Hari Pernamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar hanya tinggal beberapa hari lagi. Boleh dikatakan, semua parti politik yang bakal bertanding, kini dalam proses terakhir memuktamadkan calon-calon mereka untuk bertanding di kerusi panas ini.

Dalam hal ini, ramai dikalangan penyokong BN menjangkakan, tiga nama sudah disenari pendekkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk dipertimbangkan sebelum ianya diumumkan secaara rasmi esok. Namun, yang menjadi persoalannya, siapakah calon dari pembangkang yang dijangka akan bertanding di kerusi ini?

Kupasan ini meneliti calon-calon yang bakal di ketengahkan PAN, PKR, DAP mahupun PAS kelak.

download (15)

1. Parti Amanah Negara (PAN)

Sebelum ini, usaha PAN untuk bertanding di kerusi ini mendapat tentangan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali. Namun sikap keras kepala PAS yang melihat, peluang mereka mengasah taji di kerusi ini, apatah lagi cita-cita besar mereka mahu menumbangkan PAS selain BN, nyata telah menutup mulu Azmin.

PAN dikatakan bakal meletakkan pemimpin utama mereka di kerusi ini. Pastinya dua nama disebut-sebut sebagai calon iaitu Presiden PAN, Mat Sabu dan Timbalan Presiden PAN, Salehuddin Ayub. Kedua-dua nama ini dikatakan sedang hangat diperkatakan. Namun berita terkini dari kem PAN menyebut, Salehuddin mengundurkan diri dari bertanding bagi memberi laluan kepada Mat Sabu untuk bertanding.

download (16)

2. Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Secara tiba-tiba PKR menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali cuba menjadi hero apabila bertindak mengadakan rundingan sulit dengan PAS dan PAN bagi membolehkan calon pilihannya bertanding di kerusi ini. Walaupun pada hakikatnya kerusi ini sentiasa ditandingi PAS, namun kali ini Azmin memberanikan diri untuk meletakkan calon PKR di kerusi ini.

Walaupun Azmin tidak pernah menamakan sesiapa untuk bertanding di kerusi ini, namun sumber dalaman PKR ada menyebut, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dijangka diletakkan sebagai calon PKR di kerusi ini. Jika benar spekulasi ini, pastinya ia merupakan satu comeback mengejut dari bekas Menteri Besar Selangor ini disaat terlalu banyak kontroversi masih menyelubunginya.

dap6

3. Democratic Action Party (DAP)

Walaupun DAP tidak menyatakan sebarang komitmen mereka untuk bertanding di kerusi ini, namun ramai pemerhati politik tidak menolak kemungkinan DAP akan menjadi gunting dalam lipatan untuk Pakatan Harapan di kerusi ini. Apatah lagi, DAP menyifatkan pengaruh Ng Suee Lim cukup hebat di Sekinchan dan dikatakan bakal memecah undi BN dan PAS di kerusi ini.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan siapa yang bakal di letakkan oleh DAP di kerusi ini, namun menurut khabar angin yang begitu hangat diperkatakan, DAP akan menyokong seorang calon bebas yang bakal bertanding di kerusi ini.

2134_Politik_Salleh-M-Husin-PAS-Sungai-Besar

4. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Secara tradisinya sejak beberapa penggal yang lalu, PAS dilihat sebagai parti lawan yang cukup kosisten dalam menentang sesiapa sahaja calon yang diletakkan oleh Barisan Nasional. Walaupun tidak pernah memenangi kerusi ini dalam semua percubaannya, namun PAS masih kekal bertanding dikerusi ini sambil mengharapkan keajaiban bakal berlaku kelak.

Dalam hal ini, PAS dijangka bakal meletakkan Mohamed Salleh M Husin sebagai calon pilihan mereka. Mohamed Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Salleh, bukan nama asing bagi penduduk Sungai Besar kerana sejak PRU ke 13 yang lalu, beliau sudah biasa berada di Parlimen ini bagi mendekati penduduk Sungai Besar.

Why-Mahathir-should-contest-the-Rompin-by-election-but-wont-malay-1024x576

5. Calon-calon lain yang dijangka bakal bertanding dikerusi

Secara tiba-tiba tersebar satu khabar angin yang mendakwa terdapat satu lagi calon bebas akan bertanding. Walaupun berita ini tidak dapat disahkan, namun, calon ini dikatakan mendapat sokongan kuat dari Tun Dr Mahathir yang mahu melihat undi kepada BN dan PAS terpecah.

Andai ini benar-benar berlaku, ini bermakna, Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertandingan 6 penjuru, lebih ramai dari apa yang kita saksikan di Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum ini.