Mohon dapatkan komen dan perkongsian Datuk berhubung beberapa kenyataan TS Muhyiddin Yassin yang dilihat terus menyuarakan kritikannya secara terbuka terhadap UMNO termasuk menyifatkan UMNO seperti kereta buruk yang perlu di tukar. Justeru;

1- Bagaimana Datuk melihat tindakan TSMY ini dan apakah ia boleh menjejaskan kepercayaan dan taat setia ahli terhadap kepemimpinan UMNO sedia ada?

2- TSMY kini dilihat memilih tempat bersama pembangkang dalam menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap kepemimpinan negara termasuk DS Najib Razak, apakah tindakan ini dilihat bertanggungjawab?

3- TSMY juga menyatakan kesediaan bersama PKR dan parti pembangkang lain bagi menyertai kempen penerangan mengenai kemelut yang melanda 1MDB ke seluruh negara, apakah ia satu tindakan terdesak untuk meraih simpati sokongan oleh TSMY?

4- Cadangan penubuhan parti baharu oleh TSMY dan Tun M, apakah implikasinya atau kesan langsung cadangan terbabit kepada servival dan politik Melayu Islam di Malaysia pada masa ini dan masa akan datang?

Jawapan kepada persoalan diatas;

1. Umno telah ditubuhkan lebih ditubuhkan 70 tahun yg lalu dan umno juga yang telah memimpin negara sejak merdeka hampir 60 tahun yang lalu. Umno telah melalui pelbagai proses keluar masuk pemimpin dari peringkat presiden hingga lah MT serta ahli nya. Nampak nya pengalaman selama 70 tahun kehilangan dan pemecatan pemimpin ini adalah proses biasa yang natijahnya adalah ahli semakin bertaut dan parti semakin kuat dan terus mendapat sokongan rakyat dalam pru, sejarah telah membuktikannya.

2. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, malahan amalan demokrasi di bawah pimpinan PM Ds Najib lebih terbuka. Kalau di zaman PM yang lepas tentunya ISA adalah senjata yang paling ampuh menanti setiap pemimpin yang dipecat. Zaman PM Ds Najib, ini tidak akan berlaku. Tentunya Tsmy tahu risiko undang-undang yang dia akan berhadapan jikalau dia melakukan sesuatu yang diluar batasan undang-undang.

3. Isu 1Mdb telah jadi polemik dan sensasi, banyak asam dan garam yang telah di tokok tambah oleh pembangkang untuk menyedapkan polemik isu ini. Fakta sebenar telah mereka selewengkan untuk meraih manfaat politik mereka. Pemimpin Dap pernah menjadi juara isu ini, tapi kita tahu di Prk Sg Besar, Dap bergabung dengan Tun M menjuarai isu ini, tapi hakikat nya pengundi cina bersikap negetif terhadap Dap dan Tun M kerana mungkin isu ini. Adakah Pkr dan TSMY boleh berjaya mengusik hati rakyat dengan isu 1Mdb, rakyat di Sg Besar telah memberikan jawapan nya.

4. Bukan pertama kali dalam sejarah umno, bekas presiden atau timbalan nya menubuhkan parti lain bila mereka dipecat atau keluar dari Parti umno. Dato Onn Jaafar, pengasas umno pernah keluar umno dan tubuhkan Parti Negara dan Ds Anwar pernah dipecat umno dan tubuhkan Pkr, tapi orang melayu dan rakyat Malaysia bijak menilai, parti negara dan Pkr tidak pergi jauh. Nampaknya orang melayu dan rakyat malaysia sudah bijak dari dulu sampai sekarang. Orang melayu dan rakyat tahu memilih antara emas dengan suasa, antara intan dengan kaca. Rakyat mahu parti yang boleh “memimpin” bukan parti yang boleh “memimpi”. Saya yakin Ds Najib boleh membawa umno dan rakyat serta negara ke suatu tamaddun yang lebih hebat berbanding apa yang “dimimpikan” oleh Tun M dan Tsmy.