1. Hilful Fudhul
  • Perjanjian ini terjadi setelah perang Fijar, hampir seluruh kabilah Quraisy berkumpul dalam perjanjian ini, terdiri dari Bani Hasyim, Bani Muthalib, Asad bin Abdul Uzza , Zahrah bin Kilab, dan Taim bin Murrah, Rasulullah Saw menghadiri pula perjanjian ini.
  • Mereka berkumpul di kediaman Abdullah bin Jud’an At-taimi karena faktor usia dan kedudukannya, dan terjadi pada bulan Dzulqa’dah.
  • Isi Perjanjian:

 Bersepakat dan berjanji untuk tidak membiarkan ada orang yang didhalimi di Mekkah, baik dia penduduk asli maupun pendatang, Dan bila hal itu terjadi, maka mereka akan bergerak menolongnya hingga dia meraih haknya kembali.

  • Setelah beliau dimuliakan Allah dengan risalah, beliau berkomentar: “Aku telah menghadiri suatu perjanjian di kediaman Abdullah bin Jud’an yang lebih aku sukai ketimbang aku memiliki unta merah. Andai pada masa Islam Aku diundang untuk menghadirinya, niscaya Aku akan memenuhinya”
  1. Mitsaqudh Dhulmi (Piagam Kedhaliman)
  • Orang-orang musyrik berkumpul di kediaman Bani Kinanah yang terletak di lembah Al-Mahshib dan bersumpah untuk tidak menikahi Bani Hasyim dan Bani Muthalib, tidak berjual beli dengan mereka, tidak berkumpul, berbaur, memasuki rumah, berbicara serta tidak akan menerima perdamaian dari mereka dan tidak akan berbelas kasihan dengan mereka sebelum mereka menyerahkan Rasulllah Saw untuk dibunuh.
  • Pernyataan itu ditulis oleh Baghidh bin Amir bin Hasyim. Rasulullah mendoakan keburukan atasnya dan dia pun mengalami kelumpuhan di tangannya sebagaimana doa beliau.
  1. Baiat Aqabah I (Perjanjian Aqabah 1)
Apabila tiba musim Haji tahun berikutnya ,dua belas orang ansar pergi melaksanakan ibadah haji.Mereka telah bertemu dengan Rasulullah di Aqabah yang dikenali dengan peristiwa perjanjian Aqabah Pertama.Mereka membaiat (berjanji setia ) dengan Rasulullah seperti mana kaum wanita. Peristiwa tersebut berlaku sebelum perang diwajibkan ke atas mereka.
Nama-Nama Peserta Perjanjian Aqabah Pertama 
Ibnu Ishaq berkata : “para peserta perjanjian Aqabah pertama dari kalangan lelaki Bani An-Najjar ,kemudian dari Bani Malik bin Al –Najjar adalah seperti berikut :
  1. As’ad bin Zurarah bin Udas bin Ubaid bin Tha’labah bin Ghamn bin Malik bin An-Najjar. Panggilan As’ad bin Zurarah adalah Abu Umamah.
  2. Auf
  3. Mu’az
  • Auf dan Muaz adalah anak kepada al-Harith bin Rifa;ah bin Sawad bin Malik bin An-Najjar. Ibu mereka bernama Afra’.
Dari Bani Zuraiq bin Amir adalah seperti berikut :
1. Rafi’ bin Malik bin Al-Ajlan bin Amru bin Amir bin Zuraiq.
2. Zakwan bin Abdul Qais bin Khaldah bin Mukhlid bin Amir bin Zuraiq. (Ibnu Hisyam berkata : Zakwan seorang muhajir (orang yang berhijrah) sekaligus Anshar.
Dari Bani ‘Auf bin Al-khazraj ,kemudian dari Bani Ghanm bin Auf bin Amru bin Auf bin Al-khazraj adalah seperti berikut :
  1. Ubadah bin As- Shamit bin Qais bin Ahram bin Fihr Bin Tha’labah bin Ghanm.
  2. Abu Ubaidah yang tidak lain adalah Yazid bin Tha’labah bin Khazmah bin Ashram bin Amru bin Ammarah dari Bani Ghuadidashshainah dari Baliy sekutu Bani Auf bin al-Khazraj.
Ibnu Ishaq berkata :
Dari Bani Salim bin Auf bin Amru Auf bin Khazraj ,kemudian dari Bani Al-Ajlan bin Zaid Bin Ghanm bin Salim hanya seorang iatu : Al-Abbas bin Ubadah bin Nadhlah bin Malik Bin Al-Ajlan.
Dari Bani Salimah bin Saad bin Aliy bin Asad bin Saridah bin Tazid bin Jusyam bin Al- Khazraj , kemudian dari Bani Haram bin Kaab bin Ghanm bin Kaab bin Salamah hanya seorang iaitu uqbah bin Amir Bin Nabi bin Zaid bin Haram.
Dari Bani Sawad bin Ghanm bin Kaab bin Salamah hanya seorang iaitu Qutbah bin Amir bin Hadidah bin Amru bin Ghanm bin Sawad.
BAI’AH (IKRAR SETIA) AL-AQABAH
Didalam kitab sirah Rohiqul Makhtum telah disebutkan bahawa ada enam orang penduduk Yathrib masuk islam pada musim Haji tahun 11 kenabian dan mereka berjanji kepada Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan risalahnya di kalangan kaum mereka.
Hasilnya pada musim Haji tahun berikutnya iaitu musim Haji tahun 12 kenabian bersamaan Julai 621(M) datanglah dua belas orang lelaki termasuk lima orang yang telah menemui Rasulullah s.a.w pada tahun lepas. Seorang lagi yang tidak hadir iti ialah Jabir bin Abdullah bin Ri’ab. Selebihnya adalah tujuh orang yang baru iaitu :
  1. Mu’adh bin Al-Harith bin Afra’ dari Bani An-Najjar (Kabilah Al-Khazraj)
  2. Zakwan bin Abdul Al-Qays dari Bani Zurayq (kabilah al-khazraj)
  3. Ubadah bin Al-Samit dari Bani Ghanam (Kabilah Al-Khazraj)
  4. Yazid bin Tha’labah dari sekutu Bani Ghanam (kabilah Al- Khazraj)
  5. Al-Abbas bin Ubadah Bin Nadhlah dari Bani Salim (kabilah Al-Khazraj)
  6. Abu Al-Haytham bin Al-Tihan dari Bani Abdul Al-Ayshal (Kabilah Aws)
  7. Uwaym Bin Saidah dari Bani Amru’ bin Awf (Kabilah Aws)
2 orang yang terakhir dari kabilah Aws,sementara yang bakinya adalah dari Kabilah Khazraj.
Mereka ini datang bertemu Rasulullah s.a.w di Aqabah ,Mina. Dalam pertemuan ini mereka telah berjanji setia sebagaimana Bai’ah para wanita yakni kandungan baiah ini sejajar dengan bai’ah yang diberikan oleh golongan wanita kepada nabi s.a.w ketika pembukaan Mekah.
Al- Bukhariy meriwayatkan daripada Ubadah bin As-Samit bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Marilah,berbai’ahlah kepadaku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun,tidak mencuri, tidak berzina,tidak membunuh anak-anakmu,tidak membawa cerita-cerita fitnah dari hadapan dan belakang kamu dan tidak menderhakaiku dalam kebajikan. Barang siapa daripada kamu yang menunaikan bai’ah ini,maka Allah akan memberikan ganjarannya.Barang siapa yanag terlanggar sesuatu daripadanya lalu dihukum semasa di dunia maka itu adalah sebagai penebus (kafarah) . Barang siapa yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu Allah menutupnya ,maka urusannya terserahlah pada Allah,jika Dia mahu maka Dia akan menyeksanya dan jika Dia mahu Dia akan mengampunkannya.
Kata Ubadah : lalu aku pun membai’ahnya – dalam naskhah lain : lalu kami pun membai’ahnya atas perkara tersebut.
DUTA ISLAM KE MADINAH
Selepas selesai bai’ah ini dan musim haji pun berlalu,maka Nabi s.a.w mengutuskan bersama kumpulan yang berbaiah ini dutanya yang pertama ke Yathrib .Tujuannya ialah untuk mengajar orang-orang islam di sana tentang Syariat-syariat Islam serta memperdalamkan kefahaman mereka terhadap agama ini. Duta ini juga berperanan menyebarkan islam kepada mereka yang masih mensyirikkan Allah. Untuk tujuan ini,maka baginda memilih seorang anak muda di kalangan yang terawal memeluk islam iaitu Mus’ab bin Umayr Al- Abdariy r.a.
KEJAYAAN YANG MENGGEMBIRAKAN
Di Yathrib Mus’ab menumpang di rumah As’ad bin Zurarah.Mereka brdua kemudiannya menyebarkan islam dengan penuh semangat dan kesungguhan kepada penduduk Yathrib .Mus’ab terkenal sebagai seorang yang mahir membaca Al-Quran. Antara contoh hebat yang menunjukkan kejayaannya dalam berdakwah ialah kisah dakwahnya di kebun Bani Zafar.
  1. Baiat Aqabah II (Perjanjian Aqabah 2)
Pada musim Haji tahun 13 kenabian- Jun 622 (M) lebih tujuh puluh orang muslim penduduk Yathrib datang untuk menunaikan haji. Mereka datang bersama jemaah haji dari kalangan kaum mereka yang masih syirik. Semasa berada di Yathrib atau semasa dalam perjalanan ,mereka bertanya-tanya sesama mereka, sampai bila mereka akan membiarkanRasulullah s.a.w berjalan dan hidup terusir serta ketakutan di kawasan bukit-bukit Mekah ini?
Justeru apabila mereka sampai ke Mekah,berlakulah perhubungan rahsia antara mereka dengan nabi s.a.w yang membawa persetujuan dua pihak untuk berkumpul pada pertengahan hari-hari Tasyriq di suatu lorong Aqabah tempat terletaknya Jamrah Al-Ula di Mina. Mereka bersetuju bahawa pertemuan itu akan diadakan secara rahsia iaitu di saat jauh malam.
Marilah kita mendengar seorang pemimpin Ansar menyifatkan kepada kita perihal pertemuan yang bersejarah itu. Pertemuan yang mengubah pusingan hari-hari yang berlalu antara penentangan berhala dan Islam.Ka’ab bin Malik Al-Ansari r.a berkata :
“kami keluar untuk menunaikan haji dan kami berjanji untuk bertemu Rasulullah s.a.w di Aqabah pada pertengahan hari-hari Tasyriq. Pada malam janji temu kami dengan Rasulullah s.a. itu,bersama kami Abdullah bin Amru bin Haram,salah seorang ketua yang terhormat antara kami.Kami libatkan dia bersama kami sedangkan kaum kami yang musyrikin,kami rahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan mereka. Lalu kami berbicara dengannya dan kami memberitahu : Hai Abu Jabir,kamu ini ketua di kalangan ketua-ketua kami serta salah seorang yang terhormat. Sesungguhnya kami tidak senang dengan keadaan kamu sekarang ini akan menyebabkan kamu menjadi kayu api di neraka pada esok hari.Kemudian kami pun mengajaknya kepada islam dan kami ceritakan tentang janji temu kami dengan Rasulullah di Aqabah. Lalu dia bersetuju untuk masuk islam dan datang bersama kami di Aqabah. Akhirnya dia dilantik sebagai salah seorang naqib.
Kaab menceritakan lagi :” maka pada malam itu kami tidur bersama kaum kami di tempat persinggahan kami. Sehingga apabila berlalu sepertiga malam,kami pun keluar dari tempat kami untuk memenuhi janji dengan Rasululah s.a.w. Kami keluar secara diam-diam sehingga akhirnya kami berkumpul di satu lorong di Aqabah. Jumlah kami ialah seramai 70 orang lelaki dan dua orang wanita iaitu Nusaibah Binti Kaab – Ummu Ammarah dari Bani Mazin bin Al-Najjar dan Asma binti Amru – Ummu Hani – dari Bani Salamah. Kami pun berkumpul di lorong itu menanti kedatangan Rasulullah s.a.w sehingga baginda sampai. Bersama baginda ialah bapa saudaraya al- Abbas bin Abd al- mutalib.ketika itu dia masih mengikut agama kaumnya akan tetapi dia mahu turut serta mengetahui hal urusan anak saudaranya agar dapat dipercayai keselamatannya dan Dialah orang pertama yang bercakap.
Al-Abbas Memulakan Bicara Dan Menerangkan Betapa Beratnya Tanggungjawab.
Setelah semuanya berkumpul,bermulalah perbincangan untuk mengikat satu perjanjian keagamaan dan ketenteraan. Orang pertama yang bercakap ialah Al-Abbas Bin Al- Mutalib, bapa saudara rasulullah. Tujuan dia bercakap adalah untuk menerangkan kepada mereka secara terus terang betapa serius tanggungjawab yang terpikul apabila bersetuju untuk mengikat perjanjian ini. Katanya :’ Hai sekalian orang khazraj,orang-orang arab memanggil orang Ansar dengan panggilan Khazraj – samaada yang khazraj mahupun Aws – sesungguhnya Muhammad itu berasal dari kalangan kami seperti yang anda tahu. Kami telah mempertahankannya dari kaum kami yang sama pegangannya dengan kami. Dia berada dalam kelmuliaan didalam kaumnya dan dipertahankan di negerinya. Tetapi dia tetap hendak memilih untuk bersama kamu. Kalau kamu memang benar hendak menunaikan apa yang diajaknya kepada kamu dan kamu sanggup mempertahankannya daripada mereka yang menentangnya maka terserahlah kepada kamu untuk memikul tanggungjawab itu. Tetapi sekiranya kamu bercadang untuk menyerahkan Muhammad dan tidak menolongnya setelah dia keluar bersama kamu, maka dari sekarang sila tinggalkannya kerana dia berada dalam kemuliaan dan dipertahankan dikalangan kaum di dalam negerinya.”
Ka’ab berkata : Lalu kami bertanya kepadanya :” Kami telah mendengar apa yang kamu katakan. Maka silalah bercakap hai Rasulullah dan pilihlah untuk dirimu dan tuhanmu apa yang kamu suka.”
Jawapan yang diberikan menunjukkan keazaman mereka yang bersungguh-sungguh, keberanian ,keimanan,dan keikhlasan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini dan risiko yang merbahaya.
Setelah itu rasulullah s.a.w menyampaikan kepada mereka butir-butir perjanjian tersebut dan setelah itu mereka pun berbai’ah dengan rasulullah s.a.w.
BUTIR-BUTIR BAI’AH
Butir- butir Bai’ah tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Jabir secara terperinci. Kata Jabir : Kami bertanya :” wahai rasululllah atas dasar apa kami akan membai’ah kamu? Baginda menjawab :
1. Dengar dan patuh samaada semasa rajin atau malas
2. Sanggup mengeluarkan belanja semasa susah atau senang.
3. menyuruh melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran.
4. menegakkan tanggungjawab agama Allah tanpa menghirau celaan orang yang mencela.
5. menolong aku ketika aku datang kepadamu dan mempertahankan aku sebagaimana kemu mempertahankan diri,isteri dan anak pinak kamu. Dan untuk kamu balasannya adalah syurga.
Dalam riwayat Kaab yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq hanya menyebut butir terakhir sahaja daripada butir-butir ini. Riwayat tersebut berbunyi : Kata Kaab : “lalu rasulullah s.a.w bercakap,kemudian membaca Al-Quran dan mengajak kepada agama Allah serta menggemarkan kepada islam. Kemudian baginda berkata : Aku sanggup menerima bai;ah kamu dengan syarat kamu mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri,isteri dan anak pinak kamu.
Lalu Al- Barra’ bin Ma’rur memegang tangan baginda seraya berkata : “ Ya demi yang mengutuskan kamu dengan kebenaran pasti kami akan mempertahankan kamu sebagaimana kqmi mempertahankan belakang tubuh kami. Maka sudilah menerima bai’ah kami ya Rasulullah.
Ketika Al-Barra sedang bercakap,Abu Al- Haytham mencelah dengan berkata : “wahai rasulullah sesungguhnya antara kami dengan orang yahudi ada perjanjian,apakah kalu kami memutuskan hubungan dengan mereka kemudian Allah memenangkan kamu,maka kamu akan balik kepada kaummu meninggalkan kami?
Lalu baginda tersenyum seraya berkata : bahkan darah tetap darah,binasa tetap binasa,aku dari kalangan kamu dan kamu dariku,aku akan memerangi siapa yang kamu perangi dan aku akan berikan keamanan kepada siapa yang kamu selamatkan?
TERLAKSANANYA BAI’AH.
 
Selepas memperakui butir-butir yang terkandung dalam bai’ah itu dan setelah pemastian dan penegasan ,maka bermulalah perlaksanaan bai’ah dengan cara berjabat tangan. Kata Jabir – setelah melaporkan kata-kata Saad bin Zurarah – : Lalu mereka berkata : “Hai As’ad lepaskan tanganmu itu,demi Allah kami tidak akan meninggaklan bai’ah dan tidak akan menarik diri daripadanya.
Maka ketika itu tahulah As’ad sejauh mana kaumnya sanggup berkorban dalam perjuangan ini dan yakin benarlah dia dengan kesediaan mereka itu. As’ad adalah pendakwah besar bersama Mus’ab bin Umayr,dan tentulah dia ketua keagamaan di kalangan mereka yang berbai’ah itu,labtaran itu dia adalah orang yang terawal berbai’ah. Ibnu Ishaq berkata :Bani An-Najjar mendakwa bahawa Abu Umamah As’ad bin Zurarah ialah orang yang pertama menepuk atas tangan Rasulullah s.a.w. Selepas itu bermulalah bai’ah secara umum. Kata Jabir :’ Lalu seorang demi seorang bangun kepada nabi lalu membai’ahnya. Dengan bai’ah itu,baginda menjamin syurga kepada kami.
Adapun bai’ah dua orang wanita yang turut serta dalam peristiwa itu hanya dalam berbentuk lisan sahaja.,kerana rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya.
12 ORANG NAQIB
Setelah bai’ah itu sempurna dilaksanakan Rasulullah s.a.w meminta supaya dipilih dua belas orang ketua yang akan menjadi naqib kepada kaumnya. mereka bertanggungjawab terhadap kaumnya dalam melaksanakn butir-butir bai’ah tersebut. Llau baginda pun berkata kepada mereka :’keluarkan kepadaku dua belas orang daripada kalangan kamu sebagai naqib yang akan bertanggungjawab terhadap kaumnya apa yang ada pada mereka.
Pada masa itu juga dengan segera mereka dipilih,iaitu sembilan orang dari kabilah khazraj dan tiga orang dari kabilah Aws.berikut ialah nama-nama mereka :
Naqib Daripada Kabilah Khazraj
  1. As’ad bin Zurarah bi Adas
  2. Saad bin Ar-Rabi’ bin Amru
  3. Abdullah bin Rawwahah bin Tha’labah
  4. Rafi Bin Malik Bin Al-Ajlan
  5. Al- Barra bin Ma’rur bin Sakhr
  6. Abdullah bin Amru Bin Haram
  7. Ubadah bin As-Samit Bin Qays
  8. Saad bin Ubadah Bin Dulaym
  9. Al-Mundhir bin Amru bin Khunays
Naqib Daripada Kabilah Aws
  1. Usayd Bin Hudhair bin Sammak
  2. Sa’ad Bin Khaytamah bin al-Harith
  3. Rifaah bin Abd Al-Mundhir bin Zubayr
Selepas selesai pemilihan naqib-naqib,nabi s.a.w. mengambil perjanjian keatas mereka dengan sifat mereka sebagai ketua-ketua yang memikul tanggungjawab. Kata baginda kepada mereka :”kamu bertanggungjawab terhadap kaum kamu sebagaimana pertanggungjawaban Hawari kepada Nabi Isa a.s dan aku bertanggungjawab terhadap kaumku”- yakni semua umat islam- mereka menjawab:”baiklah”.
Syaitan Membocor Perjanjian
Setelah selesai diikat perjanjian tersebut , dimana mereka sudah hampir mahu meninggalkan tempat itu,tiba-tiba salah seekor syaitan telah mendedahkan rahsia tersebut. Disebabkan syaitan itu menghadiri pertemuan tersebut pada saat-saat akhir, ia tak sempat lagi menyampaikan berita tersebut kepada pemimpin-pemimpin Quraisy secara rahsia supaya mereka dapat melancarkan tindakan tergempar. Sedangkan ketika itu, orang-orang Quraisy berada di tempat mereka. Lantaran itu syaitan bangun di tempat yang tinggi lalu melaungkan dengan kuat : “Hai mereka yang berada di rumah, apa yang kamu dapat buat kepada Muhammad sedangkan puak-puak yang menukar agama itu ada bersamanya? mereka sedang berkumpul untuk memerangi kamu.
Lalu Rasulullah s.a.w berkata : “ inilah syaitan (yang bernama)Azzab (didalam sesetengah riwayat meneyebutkan ibn Azyab) di Aqabah. Demi Allah ,hai seteru Allah kami tidak akan membuka kesempatan untukmu.” Kemudian baginda menyuruh mereka bergegas pulang ke tempat penginapan. Maka mereka pun pulang dan tidur hingga ke pagi.
Orang Ansar Bersedia Melawan Quraisy
Ketika mendengar jeritan syaitan itu, Al-Abbas Bin Ubadah bin Nadlah berkata : demi dia yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, kalau kamu mahu,nescaya kami sanggup menghadapi orang di Mina besok hari dengan pedang-pedang kami.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda :”kita tidak diperintahkan begitu.pulanglah ke tempat penginapan kamu. Maka mereka pun pulang dan tidur sehingga pagi.
Quraisy Mengemukakan Bantahan Kepada Pembesar Yathrib
Apabila berita itu sampai ke pendengaran orang-orang Quraisy ,maka timbullah kegusaran dan kebimbangan mereka, kerana mereka mengetahui akibat daripada perjanjian sebegitu dan risiko kepada diri dan harta benda mereka. Awal-awal pagi lagi satu rombongan besar bergegas menuju ke perkhemahan penduduk Yathrib untuk mengemukakan bantahan keras terhadap perjanjian tersebut. Llau berkatalah seorang daripada mereka :
“Hai sekalian orang khazraj,telah sampai berita kepada kami bahawa kamu datang menemui Muhammad ini untuk membawanya keluar bersama kamu,dan kamu telah berbai’ah kepadanya untuk mmerangi kami. Demi Allah tidak ada bangsa Arab yang paling kami tidak senang berperang dengan mereka kecuali kamu.
Oleh kerana orang-orang musyrikin Al-Khazraj tidak sedikit pun mengetahui tentang bai’ah ini kerana ianya berlangsung dengan penuh rahsia serta pada jauh malam,maka dengan serta merta mereka bersumph dengan nama Allah bahawa mereka tidak tahu apa-apa. Sehingga apabila kaum musyrikin Mekah sampai kepada Abdullah bin Ubay bin Salul,dengan segera Abdullah menjawab :” Karut semua ini,ini tak berlaku,kaumku tidak akan mengambil keputusan seperti ini,tanpa berunding denganku terlebih dahulu. Kalau sekalipun aku berada di Yathrib nescaya kaumku tidak akan melakukan ini melainkan setelah meminta pandanganku.
Adapun orang-orang Yathrib yang Muslim, maka mereka pandang-memandang sesama mereka kemudian membisu seribu bahasa. Tidak seorang pun daripada mereka yang bercakap sama ada menafi mahupn mengiakan.
Quraisy Mendapat Pengesahan Berita Dan Mengejar Orang-Orang Yang Berbai’ah
Kembalilah pembesar-pembesar Quraisy itu dengan separuh yakin bahawa berita yang diterima itu adalah palsu. Namun mereka terus menginyip untuk mendapatkan kepastian sehingga ternyata kepada mereka bahawa berita itu benar. dan bai’ah itu telah pun terlaksana . Hal itu diketahui setelah mana rombongan haji telah beredar pulang ke tanah air mereka, lalu dengan segera pahlawan berkuda Quraisy mengejar orang-orang quraisy,tetapi sudah terlamat untuk mendapatkan mereka. Tetapi mereka sempat melihat Saad bin Ubadah dan Al- Mumdhir bin Al-Amru lalu segera dikejar mereka berdua. Al- Mundhir berjaya melepaskan diri daripada kaum tersebut sementara saad pula dapat ditangkap. mereka mengikat tangannya ke leher dengan tali kuda. Mereka memukul dan menarik tubuhnya sehingga sampai ke Mekah. Tetapi Al- Mutim bin Adiy dan Haris Bin Harb Bin Umayah segera datang membebaskannnya daripada tangan mereka. ini kerana Saad pernah memberikan perlindungan kepada kafilah-kafilah perdagangan mereka berdua yang melintasi Madinah. Setelah kehilangan Saad orang-orang Ansar mula berpakat untuk menjejakinya. Tiba-tiba Saad muncul kepada mereka,lalu akhirnya mereka semua selamat pulang ke Madinah.
  1. Mitsaqul Madinah (Piagam Madinah)
Sebagaimana Rasulullah s.a.w mempersaudarakan antara orang-orang mukmin ,baginda juga turut mengadakan perjanjian yang dapat membasmi segala onak dan noda jahiliah serta elemen kepuakan. Dengan piagam ini, baginda tidak membuka adanya ruang untuk meresap budaya jahiliah. Fasal-fasal piagam tersebut secara ringkasnya adalah seperti berikut :
Inilah kitab (surat ) daripada muhammad s.a.w antara orang-orang beriman dan orang-orang islam dari kalangan Quraisy dan penduduk Yathrib serta yang mengikut dan menyusul mereka serta berjuang bersama mereka :
  1. Bahawa mereka adalah satu umat selain daripada manusia-manusia lain.
  2. Orang-orang Muhajirin dari kalangan Quraisy menurut kebiasaan yang berlaku dikalangan mereka saling membayar diat di kalangan mereka . Mereka hendaklah menebus sendiri tawanan mereka dengan cara yang baik dan adil di kalangan orang-orang mukmin. Setiap kabilah dari kalangan Ansar menurut kebiasaan yang berlaku di kalangan mereka hendaklah membayar diat sebagaimana yang pernah mereka lakukan dahulu. Setiap puak dari kabilah itu hendaklah menebus sendiri tawanannya secara baik dan adil di kalangan orang –orang mukmin.
  3. Orang-orang yang beriman tidak boleh membiarkan seseorang menanggung beban yang berat. Mereka hendaklah membantunya dengan cara yang baik dalam membayar tebusan atau diat.
  4. Orang mukmin yang bertakwa hendaklah menentang orang-orang yang melampaui batas terhadap mereka atau orang yang berbuat zalim, dosa , menimbulkan permusuhan atau melakukan kerosakan di kalangan orang-orang mukmin.
  5. Mereka hendaklah sepakat dalam menentang kejahatan itu sekalipun terhadap anak salah seorang mereka.
  6. Orang mukmin tidak boleh membunuh orang mukmin kerana menolong seorang yang kafir.
  7. Orang mukmin tidak boleh membantu orang kafir untuk melawan orang mukmin.
  8. Bahawa perlindungan Allah itu satu, iaitu Dia melindungi orang yang lemah diantara mereka.
  9. Orang- orang yahudi yang mengikut kita berhak mendapat pertolongan dan kesamaan tanpa dianiaya dan ditentang terhadap mereka.
  10. Perjanjian damai orang-orang mukmin itu satu. Seorang mukmin tidak boleh mengadakan perjanjian damai dengan membelakangi orang mukmin lain dalam peperangan di jalan Allah kecuali dengan cara yang saksama dan adil di kalangan mereka.
  11. Orang-orang mukmin hendaklah saling mempertahankan antara satu sama lain akibat yang menimpa darah-darah mereka di jalan Allah.
  12. Orang musyrik tidak boleh melindungi harta benda dan jiwa orang Quraisy dan tidak boleh mempertahankan orang Quraisy terhadap orang mukmin.
  13. Sesiapa yang membunuh orang mukmin dengan cukup buktinya maka ia hendaklah dihukum balas kecuali jika wali yang terbunuh memaafkannya.
  14. Semua orang mukmin berkewajipan menghukum pembunuh itu dan tidak halal kepada mereka melainkan melaksanakan terhadapnya.
  15. Tidak halal bagi seorang mukmin menolong seorang pelaku kejahatan atau melindunginya. Barang siapa yang menolong atau melindunginya maka ia ditimpa laknat Allah dan kemurkaannya pada hari akhirat serta tidak ambil kira amalannya yang fardu atau sunat.
  16. Bahawa sebarang perkara yang timbul perselisihan di kalangan kamu maka hendaklah dirujuk kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w

Perjanjian dengan Yahudi di Madinah

Butir- butir perjanjian tersebut:
1. Orang-orang Yahudi Bani ‘Awf adalah satu umat bersama orang-orang mukmin. Orang Yahudi dan orang Islam berhak mengamalkan agama mereka termsauklah pengikut-pengikut dan diri mereka. Begitu juga dengan orang-orang Yahudi selain Bani ‘Awf.
2. Orang Yahudi dan orang Islam berkewajipan membiayai sendiri nafkah mereka.
3. Antara mereka hendaklah saling tolong-menolong menentang orang yang memerangi piagam ini.
4. Antara mereka hendaklah saling nasihat-menasihati, berbuat kebajikan dan tidak melakukan perkara salah.
5. Seseorang tidak boleh membuat kesalahan terhadap sekutunya.
6. Pertolongan hendaklah diberikan kepada orang yang dizalimi.
7. Dalam keadaan suasana peperangan orang-orang Yahudi dan orang-orang mukmin hendaklah sama-sama saling membiayai.
8. Dengan piagam ini, Yathrib menjadi tanah yang dihormati.
9. Sebarang masalah atau pertikaian yang dibimbangi membawa kerosakan dalam kalangan mereka yang memeterai piagam ini hendaklah dirujuk kepada Allah dan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
10. Orang-orang Quraish tidak boleh dilindungi dan begitu juga orang-orang yang membantu mereka.
11. Mereka yang terlibat dengan piagam ini hendaklah tolong-menolong menentang orang yang hendak menghancurkan Yathrib…bagi setiap orang mempunyai hak masing-masing dari pihaknya sendiri.
12. Perjanjian ini tidak boleh dilanggar melainkan orang yang zalim atau berdosa.

Dengan termeterainya perjanjian ini, Madinah dan kawasan-kawasan pinggirannya telah menjadi negara yang disahkan. Ibu kotanya ialah Madinah dan presidennya (jika boleh digunakan ungkapan ini) ialah Rasulullah. Perintah baginda mesti dilaksanakan. Baginda juga berperanan sebagai sultan dalam kalangan umat Islam. Berdasarkan piagam itu juga, maka Madinah telah menjadi ibu kota sebenar negara Islam.

Untuk memperluaskan lagi keamanan serantau, Nabi mengadakan perjanjian dengan kabilah-kabilah lain pada masa hadapan seperti mane perjanjian ini mengikut kesesuaian suasana.

  1. Perjanjian dengan Bani Juhainah
  2. Perjanjian dengan Bani Dhamrah
  • Terjadi pada perang Abwa’ atau Waddan, pada Shafar 2 H bertepatan dengan Ogos 623 M.
  • Isi perjanjian antara Rasulullah dengan Amr bin Makhsyi, pemimpin Bani Dhamrah:

“Ini adalah perjanjian dari Muhammad, utusan Allah, dengan Bani Dhamrah. Sesungguhnya harta dan diri mereka dijamin keamanannya, dan mereka berhak mendapatkan pertolongan jika ada yang menyerang mereka, kecuali jika mereka memerangi agama Allah. Jika Nabi mengajak mereka agar memberi pertolongan, maka mereka harus memenuhinya.”

  1. Perjanjian dengan Bani Mudlij
  • Terjadi pada perang Dzul Usyairah, pada Jumadil Ula dan Jumadil akhirah 2 H bertepatan dengan November dan Desember 623 M.
  • Isi perjanjian antara Rasulullah dengan Bani Mudlij, sekutu Bani Dhamrah : saling bekerja sama dan tidak saling menyerang antara kedua belah pihak.
  1. Perjanjian Baiatur Ridwan
  • Rasulullah melakukan baiat kepada kaum muslimin yang ingin berumrah bersama beliau pada tahun ini.
  • Hal ini terjadi karena tersiar kabar bahwa Utsman bin Affan yang menjadi duta Rasulullah untuk kaum Quraisy telah terbunuh. Maka para sahabat berkerumun di sekeliling beliau dan mengucapkan baiat untuk tidak melarikan diri. Bahkan, diantara mereka ada yang berbaiat untuk bersedia mati. Orang yang pertama mengucapkan baiat adalah Sinan Al-Asadi, sementara itu Salamah Al-Akwa’ mengucapakan baiat hingga tiga kali.
  • Dalam baiat ini, beliau memegang tangannya sendiri lalu bersabda: ”Ini (baiat) untuk Utsman.”
  1. Perjanjian Hudaibiyah
  • Terjadi pada Dzulqa’dah 6 H antara Rasulullah dan kaum Quraisy yang diwakili Suhail Bin Amr.
  • Isi kesepakatan perjanjian Hudaibiyah:
  1. Rasulullah harus pulang pada tahun ini dan tak boleh masuk Mekkah kecuali pada tahun depan bersama kaum Muslimin. Mereka diberi jangka waktu selama tiga hari berada di Mekkah dan hanya boleh membawa senjata yang biasa dibawa musafir, iaitu pedang yang disarungkan. Sementara pihak Quraisy tidak boleh menghalangi sedikitpun.
  2. Gencatan senjata antara kedua belah pihak selama sepuluh tahun.
  3. Siapa yang ingin bergabung dengan pihak Muhammad dan perjanjiannya, dia boleh melakukannya, begitu pula dengan pihak Quraisy .
  4. Kabilah manapun yang bergabung dengan salah satu pihak, maka kabilah itu menjadi bagian dari pihak tersebut. Dengan demikian penyerangan yang ditujukan kepada kabilah tertentu dianggap sebagai penyerangan terhadap pihak yang bbersangkutan dengannya.
  5. Siapapun orang Quraisy yang melarikan diri ke pihak Muhammad tanpa izin walinya, dia harus dikembalikan kepada pihak Quraisy. Dan siapapun dari pihak Muhammad yang melarikan diri ke pihak Quraisy, dia tidak boleh dikembalikan kepada Muhammad.

11.Perundingan Khaibar

  • Perundingan ini terjadi antara Rasulullah dengan Ibnu Abil Huqaiq pada Muharram 7 Khaibar.
  • Isi perundingan:
  1. Orang-orang Yahudi yang berada dalam benteng tidak dibunuh dan anak-anak tidak ditawan
  2. Mereka siap meninggalkan Khaibar dengan segenap keluarga, menyerahkan semua harta kekayaan Khaibar seperti tanah, emas, perak, kuda dan keledai, baju perang, kecuali pakaian-pakaian yang bisa dikenakan.
  3. Rasulullah melepaskan perlindungan dari Allah dan Rasul-Nya kepada mereka apabila mereka menyembunyikan sesuatu pun dari harta benda.
  • Tetapi pada akhirnya, Rasulullah mempersilakan tanah Khaibar untuk diolah dan dikelola oleh Yahudi Khaibar dengan syarat sebahagian hasil tanaman dan panen buahnya diserahkan kepada Rasulullah SAW.
  • Tanah di Khaibar dibagi menjadi 36 kelompok, setiap kelompok dibagi menjadi 100 bagian sehingga ada 3600 bagian dan kaum muslimin mendapat separuhnya yaitu 1800 bagian, shahabat yang ditunjuk Rasulullah untuk membuat estimasi pembagian hasil pengolahan tanah ini adalah Abdullah bin Rawahah.
  • Perundingan ini terjadi antara Rasulullah dengan kaum Yahudi.

Fadak.

  • Inti perjanjian ini adalah mereka sanggup menyerahkan separuh hasil Fadak, seperti kesediaan penduduk Khaibar, dan pembahagian dari Fadak ini murni bagi Rasulullah karena kaum muslimin sama sekali tidak mengerahkan pasukan kuda atau pejalan kaki ke sana.

12.Perundingan dengan Yahudi Fadak

13.Perundingan dengan Yahudi Taima’

Perundingan ini terjadi antara Rasulullah dengan kaum Yahudi Taima’ yaitu Bani Adi.

Perjanjian ini dituangkan dalam sebuah tulisan, yang isinya:

“Inilah perjanjian Muhammad Rasul Allah dengan Bani Adi, bahwa mereka mendapat jaminan sebagai ahli dzimmah. Mereka harus menyerahkan jizyah, tidk ada permusuhan dan kepindahan ke tempat lain.”

Yang bertugas menulis surat perjanjian ini adalah Khalid bin Sa’id.

14.Perundingan dengan segolongan penduduk Ghatafan

  • Perundingan ini terjadi antara Rasulullah dengan segolongan penduduk Gatafan ketika beliau tiba di suatu tempat yang disebut Nakl yang jaraknya perjalanan kaki dua hari dari Madinah. Perjalanan ini dalam rangka peperangan Dzatur Riqa’.
  • Merka melakukan perjanjian dengan Nabi dan menawarkan perdamaian sehingga tidak terjadi pertempuran.

15.Perundingan dengan penduduk Ailah, Jarba’ dan Adruj

  • Ketika Rasulullah tiba di Tabuk, beliau didatangi Yuhannah bin Ru’bah, pemimpin Ailah, menawarakan perjanjian damai dengan beliau dan siap menyerahkan jizyah kepada beliau. Begitu pula yang dilakukan penduduk Jarba’ dan Adruj.
  • Beliau menulis selembar perjanjian yang kemudian mereka pegang. Untuk pemimpin Ailah , beliau menulis perjanjian sebagai berikut:

“Bismillahirrahmaanirrahiim. Ini merupakan surat perjanjian dari Allah dan Muhammad, Nabi dan Rasul Allah, kepada Yuhannah bin Ru’bah dan penduduk Ailah. Perahu dan kendaraan mereka di daratan dan lautan berhak mendapatkan jaminan perlindungan allah dan Muhammad Sang Nabi, juga berlaku bagi siapapun yang bersamanya dari penduduk Syam dan penduduk di sekitar pantai. Siapapun diantara mereka yang melanggar perjanjian, hartanya tidak akan dapat melindungi dirinya, yang berarti siapapun boleh mengambilnya. Mereka tidak boleh dirintangi untuk mengambil air yang biasa mereka ambil dan jalan mereka dilaut dan di darat tidaklah boleh dihalangi.”

16.Perjanjian dengan utusan dari Tsaqif

  • Terjadi pada Ramadhan 9 H setelah Rasulullah pulang dari Tabuk.
  • Mereka mengajukan perjanjian sebagai berikut:
  1. Mereka diperkenankan melakukan zina.
  2. Mereka diperkenankan minum khamr.
  3. Mereka diperkenankan melakukan riba.
  4. Berhala mereka, Lata, dibiarkan saja.
  5. Mereka dibebaskan dari kewajiban shalat.
  6. Mereka tidak disuruh merobohkan patung-patung mereka.

Tak satupun dari permintaan diatas yang dipenuhi Rasulullah, akhirnya mereka berdiskusi sendiri dan tidaka da jalan lain kecuali tunduk dan masuk Islam, akhirnya mereka masuk Islam.

  • Mereka menyuruh orang lain untuk merobohkan berhala mereka, Lata, bukan dengan tangan para kaum Tsaqif sendiri, maka Rasulullah memenuhinya dan mengutus beberapa orang untuk menghancurkan Lata, dipimpin Khalid bin Al-Walid.

17.Perjanjian dengan utusan dari Najran

  • Najran adalah daerah yang cukup luas berjarak tujuh marhalah dari Mekkah ke arah Yaman. Wilayah ini meliputi 73 dusun yang punya 100 ribu prajurit dibawah bendera agama nasrani.
  • Pada tahun 9 H, sejumlah 60 orang utusan dari Najran datang ke Madinah, dua puluh empat termasuk bangsawan mereka dan tiga orang yang termasuk pemimpin mereka. Orang pertama berjuluk Al-Aqib, yang memegang roda pemerintahan, dan namanya adalah Abdul Masih. Orang kedua berjuluk As-Sayyid, yang memegang urusan oeradaban dan politik, namanya Al-Aiham atau Syurahbil. Orang ketiga bergelar Al-Usquf, yang memegang urusan agama dan kepemimpinan spiritual, namanya adalah Abu Haritsah bin Alqamah.
  • Mereka sepakat untuk tunduk kepada Nabi dengan perjanjian berikut:

Mereka sepakat membayar jizyah kepada Rasulullah sebesar 2000 hullah setiap tahunnya, 1000 pada bulan Rajab dan 1000 lagi pada bulan Shafar. Rasulullah memberikan perlindungan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka,dan mereka diberi kebebasan mutlak untuk menjalankan agamanya.

  • Mereka meminta agar beliau mengirimkan seorang penjaga keamanan di daerah mereka. Tugas ini diserahkan kepada Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. Kemudian Nabi SAW mengutus Ali bin Abi Thalib untuk mengurusi sedekah dan jizyah mereka.
  • Bahkan sekembalinya ke Najran, para penulis sejarah menyebutkan bahwa As-Sayyid dan Al-Aqib masuk Islam. Demikian perjanjian-perjanjian yang pernah dilakukan Rasulullah semasa hidupnya, mudah-mudahan mendapat bermanfaat,

Walhamdulillahirobbil ‘Alamin…….