terkini-niat-puasa-arafah-wukuf9 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 11 September 2016 (Ahad) berdasarkan kalendar Islam di Malaysia merupakan hari yang disunatkan berpuasa (Puasa Hari Arafah) kepada seluruh umat Islam di negara ini Berkaitan dengan perkara ini, beberapa hari lepas penulis sempat mengikuti kuliah agama, dan penceramah membincangkan mengenai topik tentang Puasa Sunat Hari Arafah Dalam kandungan ceramah tersebut turut dimaklumkan mengenai fadhilat atau kelebihan berpuasa pada hari Arafah yang dijelaskan, sesiapa melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT Antara kelebihan berpuasa pada hari itu adalah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, bersandarkan atau berdasarkan hadis yang sahih Sementara itu, puasa pada hari Arafah terutamanya di Malaysia menimbulkan kekeliruan ramai iaitu mengenai hari yang tepat untuk menunaikan ibadah puasa sunat tersebut memandangkan tarikh hari Arafah di Arab Saudi dengan Malaysia ada kalanya tidak sama pada setiap tahun
Hari Arafah mempunyai kelebihan yang besar dalam syariat Islam. Maka, puasa pada hari tersebut mempunyai kelebihan dan fadilat yang besar juga Sehubungan dengan itu, seorang Muslim digalakkan berniat untuk berpuasa pada hari Hari Arafah kerana pada hari tersebut ialah peluang untuk membersihkan segala dosa yang dilakukan Berikut adalah cara lafaz niat puasa hari Arafah,
niat-puasa-sunat-arafah-wukuf