sentiasa perlu dihayati sepanjang zaman kerana dari sejarah itulah kita mengambil ibrah.
Penyatuan umat islam bermula di sini *(Madinah)*. *Persaudaraan islam* itu lebih utama & mulia berbanding hubungan darah, keturunan @ kedudukan pangkat.

Mengenang sejarah inilah hati saya tersentuh kerana hakikatnya umat islam di negara kita Malaysia seolah begitu sukar untuk bersama bersatupadu. Sebagai orang politik, saya percaya bahawa kekuatan politik itu datangnya dari *kekuatan penyatuan ahli & umatnya*. Realiti politik negara kita memperlihatkan kekuatan umat melayu islam didokong oleh 2 parti utama iaitu UMNO & PAS.

Menerung firman Allah swt dari surah Al Anfal ini cukup memberikan aspirasi buat kita untuk membincangkan agenda penyatuan umat secara serius.

۞ وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦١

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Kerana itu, ruang dan peluang perlu dibuka untuk UMNO & PAS merangka agenda demi agama secara berhikmah. Ini bukan bermakna UMNO semakin lemah tetapi kerana kepimpinan UMNO memahami tuntutan perintah dari Allah swt.
In sya Allah UMNO Bahagian Subang yang saya ketuai akan memulakan agenda berbaik baik dengan kepimpinan PAS. Saya akan menganjurkan satu “Perhimpunan Perpaduan Ummah: Bersatu Memacu RUU 2017”. Bukan kerana UMNO perlukan PAS, tetapi kerana UMNO & PAS perlu *meletakkan syariat islam, agenda islam lebih utama dari politik kepartian…*
In sya Allah.

Salam perjuangan,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Madinah Al Munawwarah