“Kerana Ego Dan Inginkan Keredhaan Orang Kafir Dalam DAP, Tun Mahathir Sanggup Tolak Ketuanan Tuhan”
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang khalifah (pemimpin) di bumi” (Al-Baqarah, 30).
Ayat ini menerangkan bahawa Tuhan akan melantik mana mana hambaNya untuk menjadi pemimpin.
Ketika Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU 2016) baru baru ini. Dato Sri Zahid Hamidi (DSZH) telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan DS Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO merangkap PM Malaysia, kerana ia pilihan Tuhan. Kenyataan yang dibuat oleh beliau bagi menunjukkan setiap sesuatu yang berlaku adalah dengan izin Tuhan termasuk dalam urusan perlantikan pemimpin.
Walaubagaimanapun, ada di kalangan rakyat Malaysia terutama dari parti pembangkang yang beragama Islam menolak atau menyanggah kenyataan ini. Lebih malang apabila seorang mantan PM Malaysia yang sekarang ini merupakan seteru utama kepada DS Najib bukan sekadar memperkecilkan kebenaran ini, malah beliau secara sinis mengeluarkan kenyataan dengan tujuan menghina kebenaran ini dan paling penting menghina DS Najib.
Sudah Lebih 1400 Tahun, Tuhan Telah Menjawab Kenyataan Sonsang Mantan PM Malaysia.
Amat mendukacitakan apabila seseorang yang mendapat nikmat kepimpinan selama 22 tahun, telah engkar, menentang, memperlekeh serta menghina “Ketuanan Tuhan Dalam Melantik Pemimpin”.
Pada ayat 26, surah al-Imran, Allah berfirman maksudnya: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki, …, Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, …, Sesungguhnya Engkaulah Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu”.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa urusan perlantikan pemimpin dikalangan manusia seperti jawatan YAB DS Najib sebagai Presiden UMNO merangkap PM Malaysia adalah hak “Ketuanan Allah”. Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh DSZH di PAU 2016 baru baru ini adalah berketepatan dengan kehendak Tuhan.
Sesungguhnya perlantikan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamed, Tun Abdullah dan terkini DS Najib Tun Razak kejawatan PM Malaysia adalah pilihan Tuhan.
Malangnya apabila Tun Mahathir yang pernah menikmati nikmat memimpin negara selama 22 tahun dengan pilihan Tuhan telah merasakan diri beliau amat mulia kerana banyak jasa yang di tinggalkan oleh beliau. Beliau merasakan setiap kata katanya wajib di dengar, dijadikan panduan dan hujah serta beliau terlalu ego menolak kebenaran “Ketuanan Tuhan” dalam memilih dan melantik Pemimpin.
Bukan setakat itu, dalam usaha meraih sokongan dan keredhaan orang kafir dalam parti DAP agar menjadi sekutu rapat beliau dalam usaha menjatuhkan DS Najib sebagai pemimpin Islam. Beliau sama sekali begitu tergamak menentang firman Tuhan. Penentangan ini sudah tentu akan merosakkan akidah kerana salah satu ciri penting dalam Rukun Iman ialah percaya kepada kitab. Jika menolak satu ayat dalam kitab, bukankah ia boleh menjejaskan keimanan kepada Tuhan.
Bayangkan berapa ramai rakyat Malaysia yang dikhuatiri telah rosak akidahnya kerana berpegang kepada kenyataan Tun Mahathir yang menolak ayat 26, surah al-Imran berkenaan “Ketuanan Tuhan Dalam Melantik Pemimpin”.
Setiap sokongan kepada Tun Mahathir dan parti pembangkang bermakna menyokong penolakan dalam mengimani setiap ayat al-quran.
Wallahualam,
Dato’ Hj Zein Isma Haj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Canberra, Australia