Sejak kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar membuka tirainya Ahad lalu, semua parti politik yang bertanding merangka kempen masing-masing bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang jatuh pada 6 Jun lalu. Baik BN mahupun PAS, masing-masing merangka kempen mereka keseluruh Parlimen Sungai Besar.

Namun lain pula dengan PAN. Sejak hari pertama kempen, calon mereka, Azhar Abdul Shukur lebih senang berkampung di Sekinchan, seolah-olah Parlimen Sungai Besar ini hanya tertumpu di Sekinchan sahaja. Adalah mudah untuk difahami bahawa gerak kerja kempen mereka banyak bergantung kepada congakan DAP yang menguasak DUN Sekinchan.

imagesOleh yang demikian, mereka lebih banyak menumpukan semua perkara di Sekinchan dan langsung tidak merangka sebarang gerak kerja di Sungai Panjang dan pekan Sungai Besar. Malah, kehadiran orang dibelakang tabir PAN, Tun Dr Mahathir Mohamed juga disusun bermula dari Sekinchan.

Ini menimbulkan tanda tanya, adakah kawasan lain selain daripada Sekinchan tidak penting bagi PAN? Mungkinkah semua ini dirangka DAP untuk memastikan undi komuniti Cina solid untuk PAN dan sekaligus menyukarkan BN dan PAS menembusi kubu kuat PAN di Sekinchan?

Sejak hari pertama kempen, kehadiran calon PAN diluar daripada Sekinchan boleh dikira. Walaupun terdapat pusat gerakan utama PAN di pekan Sungai Besar, namun ianya langsung tidak pernah digunakan sepenuhnya oleh calon dan jentera pilihan raya PAN.

Sebaliknya, jika ada kempen dilakukan oleh PAN di Sungai Besar, mereka lebih berminat berkempen di beberapa restoran kaum Cina disini. Malah, dalam satu gerak kempen mereka, kehadiran Lim Kit Siang di sebuah restoran Cina di Sungai Besar disambut dengan bacaan surah Al Fatihah.

images (1)Walaupun pada dasarnya, PAN merupakan parti serpihan PAS, namun hakikat sebenar yang mereka tidak dapat nafikan adalah, perjuangan mereka banyak dirangka oleh DAP. Jadi benarlah seperti kata ramai orang, jika anda mengundi PAN, samalah ertinya anda memberi undi kepada DAP.

Paling utama, calon PAN langsung tidak berani untik berkempen secara terbuka diluar DUN Sekinchan. Mereka lebih berminat untuk berkubu di Sekinchan dan ianya secara tidak langsung memperlihatkan, mana-mana kawasan diluar daripada Sekinchan, adalah tidak penting untuk disinggahi.

sumber : PRU14