Piagam Madinah

  • mengandungi 47 fasal
  • 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka
  • 24 fasal lagi tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah
  • perlembagaan bertulis pertama yang menjadi asas kepada sebuah negara

Kandungan Piagam Madinah

1.Politik

  • Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin di Madinah.
  • Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dan orang bukan Islam.

2.Agama

  • Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
  • Mereka bebas mengamalkan adat mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.

3.Sosial

  • Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara.
  • Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.

4.Perundangan

  • Undang-undang Islam digunapakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.

5.Ekonomi

  • Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara.
  • Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.

6.Pertahanan

  • Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

7.Kedudukan Yahudi

  • Keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.