Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengakhiri penggantungan selama enam bulan dari menghadiri sesi sidang Parlimen. Beliau tiba di perkarangan Parlimen dengan sambutan ala-ala pahlawan oleh kesemua Ahli Parlimen DAP yang menunggu ketibaannya di pintu masuk Parlimen sebentar tadi.

Sebaik sahaja “dibebaskan” Lim Kit Siang dilihat terus berusaha membangkitkan semula isu lapuk seperti isu pembunuhan model sambilan dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, is derma RM 2.6 bilion dan 1MDB. Malah, Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga dilaporkan mendesak Parlimen untuk membahaskan keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.

8235a564b2dfda400378c39e442739ac

Melucukan, pembangkang di negara ini seolah-olah cukup ketandusan isu sehingga sanggup untuk membangkitkan semula semua isu yang dilihat sudah mencapai kata putusnya. Sebagai contoh, isu Altantuya, Mahkamah telah memutuskan Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh model sambilan berkenaan.

Dalam satu temubual, Sirul telah memberi kenyataan bersumpah bahawa Datuk Seri Mohd Najib dan isteri, langsung tidak terlibat dengan pembunuhan ini. Lagipun, banyak kenyataan yang dibuat oleh ramai pihak termasuk mediang P.I Bala sendiri menafikan penglibatan Datuk Seri Mohd Najib dalam sebarang komplot pembunuhan seumpama ini.

Untuk apa Lim Kit Siang mahu membangkitkan semula isu yang sudah diselesaikan di peringkat perundangan? Adakah Lim Kit Siang mencabar keputusan Mahkamah berhubung perkara ini? Bagitu juga dengan isu derma politik RM 2.6 Bilion yang sudah disahkan oleh kerajaan Arab Saudi sememangnya satu derma yang tidak menuntut sebarang balasan balik oleh kerajaan Malaysia.

Malah siasatan yang dilakukan oleh SPRM, Bank Negara Malaysia, PDRM dan Jabatan Peguam Negara juga membuktikan, tidak langsung terdapat unsur mencurigakan dalam transaksi ini. Malah, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sendiri telah mengarahkan siasatan berhubung kes berkenaan ditutup. Jadi untuk apa Lim Kit Siang cuba mengheret semula isu ini? Adakah beliau lebih hebat jika dibandingkan dengan Peguam Negara?

images (2)

Satu lagi isu yang menjadi taboo bagi Pakatan Harapan adalah isu 1MDB. Banyak agensi sudah melakukan siasatan dan PAC sendiri telah mengemukakan laporan penuh berhubung siasatan mereka mengenai 1MDB. Mungkin Datin Seri Wan Azizah dan Lim Kit Siang sendiri terlupa bahawa anggota PAC bukan terdiri dari Ahli Parlimen BN sahaja. Sebaliknya, ia juga turut di anggotai oleh Ahli Parlimen dari pembangkang.

Andai ketelusan PAC juga turut di pertikai, keputusan agensi mana lagi yang boleh mereka berdua percayai? Adakah perlu untuk mengundang CIA, FBI, Mossad mahupun KGB menyiasat isu berkaitan 1MDB baru mereka akan akui? Adakah hanya dengan keputusan bersalah baru dapat memuaskan hati mereka?

Lim Kit Siang wajar bertanya sendiri dengan Ahli Parlimen Kepong yang juga ahli DAP, Dr Tan Seng Giaw yang sebelum ini lantang membidas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dengan mengatakan, siasatan PAC terhadap 1MDB tidak menemui sebarang penyalahguanaan kuasa oleh Perdana Menteri. Sebaliknya, ia lebih kepada kesilapan keputusan Lembaga Eksekutif 1MDB dalam membuat perancangan perniagaan.

Menghairankan, adakah mereka ini langsung tiada sebarang isu berbangkit di kawasan yang mereka wakili? Adakah kepentingan pembunuhan Altantuya, isu derma RM 2.6 bilion dan isu 1MDB dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang mereka wakili?

download (16)Wan Azizah sebagai contohnya, DUN Kajang yang beliau wakili saban waktu mengalami kejadian banjir kilat. Adakah dengan membangkitkan isu 1MDB, kawasan yang beliau jagai akan dapat pulih dari berterusan ditimpa banjir kilat?

Oleh yang demikian, jadilah pembangkang yang bijak. Suarakan masalah rakyat dari terus menjadi seperti Ahli Parlimen yang kurang cerdik, hanya menumpukan isu yang sudah basi dengan harapan sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan semakin membesar. Tidak mustahil, rakyat yang mereka wakili juga sudah muak dengan isu-isu lapuk berkenaan dan melihat Ahli Parlimen pembangkang yang mewakili mereka, tidak lebih dilihat seperti parasit sahaja.