*PERINGATAN* kepada YAB
Dato’ Menteri Besar Selangor yang *mentadbir mengikut “NAFSU”*
• • •
Agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW diasaskan pada dalil, hujah dan BUKAN NAFSU semata. Hanya orang kafir dan ahli bid’ah yang menjadikan “NAFSU” mereka sebagai panduan. Nafsu mudah berubah mengikut selera tuan punya badan. Jika Islam diresapi unsur nafsu, sudah pasti Islam akan semakin terhakis mengecil (dengan penolakan syariat) atau berpenyakit (dengan pelbagai tambahan baru). Firman Allah:

قُلْ إِنِّي نُهِيتُ أَنْ أَعْبُدَ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ قُلْ لَا أَتَّبِعُ أَهْوَاءَكُمْ قَدْ ضَلَلْتُ إِذًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah”. Katakanlah lagi: “AKU TIDAK AKAN MENURUT HAWA NAFSU KAMU, KERANA KALAU AKU TURUT, SESUNGGUHNYA SESATLAH AKU, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk” (al-An’am [6:56]).

Insan hebat seperti nabi Daud AS pun diberi amaran agar berlaku adil dan tidak menurut hawa nafsu, bayangkan bagaimana pula kita? Firman Allah:

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

Ertinya: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); DAN JANGANLAH ENGKAU MENURUT HAWA NAFSU, KERANA YANG DEMIKIAN ITU AKAN MENYESATKANMU DARI JALAN ALLAH. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu (Sad [38:26]).

Dalam ayat lain Allah menyebut NAFSU BAKAL MENJAHANAMKAN ALAM. Firman Allah:

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ

Ertinya: DAN KALAULAH KEBENARAN ITU TUNDUK MENURUT HAWA NAFSU MEREKA, NESCAYA ROSAK BINASALAH LANGIT DAN BUMI SERTA SEGALA YANG ADANYA. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; (al-Mu’minun[23:71]).

Oleh itu, segala tatacara tadbir urus negeri & hal ehwal rakyat hedaklah berpandukan syariat. Jangan sampai aqal, iman kita ditunggang atau dikeronyok oleh nafsu yang tidak beretika dan tidak tahu batasan halal haram.

Bukan semua perkara boleh dijadikan isu politik. Tindakan YAB Dato Menteri Besar mempolitikkan isu air di Selangor dengan mengaitkan tindakan sabotaj dari pihak umno bn adalah contoh nafsu politik yang menguasai diri beliau. Ini kerana air adalah keperluan asasi manusia. Mana-mana parti politik pun yang menjadi kerajaan, bertanggungjawab memenuhi keperluan rakyat, bukan menuding jari menyalahkan pihak lain.

Dengan pelbagai isu yang timbul di Selangor yang gagal diselesaikan oleh Azmin seperti isu air, isu sampah, isu rumah urut, isu denggi, isu perumahan rakyat dan sebagainya… Saya menegaskan bahawa tatacara pentadbiran oleh Azmin Ali adalah bertunjangkan hawa NAFSU yang mengundang musibah malang yang lebih besar kepada rakyat

Ayuh
#BangkitSelamatkanSelangor

*Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail*
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Khamis 27 Oktober 2016; Bukit Antarabangsa