Seluruh masjid di Sgor hari ni diperdengarkan dengan khutbah jumaat yang semangat membantah penganjuran konsert yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.
“Kerajaan didesak supaya membatalkan konsert tersebut kerana mengundang kemurkaan Allah swt, menggalakkan pergaulan bebas & maksiat”. Bukan sekadar kandungan khutbahnya yang menentang penganjuran konsert itu…para jemaah diajak untuk menunaikan solat sunat hajat selepas solat jumaat memohon kepada Allah swt agar konserta itu dibatalkan.

Sejak awal wassap daripada Dr Yunus Ahmad, EXCO Agama Kerajaan Negeri menyeru umat islam turut serta menunaikan solat hajat.Akal waras saya tertanya tanya…pimpinan PAS Sgor ni sedar @ bermimpi. Bukankah konsert itu akan diadakan di negeri Sgor? Bukankah MBSA itu milik kerajaan negeri Sgor??

Jika UMNO tidak dibenarkan menggunakan kemudahan milik kerajaan Negeri, kenapa untuk konsert ianya boleh dibenarkan? Jika UMNO dilarang menggunakan Masjid & Surau walaupun untuk sambutan Maulidurrasul, Maal Hijrah & selawat perdana, kenapa untuk konsert kerajaan negeri benarkan pulak???

Bukankah PAS sebahagian dari komponen Kerajaan Negeri???
Bukankah PAS boleh suarakan bantahan mereka kepada kerajaan negeri?
Adakah suara PAS sudah tidak diendahkan oleh YAB Datuk Seri Azmin Ali ???
Masih bermimpikah pimpinan PAS Sgora@ standart PAS hanya menggunakan masjid & surau untuk menyatakan bantahan mereka seperti mana sebelum mereka menjadi kerajaan???
Atau apakah akhirnya nanti konsert itu dibatalkan oleh kerajaan negeri & PAS mendakwa merekalah pejuang suara rakyat umat islam…kerajaan negeri mendengar bantahan dari rakyat…

Politik PAS begitukah??? Masih belum sedar dari mimpi yang PAS sebahagian dari Kerajaan negeri Sgor… UMNO juga mendesak supaya konsert itu dibatalkan oleh Kerajaan negeri kerana kita sedar Kerajaan Sgor berkuasa untuk meneruskan@ membatalkannya.

Dato’ Hj  Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang