SEDUTAN SIDANG MEDIA KHAS KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA, TAN SRI ANNUAR MUSA (TSAM) PADA ISNIN, 3 OKTOBER 2016*.                        

Oleh Lizamy
(MediaComm Pen Umno)

SOALAN (S): BERKAITAN ISU PERSEMPADANAN UTK PARLIMEN KETEREH. ADAKAH MELALUI UMNO ATAU SECARA INDIVIDU?

TSAM: UTK PARLIMEN KETEREH AKAN BUAT KEDUA- DUA CARA. KETUA PENERANGAN NEGERI KELANTAN,  DTK ALWI (CHE MAT) TELAH MENGUMPUL TANDA TANGAN DAN MENGGALAKKAN RAKYAT BUAT, DAN PERINGKAT PARTI JUGA TELAH BERBINCANG UTK MENYUSUN BANTAHAN2  KITA MENGIKUT PERATURAN.

S: APAKAH ALASAN ATAU CADANGAN TSAM KPD SPR?

TSAM: ALASAN SPR KUAT SBB DI KELANTAN ADA SISTEM DAERAH DAN JAJAHAN. SPR CUBA CANTUMKAN DAERAH DIBWH SATU PENTADBIRAN PARLIMEN ATAU DUN. PERNAH DI KELANTAN, ARWAH DATUK DOLLAH AHMAD BUAT KOMPLEN KERANA PARLIMEN KOK LANAS SEBAHAGIAN DI JAJAHAN KOTA BAHRU DAN SEBAHAGIAN DI JAJAHAN MACHANG. SEMASA MESYUARAT JK TINDAKAN, TERPAKSA BERKEJAR KE DUA-DUA JAJAHAN. JADI ADA ‘VALID’NYA KERANA DPD SUDUT PENTADBIRAN. SENTIMENTAL ‘REASON’, YG TIGA KELUAR ITU ADALAH CAWANGAN YG BERSAMA KETEREH SELAMA 40 TAHUN.

S: SEDIKIT MENGENAI DEMONSTRASI BERSIH YG DIKATAKAN TELAH DIGANGGU OLEH BAJU MERAH. MEREKA MENGATAKAN UMNO MENGUPAH MAT2 REMPIT UTK BUAT GANGGUAN TERHADAP MEREKA.

TSAM: KALAU MRK MAT REMPIT, ADAKAH MEREKA DARI KELAS KEDUA DLM NEGARA INI DAN TAK BERHAK MENYAMPAIKAN PERASAAN HATI MEREKA? KENAPA PERLU DIUPAH? SOAL BAJU MERAH TDK PERNAH DIBINCANG DLM MAJLIS TERTINGGI. UMNO BUKN KERJA NAK BERDEMONSTRASI. BAJU MERAH ADA HAK DAN ITU PILIHAN MEREKA. UMNO TIDAK MENGHALANG MANA2 INDIVIDU MENYUARAKAN PANDANGAN DAN DLM NEGARA YG MEMPUNYAI UNDANG2 JIKA TINDAKAN MEREKA MENYALAHI UNDANG2 MAKA SALAHLAH MEREKA. JIKA TIDAK, MAKA TIDAK SALAHLAH MEREKA.

S: MUNGKIN JUGA ADA AHLI UMNO SERTAI BERSIH 5?

TSAM: *ELOKKAH MENGGANGU KETENTERAMAN ORG RAMAI? ELOKKAH PERGI KE JALAN2 RAYA KERANA MERASAKAN PILIHANRAYA NEGARA TIDAK BERSIH? BERSIH BUAT BUKAN KERANA RAKYAT MALAYSIA, BERSIH BUAT BUKAN KERANA NAK KEADILAN, BERSIH BUAT KERANA  HANYA NAK BANTU PEMBANGKANG. SIAPA KATA BERSIH ADALAH ‘NEUTRAL’ ? MEREKA ADALAH ALAT KPD STRATEGI PARTI2 PEMBANGKANG*.

S: ULASAN TSAM TENTANG SITUASI POLITIK DI SABAH?

TSAM: KITA SEDANG MEMERHATI DAN RISAU POLITIK DI SABAH KRN AHLI PARTI DAN WAKIL DAP DAN PKR SAHAJA YG KELUAR. JADI KITA TOLONG BIMBANG BAGI PIHAK MEREKA. SAYA JUGA BIMBANG TENTANG KEMAJUAN DAP KERANA AHLI PARTI MEREKA YG KELUAR. KITA TDK BIMBANG TENTANG UMNO KERANA YG DARI UMNO ITU KITA YG KELUARKAN.

S: APAKAH PANDANGAN TAN SRI TENTANG EZZAM KELUAR PARTI?

TSAM: TDK ADA SESIAPA YG LEBIH BESAR DPD PARTI. BAGI MEREKA YG KELUAR DPD PARTI TDK AKAN MELEMAHKAN SESUATU PARTI KERANA KEMUAFAKATAN MEREKA YG DI DALAM PARTI AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN. KETIDAKSEIMBANGAN SEMENTARA POLITIK BERPARTI MEMBOLEHKAN INDIVIDU ATAU PIHAK YG BERKEPENTINGAN  MENENTUKAN KEDUDUKAN MENGIKUT KEPENTINGAN MASING2 DI DLM ATAU PUN DI ANTARA PARTI YG MANA KESEIMBANGAN BERPOLITIK INI AKAN BERLAKU LAZIMNYA SEBELUM PILIHANRAYA.

S: ADAKAH UMNO TDK TERGUGAT?

TSAM: PERLU BERMUHASABAH DAN JGN TAKABUR. RAKYAT TDK SUKA. REALITINYA TDK MUDAH MENGGUGAT PARTI SEPERTI SEBESAR BN. KAPASITI UMNO BESAR MAKA TUHAN UJI DGN DUGAANNYA JUGA BESAR. UMNO BIMBANG TENTANG  ‘POLARISATION’ DI KALANGAN PENGUNDI CINA. SAYA TDK BANGGA TERESA KOK MENANG DGN 50,000 MAJORITI HANYA DPD KALANGAN PENGGUNDI CINA KERANA IA ADALAH SESUATU YG TDK SIHAT UTK POLITIK MALAYSIA. SAYA MENDAMBAKAN KEADAAN SEPERTI DAHULU, DI MANA SAHABAT CINA DAN INDIA MENANG DI KAWASAN MAJORITI MELAYU. UMNO TERGUGAT KERANA FALSAFAH UMNO TELAH HILANG KERANA POLITIK PERKAUMAN YG DIBAWA OLEH GOLONGAN TERTENTU. UMNO BIMBANG BUKAN KERANA BILANGAN KERUSI TETAPI KERANA NEGARA INI WUJUD DPD PELBAGAI KAUM  SEJAK DARI AWAL PENUBUHAN UMNO LAGI. PERSELISIHAN FAHAM ANTARA TENGKU ABDUL RAHMAN DAN DATO’ ONN DLM UMNO KRN HENDAK MENJAGA SAHABAT KITA ORG CINA.

S: ADAKAH UMNO AKAN BANTU MCA?

TSAM: YA, UMNO AKAN BANTU KAWAN2 DLM MCA. MUNGKIN MEREKA MEMERLUKAN BANTUAN KERANA BERADA SITUASI2 TERTENTU. ATAS NAMA BN, KITA AKAN SALING MEMBANTU. PADA SAYA MCA, GERAKAN SGT PENTING DAN JASA MCA SEJAK DARI ZAMAN TAN CHENG LOK TAK BOLEH DIHAPUSKAN DPD SEJARAH.

S: APA PANDANGAN TENTANG TSMY BERCADANG UTK BERTANDING DI MANA-MANA KERUSI BN BERTANDING?

TSAM: SAYA MENGALU-ALUKAN HASRAT TSMY JIKA MAHU BERTANDING. ITU YG KITA HENDAK TAPI SAYA BIMBANG JIKA KERUSI ITU SUDAH JADI MILIK DAP, PKR, AMANAH DAN PAS. ‘WISH HIM ALL THE BEST.’

S: DLM PORTAL RAJA PETRA, TUN MAHATHIR TIADA PILIHAN MELAINKAN MUKRIZ PERLU KEMBALI KE UMNO UTK JADI PERDANA MENTERI.

TSAM: ITU SATU PANDANGAN. MUNGKIN BETUL MUNGKIN TDK. TETAPI JIKA DILIHAT DARI SEJARAH BEGITULAH. RAJA PETRA BERHAK UTK BERI PANDANGAN SEDEMIKIAN. BELIAU SEORANG BLOGGER DAN PENULIS YG DIKENALI TETAPI TAK SEMESTINYA BENAR. SEANDAINYA ADA PIHAK2 YANG INGIN KEMBALI PADA UMNO, KITA BOLEH PERTIMBANGKAN.