Fasa – 1 projek Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh – Kajang bakal beroperasi pada 16 December 2016, iaitu hanya 2 minggu sahaja lagi. Projek MRT, yang merupakan antara “key project” kerajaan Barisan Nasional telah berjaya disiapkan lebih awal dari masa yang diperuntukkan. Ini telah membolehkan kerajaan mengurangkan pembaziran seperti kos dan tenaga kerja, selain memastikan projek dapat disiapkan dalam lingkungan bajet ditetapkan.
Bagi kami, kejayaan kontraktor iaitu MMC – Gamuda menyiapkan projek ini lebih awal dari masa yang ditetapkan membantu menambah kecekapan keseluruhan projek yang disasar beroperasi sepenuhnya menjelang Julai depan. Malah ini juga membuktikan bahawa kerajaan memberi penekanan yang tinggi kepada projek – projek yang dibiayai oleh kerajaan untuk tidak melebihi bajet seterusnya memerlukan suntikan dana yang lebih dari kerajaan.
Ini berbeza dengan zaman dahulu, dimana kebanyakan projek siap lebih lewat dari yang ditetapkan dengan cost over-run yang bernilai ratusan juta ringgit terpaksa dibayar oleh kerajaan untuk “bailout” kontraktor – kontraktor kroni. Kini projek kerajaan dilakukan secara berintegriti, amanah dan cekap hasil pemantauan oleh SPAD dan juga agensi – agensi kerajaan yang lain.
Bagi mereka yang tidak tahu Projek Jajaran MRT SBK bernilai RM23 bilion yang meliputi jarak 51 kilometer berserta 31 stesen adalah sebahagian daripada Projek Transformasi Ekonomi (ETP) hasil inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ia juga antara Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menambah baik sistem pengangkutan bandar yang berintegrasi dengan tiga lagi sistem hubungan rel iaitu LRT, KTM Komuter and KL Monorel.
Harapan kami adalah diharap pakej – pakej lain projek MRT juga mampu disiapkan lebih awal dan seterusnya mula beroperasi tambah sebarang masalah. Ini akan memberikan kesenangan kepada rakyat di kawasan sekitar operasi MRT dan membantu mereka menjalankan aktiviti harian dengan lebih mudah dan selesa. Terima kasih sekali lagi kepada kerajaan BN & SPAD dalam usahasama menjadikan projek MRT ini satu kenyataan.
sumber : http://thekl-chronicle.blogspot.my