1) Dalam PRN-11 sarawak, pengundi cina telah memberikan pengajaran kepada DAP di sarawak. Ramai yang terkejut dan tidak kurang juga yang berkata ini hanya gurauan. Ini hanya sandiwara. Mengikut pengalaman saya, jika kita duduk di kerusi belakang bas dan lihat seorang pelajar melayu membuka smart phone, kita akan lihat dalam senarai bacaan mereka, politik kutuk kerajaan, troll, perkara-perkara lawak dan juga hal berkaitan epl. Berlainan dengan pelajar cina. Sambil mendengar lagu cina, mereka membaca berkaitan filem atau drama cina, k-pop, running man, ‘game’ dan ada juga melihat gambar lucah. Ini apa yang saya lihat secara mata kepala sepanjang saya menjadi pemerhati sosial di universiti saya. Jadi amat kena dengan tajuk iaitu ” pemerhatian dari ekor mata saya”.
2. Mengikut sejarah, tun Dr Mahatdir pernah tewas di parlimen kedah selepas diperdaya oleh pengundi cina sekaligus memberi kemenangan kepada calon Pas. Dan dalam penggal itu juga, Dr mahadir menulis surat meminta tunku abdul rahman meletak jawatan kerana dakwa Dr mahadir, tunku sudah tidak dapat sokongan rakyat. Tunku mengamuk dan membalas ” dia yang kalah aku pulak kena letak jawatan”. Sejarah menunjukkan, pengundi cina telah menunjukkan pasang surut sokongan kepada semua belah sama ada blok pembangkang dan kerajaan. Pada 1969 juga hal itu terjadi apabila perikatan kalah kepada pembangkang yang dimonopoli oleh DAP-Gerakkan. Cuma saat itu malaysia belum lagi dilanda tsunami. maka perkataan ‘tsunami cina’ tidak wujud pada masa itu. Tetapi kini istilah ‘tsunami cina’ dan “apa lagi cina mau?” berkumandang.
3. Persoalan kini ialah ” apa lagi cina mau?”. Dan kenapa sokongan cina menurun? Ramai berteori dan berfirasat dengan pelbagai hujahan sebagai menampakkan mereka stategis, idealis, populis dan tidak kurang juga menjadi kartunis seperti zunar. Ramai antara mereka menyalahkan pm najib. Ada pula berkata cina tak tahu terima kasih. Ada pula yang berpandangan, pembangkang lebih menyantuni cina. Tidak kurang pula kata DAP kuat dan cina sokong pembangkang. Sebagai seorang anak kepada pasangan penjual karipap di pasar kulim, jawapan saya melalui lirik ekor mata saya berlainan dengan seorang profesor UTHM yang menghamun saya kononnya saya sokong najib dan dia sokong protun. Jawapan saya ialah kerana ekonomi. Ringkas tapi jelas.
4. Kalau kita di pihak politikus melayu, ungkapan kita wajib ‘ketuanan melayu’, ‘tanah pusaka’, ‘hidup melayu’ ataupun ‘tanah tumpah darah’. Ianya perkataan yang ada roh ketuanan melayu. Kalau tidak ada ayat serupa ini, maka tidak dianggap politik melayu atau layu di arus perdana. Begitu juga halnya dengan politik cina. Tetapi dalam hal masyarakat cina, masyarakat menguasai elit politik mereka kerana perjuangan mereka bukan bertunjang kepada ketuanan di m’sia sebaliknya hak-hak dan ruang serta peluang untuk terus menghambat bumiputra. Ianya sama ada di pihak berhaluan atau kiri, matlamat dan tutik temu mereka sama. Cuma landasan mereka kerajaan atau di pihak pembangkang. Slogan seperti ‘Ubah’, ‘ lawan tetap lawan’, ‘reformasi’, dan ada juga slogan ‘ lawan regim’. Semuanya tak ada bunyi atau roh ketuanan. Cuma slogan mendesak dan mahukan sesuatu yang lebih dari yang mereka perolehi sekarang. Tetapi jika slogan tersebut lari dari norma arus perdana pembangkang, maka kebarangkalian mereka ditolak itu sangat tinggi termasuk jika parti pemerintah seperti umno tidak lagi melaungkan ketuanan melayu atau pas tidak lagi melaungkan islam syurga jika memihak mereka. Contoh yang jelas di sarawak. Ya, bagaimana di sarawak dapat dikaitkan dengan situasi ini?
5.DAP melakukan kesilapan apabila berkempen dengan agresif beberapa fahun kebelakangan dengan menggunakan slogan ‘sarawak for sarawakian’. Satu usaha untuk menanam perasaan berpisah dari kerajaan pusat m’sia. Ianya melanggar norma kebiasaan pembangkang dan rakyat sarawak juga tidak menerima maksud slogan tersebut. Maka, DAP diajar dengan lumat oleh banyak kerusi dayak dalam usaha mereka untuk ‘test market’. Tetapi kenapa kerusi cina juga menolak DAP? Kerana perniagaan. Dengan mewujudkan slogan berkenaan, maka situasi politik akan kucar-kacir, maka apakah ini akan menguntungkan masyarakat cina yang memonopoli perniagaan ? Nescaya tidak. Maka untuk terus menjamin keutuhan perniagaaan, politik yang stabil dan negeri yang aman dan stabil sangat perlu. Maka cina memilih perniagaan dari kuasa politik kepartian.
6. Ketika rusuhan penyokong anwar ibrahim, dalam pru pasca anwar ibrahim dipecat dan dipenjara, kenapa cina menjadi penyelamat kepada kerajaan BN di bawah tun Dr mahatdir? Kerana mereka tidak suka kepada rusuhan yang berpanjangan. Dan itu menjadi sebab kenapa perhimpunan BERSIH tidak terlalu ‘mengacau’ kawasan niaga dari komuniti cina. Dan di pulau pinang yang kekal ‘solid’ DAP tidak terlalu mengganggu kawasan niaga tepi jalan dari komuniti cina. Kerana politik cina adalah perniagaan. Anda kawal perniagaan mereka, sokongan kepada anda. Begitu juga zaman tun m, bagi segala-gala kepada taikun cina. Dan sokongan meningkat. Tapi dalam masa yang sama, tun M tetap laung ‘hidup melayu’ dan ‘ketuanan melayu’ dalam gerak lakon beliau walaupun hasilnya tidak ketara dalam data. Buktinya orang melayu yang kaya zaman itu tidak sebanyak sekarang dan ekonomi melayu ketika itu tidak lebih dari zaman sekarang. Beliau bijak memainkan roh politik melayu iaitu slogan dan maruah walaupun tanpa hasil terhadap melayu. Contohnya kita berbanga dengan menara berkembar petronas mengharumkan nama m’sia tetapi berapa ramai melayu meniaga di situ? Dan apakah sumbangan menara petronas memberi keuntungan kepada penduduk kampung atau pendalaman? Cukup hanya laung ketuanan dan ada mengharumkan nama melayu membina menarantertinggi ketika itu. Dan cina meraih laba perniagaan.
7. Kenapa pm najib tidak mendapat sokongan yang utuh dari masyarakat cina? Kerana pm najib cuba melakukan sesuatu luar dari kebiasaan masyarakat cina. Taikun yang mengawal ipp di zaman tun m dikacau demi untuk kerajaan memberi tawaran harga elektrik lebih murah kepada rakyat. Ianya suatu yang menguntungkan rakyat tetapi di luar kebiasaan taikun-taikun ini. Maka mereka ini yang berpersatuan dari sebesar-besar persatuan hinggalah kepada persatuan peniaga lobak membuat ketetapan. Mereka dikawal oleh ketua persatuan yang mempunyai kepentingan dalam perniagaan. Maka apabila GST diperkenal, maka yang menipu cukai sebelum ini mengamuk dan memberi reaksi segera. Itu belum lagi apabila dasar seperti penghapusan orang tengah dan cubaan kerajaan melahirkan banyak taikun melayu telah memberi peluang kepada pembangkang untuk melihat cina beralih arah.  Dulu low yatt kini mara digital, dulu ipp kini 1mdb beli semua. Tun m juga tidak ada keberanian seperti najib selama 22 tahun pemeribtahan beliau. Tun m mengumumkan itm dinaik taraf sebagai uitm tetapi pada zaman najib diwujudkan program ‘mengubah destini anak bangsa’ iaitu satu usaha membawa masuk anak melayu ke universiti walaupun dengan keputusan peperiksaan yang minima. Beberapa universiti secara selundung juga menggunakan dasar ini secara sembunyi dan tersirat contohnya UniMAP denga produk ‘UniMAP dihatiku’ iaitu pendekatan lebih berani dengan mengambil sejumlah pelajar dengan keputusan atas pagarbuntuk menyertai kursus profesional seperti kejuruteraan. Maka cina terus mendesak CEC diluluskan demi untuk anak-anak mereka mendapat lebih peluang bergaji dan berjawatan tinggi. Itu tidak berlaku di semenanjung tetapi adenan satem mengambil langkah berbeza di sarawak. Maka pm najib dengan keberanian beliau untuk menjadikan melayu menguasai segalanya dapat dibaca oleh persatuan-persatuan cina dan mereka menentang pemimpin melayu paling berani dalam sejsrah melayu moden. Pm najib tidak membina litar lumba antarabangsa, tidak bangunan tinggi, tidak bandar pentadbiran yang baru tetapi cukup mengacau ‘kek ekonomi’ yang telah menjadi darah daging masyarakat sejak dulu. Ianya adalah lebih berani dan berjaya jika di bandingkan 22 tahun tun m memerintah m’sia. Sesuatu yang sangat ditakuti oleh cina.
8. Pada pru-13 lalu, di dun kulim pkr meletakkan calon ketua ngo-ngo cina di kulim untuk mempertahan dun tersebut dari seorang lagi cina pkr yang pada akhir penggal menjadi anti anwar ibrahim. Mca mencuba nasib dengan meletakkan chua thong ghee yang akhirnya menang atas tiket BN. Ini diikuti yb sabrina di dun bandar bahru dan yb adik pak kadiaq di parlimen kulim bandar bahru menewaskan hard-core pkr iaitu saifuddin nasution. Walaupun pkr meletakkan ‘kepala’ ngo cina tapi tetap ranap kerana semasa di bawah pentadbiran, kawasan azizan razak iklim perniagaan negeri malap. Jelas sekali cina lebih mahukan perniagaan mereka tidak diganggu berbanding mempunyai kuasa politik. Di penang, guan eng hanya berani mengacau kampung tradisi dan juga nelayan. Tetapi tidak peniaga cina secara keseluruhan. Kalau anda ke queen bay, peniagaa lori bergerak melayu akan melarikan diri jika penguatkuasa datang dan kembali semula bila keadaan reda. Ini hakikat melayu di bumi sendiri. Tapi pilihan melayu juga hanya mahu kuasa politik di atas kertas tapi tidak nampak kuasa ekonomi yang menentukan siapa berkuasa di atas kertas. Hakikat jualah yang diceritakan.
Osman Jalani
Pemerhati politik