KUALA LUMOUR, 16 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail membidas kenyataan bekas timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membela Dap dan menyifatkan bekas pemimpin UMNO itu sebagai pemimpin jenis hipokrit serta tidak ikhlas dalam kata-kata dan perbuatan selama menyandang jawatan di dalam UMNO sebelum ini.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang membela Dap itu menurut Zein lagi jelas amat bercanggah dengan kata-kata serta ucapannya yang mengkritik dan menghentam Dap sebagai sebuah parti rasis, cauvinis selama beliau bergerak di dalam UMNO.

Zein Isma“Sebab itu saya tegaskan, rupa-rupanya beliau pemimpin lidah bercabang. Bagi saya hari ini kita dapat lihat wajah sebenar beliau di mana kerana kepentingan peribadi beliau sanggup menggadaikan prinsip perjuangan dengan begitu sahaja.

“Dulu ketika bersama UMNO, beliaulah orangnya yang menggelarkan Dap sebagai sebuah parti cauvinis yang tidak akan memperjuangkan nasib orang Melayu. Bahkan beliau mengingatkan orang Melayu bahawa Dap merupakan parti paling cauvinis yang wujud dalam negara ini.

“Tetapi hari ini, setelah menjadi presiden parti baru kerana kecewa gagal menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO, beliau pula yang membela Dap. Kononnya Dap dijadikan hantu oleh UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Sedangkan orang Melayu itu sendiri sememangnya tahu dan sedar bahawa Dap memang sebuah parti politik yang terlalu kuat agenda perkaumannya.” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, ahli-ahli UMNO, khususnya orang Melayu perlu melihat perkara ini dalam kerangka yang lebih luas di mana amat jelas bekas-bekas pemimpin UMNO yang kini menentang UMNO bukanlah atas dasar prinsip perjuangan, tetapi hanyalah kerana nafsu politik untuk berkuasa semata-mata.

“Baru sahaja tak sampai berapa lama dipecat daripada UMNO, beliau sudah mula bela Dap. Kenyataan beliau yang membela Dap itu sebenarnya mencanggahi ucapan dan kata-katanya sendiri selama ini. Bagaimana kita boleh menerima seorang pemimpin yang hipokrit dalam kata-kata dan perbuatannya selama ini?

“Kenyataan Tan Sri Muhyiddin bagi saya amat jelas telah memperlihatkan bahawa beliau selama ini mempergunakan UMNO untuk mencapaikan agenda politik peribadi beliau sendiri. Perjuangan beliau bukanlah untuk agama, bangsa dan negara. Jika perjuangan beliau untuk agama bangsa dan negara, biarpun sudah tidak bersama UMNO, prinsip perjuangan itu tetap beliau pertahankan.

“Jadi jelaslah selama ini, ahli-ahli UMNO tertipu dengan lakonan beliau yang kononnya seorang pemimpin UMNO yang  totok dan amat tegar dalam menentang amalan politik perkauman yang menjadi budaya politik dalam Dap, dan tidak salah jika kita beranggapan bahawa selama ini beliau hanya mempergunakan UMNO untuk kepentingan peribadinya saja,” ujarnya. – Ihsan MediaUMNO