(Renungan kita bersama)

*Membezakan Kerajaan BN dengan Kerajaan Pakatan*

Memetik nasihat dari Saidina Ali R.A:
*”Kalau kita tidak takutkan hujan, kita tidak akan sediakan payung”*

*”Kalau kita tidak takutkan sakit, kita tidak akan usaha menjaga kesihatan”*

*”Kalau kita tidak takutkan negara kita rosak, maka kita tidak perlu memilih pemimpin yang baik”*

Nasihat ini sangat mendalam maknanya untuk kita hayati. Dalam keghairahan pemimpin2 politik masa kini untuk mendapatkan kuasa, saya dapati *matlamat mereka itu menghalalkan segala cara*.

Budaya menghasut, budaya fitnah, mengadu domba, menyemai kebencian serta dendam…semakin menjadi jadi. Akibatnya ialah kita mempertaruhkan masa depan sebuah negara dalam keadaan tidak pasti nasibnya.

Pemimpin yang baik telah terbukti berjaya membentuk negara Malaysia sehingga mencapai kemajuan sebagaimana yang kita kecapi kini. Namun, keghairahan pemimpin2 parti politik (pakatan harapan @ pembangkang) rakus yang dambakkan kuasa, telah berjaya mengaburi fikrah sebahagian rakyat sehingga membenci pemerintah. Sedangkan jika kita amat amati dan dibuatkan perbandingan secara rasional…kita akan dapati akhlak, pemikiran serta gaya kepimpinan yang ditonjolkan oleh pemimpin Pakatan, jauh lebih rendah lagi hina berbanding pemimpin UMNO.

Rakyat tidak seharusnya terus terkasima dengan sandiwara mereka sehingga:
1. Lupa kebiadapan mereka kepada Sultan & Raja-raja.
2. Kerakusan ketamakan mereka tatkala berkuasa sebagaimana yang berlaku di Selangor, Penang & Perak suatu ketika.
3. Menghina agama atas slogan bebebasan beragama.
4. Menyuburkan kemaksiatan kerana berleluasanya rumah urut, pelacuran, pusat judi, pusat hiburan & penjualan arak.
5. Mengubah segala dasar perlindungan & keistimewaan melayu serta bumiputera, yang menyebabkan orang melayu & bumiputera hilang haknya.

Banyak lagi kepincangan Pakatan yang perlu diketengahkan agar rakyat memahami bahawa masa depan negara yang baik adalah dengan memilih pemimpin yang terbukti baik. Keburukan pada pemimpin Pakatan adalah pada dasar perjuangan mereka. Sedangkan keburukan yang dilemparkan pada pemimpin BN adalah mainan persepsi & fitnah dari mereka.

#BNjuaraRakyatSejahtera
Salam perjuangan,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bhgn Subang

Kongsikan
Artikel sebelum iniKPI VS KOPI O?
Artikel seterusnyaUMNO VS PAS