Teka-teki mengenai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar telah pun terjawab…

ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.93 Sungai Besar.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena majlis pelancaran jentera dan pengumuman calon PRK parlimen itu di Pusat Gerakan BN, Pekan Pasir Panjang.

Dalam ucapannya beliau berkata pemilihan calon adalah berdasarkan laporan prestasi latar belakang cemerlang calon dalam meneruskan kesinambubgan kecemerlangan bekas Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

Kriteria-kriteria itu telah diputuskan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir pemimpin-pemimpin tertinggi serta hampir 3,000 orang ahli BN dan UMNO hadir dalam majlis itu.

Parlimen Sungai Besar mempunyai kapasiti 42,836 jumlah pengundi dengan pecahan 62.18 peratus pengundi melayu, 30.68 pengundi cina dan 1.91 peratus pengundi India.

Manakala 18,000 pengundi adalah di bawah umur 40 tahun termasuk 1,697 yang akan mengundi buat kali pertama.

PRK Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun manakala hari penamaan calon pada 5 Jun depan.

Penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.