Semakan Panggilan Temuduga / Ujian Khas merujuk kepada permohonan bagi program pengajian yang memerlukan temuduga atau ujian khas sahaja Objektifnya adalah untuk memilih atau mengenalpasti calon yang berkenaan mempunyai minat dan beriltizam, komited serta dedikasi terhadap bidang pengajian yang dimohon selaras dengan tahap kebolehan / kesesuaian pencapaian akademik agar calon dapat mengikuti program pengajian yang dipohon itu dengan jayanya Maklumat senarai Universiti Awam (UA) serta pautan aplikasi semakan bagi Panggilan Temuduga / Ujian Khas Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 ialah seperti dibawah ;

1.Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Sila Klik Link Portal Kemasukan Pelajar Universiti Teknologi MARA untuk sebarang maklumat atau tindakan lanjut.

2.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Sila Klik Link Aplikasi Temuduga / Ujian Khas Program Diploma UPSI untuk sebarang maklumat atau tindakan lanjut (Nota: Klik pada butang “BUKA” yang tertera dalam laman berkenaan untuk membuat semakan)

3.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Sila Klik Link Aplikasi Semakan Tawaran Ujian Saringan Program ASASI pintar UKM

Semakan status keputusan permohonan kemasukan ke UA / IPTA bagi sesi akademik 2016/2017 akan diumumkan / dibuka pada satu tarikh di minggu kedua bulan Mei 2016 Butiran saluran semakan secara atas talian (online) akan disertakan sebaik sahaja sistem semakan dibuka kepada capaian calon dan maklumat lanjut seperti cetakan tawaran bagi calon yang berjaya akan dikemaskini kemudian.

Bagi semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier, sila rujuk kepada info dibawah SemakanCheck SMSTaipkan: UPU (jarak) RESULT (jarak) NoKP dan SMS ke 15888