Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”

(Riwayat al-Bukhari no.52, Muslim no.1599 dan Abu Daud, no.3329,3330)

Catatan :

Hadits ini merupakan salah satu landasan pokok dalam syari’at. Abu Daud berkata : Islam itu berputar dalam empat hadits, kemudian dia menyebutkan hadits ini salah satunya.

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1.Antara sikap wara’ adalah meninggalkan syubhah .

2.Banyak melakukan shubahat akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan haram.

3.Menjauhkan diri daipada melakukan dosa kecil kerana hal tersebut dapat mengheret seseorang kepada perbuatan dosa besar.

4.Memberikan perhatian terhadap masalah hati, kerana daripada hati punca tingkah laku seseorang.

5.Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan pertanda baiknya hati.

6.Pertanda ketakwaan seseorang jika dia meninggalkan perkara-perkara yang syubhah kerana khuatir akan terjerumus kepada hal-hal yang diharamkan.

7.Berusaha menutup pintu terhadap peluang-peluang perbuatan haram.

8.Hati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan persangkaan buruk.