SHAH ALAM – Bangkit Selamatkan Selangor bermula apabila dilancarkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras hari ini.

Program ini bermula pada jam 1 petang hari ini di mana flashmob digerakkan di beberapa kawasan selepas dilancarkan.

Setiap jentera yang digerakkan akan mengedarkan flyers penerangan berhubung isu-isu yang timbul di dalam negeri Selangor membabitkan kepincangan kerajaan negeri.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail (gambar) berkata, gelombang kesedaran akan dibangkitkan untuk menyedarkan rakyat khususnya di negeri ini.

img-20161015-wa0000

“Kita akan bangkitkan gelombang rakyat dan menyedarkan mereka tentang kepincangan yang berlaku di dalam negeri Selangor. “Kita akan teruskan dengan program ini di setiap DUN di seluruh negeri Selangor,” katanya.

img-20161015-wa0002

 

 

Zein Isma (kiri) mengetuai flashmob yang diadakan bertujuan memberi penerangan terhadap kepincangan kerajaan Negeri Selangor.

 

Menurut beliau setiap isu akan diberi penerangan melalui pengedaran flyers dalam flashmob, ceramah mobil serta gerakan jentera yang diaturkan dalam program berkenaan.

“Setiap jentera akan mendapatkan 20 pengundi di kawasan yang terlibat dan mereka akan menerangkan kepada pengundi isu dan permasalahan yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Selangor.

“Objektif utama kita adalah untuk merampas kembali negeri Selangor daripada kepimpinan kerajaan negeri yang cacar merba. Ini bukan hanya untuk parti tetapi juga untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Ihsan :http://www.selangorpost.com.my